Bila sudah minat dengan sesuatu perkara memang macam-macam idea unik boleh diilhamkan. Ini sepertimana kisah seorang lelaki yang mempunyai hobi membela ikan koi, dan siapa sangka disebabkan minatnya yang mendalam terhadap ikan-ikan tersebut sekali gus dia telah membina akuarium sebagai pagar di rumahnya.

Idea ini cukup kreatif telah dihasilkan oleh Farid Prima,35 dari Malang, Indonesia. Dia memaklumkan, pagar akuarium yang memuatkan 80 ekor ikan koi dari pelbagai spesis itu sudah siap dibina sejak sembilan bulan lalu.

“Pagar ini mempunyai panjang 16 meter, dan lebar 1.1 meter manakala kacanya pula setebal 12 milimeter. Pagar ini direka dengan empat slot akuarium, masing-masing panjangnya 2.14 meter,” katanya yang menetap di Perum Tirtasari, Kabupaten Wagir, Kabupaten Malang.

“Saya Sudah Lama Kumpul Ikan Koi…”- Lelaki Ni Buat Akuarium Sebagai Pagar Rumah. Kreatif Sangat!

Tambah Farid lagi, pembinaan akuarium tersebut menelan belanja sebanyak hampir Rp 50 juta (RM14,711).  Difahamkan juga bahawa dia sudah belasan tahun meminati ikan koi dan mempunyai begitu banyak koleksi ikan dengan ciri-ciri unik.

“Saya sudah lama mengumpul ikan koi, pada awalnya saya bercadang mahu membuat kolam biasa sahaja.

“Pembinaan pagar ini memakan masa selama dua bulan,” ujarnya.

Ads

Katanya lagi, selepas proses pembinaan selesai, dia memastikan dengan teliti setiap kelengkapan akuarium dan keperluan untuk ikan koinya.

“Saya akan pastikan air yang digunakan benar-benar sesuai untuk ikan koi.

“Pada masa sama, saya juga melengkapkan alat pengudaraan untuk oksigen akuarium,” jelasnya. — Agensi

 

Ads

ARTIKEL MENARIK:“Untuk Bahagia Kita Perlu Membahagiakan…” Cikgu Ni Kongsi Pengalaman Hidup, Jadikan Inspirasi.

LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

“Saya Sudah Lama Kumpul Ikan Koi…”- Lelaki Ni Buat Akuarium Sebagai Pagar Rumah. Kreatif Sangat!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Ads

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Saya Sudah Lama Kumpul Ikan Koi…”- Lelaki Ni Buat Akuarium Sebagai Pagar Rumah. Kreatif Sangat!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI