Ada orang melihat nilai RM2000 itu cukup mudah untuk diadakan di depan mata, bila-bila masa diperlukan sudah tersedia di tangan. Namun berbeza sekali buat keluarga Nur Amalin Syaffah Saman, 19 tahun ini.
Baginya seakan mustahil untuk mengumpulkan wang sebanyak itu bagi tujuan melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun begitu, dia tidak duduk diam sahaja bahkan terus berusaha mencari wang dengan menoreh getah bersama ibu dan ayahnya. Sanggup meredah kebun getah dan kelapa sawit sejauh 30 kilometer (km) pergi dan balik demi mencari wang persediaan ke universiti.
Ini sepertimana memetik berita yang dilaporkan di myMetro, dengan hanya bermotosikal yang serba daif, Nur Amalin Syaffah Saman, 19, bersama bapa, Saman Mohd Din, 40, dan ibu, Azilina Zakaria, 35, melalui jalan berlecak dan berbukit untuk ke lokasi menoreh getah yang mengambil masa 30 minit perjalanan dari rumahnya di Kampung Bukit Tandak, di sini.
Dia yang tidak menghiraukan bau busuk getah sekerap atau luka di tangan akibat pisau toreh terus gigih mencari rezeki sebagai usaha mengumpul wang agar dapat menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.
Perlu Sediakan RM2000
“Saya pada awalnya mahu melupakan hasrat untuk menyambung pelajaran kerana sedar berasal daripada keluarga yang tidak berkemampuan, namun sebaik dinasihati ayah saya bersemangat untuk meneruskan pengajian demi mengubah kehidupan yang lebih baik.
“Setiap hari, bermula 7 pagi sehingga 11 pagi, saya ke kebun untuk menoreh dan disambung pula di sebelah petang pada 4.30 petang sehingga 5.30 petang. Masa saya seharian lebih banyak dihabiskan di kebun untuk membantu ibu serta ayah.
“Saya perlu menyediakan yuran pendaftaran sebanyak RM2,000, walaupun jumlah berkenaan agak mustahil untuk saya cari, sekurang-kurangnya saya berusaha,” katanya yang juga bekas pelajar Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.71.
Ads
Semalam, keluarga anak gadis berkenaan dikunjungi wakil Yayasan Raja Shamri (YRS),Tuan Zaimah Raja Omar, yang turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan kewangan selain berjanji membantu Nur Amalin untuk ke menara gading.
Nur Amalin yang juga anak sulong daripada lima adik beradik berkata, dia sudah biasa hidup dalam kesusahan malah kediamanya tidak pernah mempunyai tenaga elektrik sendiri sebaliknya menumpang elektrik di rumah saudara.
Jelasnya, selama setahun di KMKt, dia tidak mempunyai komputer riba yang biasa menjadi kewajipan seorang pelajar dan hanya menggunakan telefon bimbit selain terpaksa menebalkan muka meminjam komputer riba rakan untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
“Alhamdulillah, bagaimanapun, saya telah memperoleh keputusan cemerlang untuk dihadiahkan kepada ibu bapa dan berharap agar dapat mengekalkan kecemerlangan ini di UniSZA nanti.
“Jika tercapai hasrat saya untuk menyambung pelajaran, saya berjanji akan berusaha sebaiknya supaya mendapat keputusan cemerlang setiap semester sekali gus, memperoleh kerjaya idaman untuk membantu keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan.
Ads
“Biarlah saya berbusuk dengan getah sekerap, ‘berperang’ dengan nyamuk di hutan dan menghabiskan masa dengan bekerja demi mencapai cita-cita ke universiti,” katanya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Semalam industri seni dikejutkan dengan pengakuan pengarah dan pelakon terkenal, Micheal Ang yang sudah memeluk Islam.
Menurut Micheal, beliau memeluk agama Islam sejak setahun yang lalu. Micheal atau nama sebenarnya Michael Ang Hai Swee memuat naik satu tulisan jawi yang bertulis ‘Allahuakbar’.
Di dalam perkongsian tersebut, beliau memohon maaf kerana merahsiakan hal tersebut lebih dari setahun.
Assalamualaikum! Saya Budak baru Kalau ada salah tolong tegur. Doa kan la yang baik2. Maaf Kalau saya rahsiakan ni dah lebih dari setahun. Cuba I rasa pekara ni ada lah antara saya dengan Allah dan keluarga saya,” tulis Micheal.
Perkara tersebut disampaikan sendiri oleh pengarah berusia 43 tahun itu menerusi sebuah video eksklusif yang dimuat naik di saluran Youtube Official Ria X.
Sudah lebih setahun bergelar seorang Muslim
“Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar. Semoga kita semua menjadi yang terbaik di mata Allah,” katanya.
Micheal bagaimanapun mengakui masih mengekalkan nama asal Michael Ang Hai Swee biarpun sudah memeluk Islam.
Rata-rata memuji dan memberikan ucapan tahniah kepada pengarah drama Hero buat Cinderella ini. Antara selebriti terawal yang memberikan ucapan tahniah adalah Adam Corrie Lee yang juga seorang pelakon terkenal.
Menerusi perkongsiannya di laman instagram, pelakon ini mengucapkan syukur kepada Allah sehingga menitiskan air mata apabila mendapat berita tentang Michael Ang memeluk agama Islam.
Adam turut repost perkongsian dari Michael Ang ke Instagram beliau dengan ayat “selamat kembali wahai saudaraku dunia dan akhirat”.
Jika anda pernah bercuti di Pulau Bali, Indonesia, hidangan Sate Lilit ini merupakan menu tempatan yang cukup popular di sana. Sesekali apa kata, cuba ubah selera dengan menyediakan hidangan nusantara ini.
Rasanya yang enak dengan aroma rempah ratus yang diperap sempurna, pasti mampu memikat selera tetamu yang berkunjung ke rumah nanti.
BAHAN-BAHAN
250 gms udang
250 gms daging ayam/ikan tenggiri
50 gm kelapa parut
3 helai daun limau purut (diracik halus)
2 sudu besar gula perang/ gula melaka
4 batang cili padi (dihiris nipis)
10 batang Serai sebagai skewer
garam dan bahan perasa secukupnya
BAHAN KISAR
4 bji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
1 sudu teh jintan Manis
1 sudu teh ketumbar
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan kisar sehingga keperangan dan naik bau.
Tutup api, masukkan udang dan daging ayam tadi serta gaul sebati.
Selepas tu masukkan pula kelapa parut dan sedikit santan pekat. Gaul rata.
Kemudian masukkan daun limau purut,gula perang, cili padi dan perasakan dengan garam.
Bentukkan adunan tadi dan lekatkan pada batang serai.
Bakar / panggang sehingga masak.
Tip Ekstra!
1.Jika mahu menjimatkan masa, boleh juga kukus sebentar adunan tersebut, baru dilekatkan pada batang serai dan bakar.
2.Selain bakar/panggang, boleh juga digoreng didalam kuali leper dengan sedikit minyak.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umum mengetahui wanita ini sangat penyayang, lembut dan aksinya yang mencuit hati apabila sering mengusik suaminya yang merupakan tokoh yang dikagumi. Siapa tidak kenal dengan Tun Dr Siti Hasmah kan.
Walaupun sudah memasuki usia emas, hubungan suami isteri ini sering mencuri perhatian di media sosial. Sangat mengambil berat mengenai keselamatan dan kesihatan suaminya, wanita ini sering dilihat memantau pergerakan suami agar tidak melakukan sesuatu melebihi kemampuan dirinya.
Kesetiaannya berada di sisi suami amat dikagumi.
Dari sudut seorang ibu pula, Tun Dr Siti Hasmah sangat penyayang dan sangat memberi sokongan kepada anak-anak . Tutur katanya yang lembut apabila berbicara paling meruntun jiwa.
Memetik laporan dari laman sesawang Sinar Harian sewaktu program Mak Untuk Malaysia (MUM) bertajuk ‘Permata Hati Negara’,
Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menjelaskan tindakannya yang pernah menghalang orang ramai untuk mendekati tokoh itu adalah demi keselamatan suaminya.
Memberi contoh ketika pasangan itu menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2022 baru-baru ini, Dr Siti Hasmah memaklumkan, keterujaan orang ramai yang mahu bergambar bersama suaminya menyebabkan Dr Mahathir hampir hilang imbangan badan dan mungkin terjatuh.
“Cemas saya melihat keadaan suami ketika itu. Orang lain tidak tahu sebab mereka tiada dalam keadaan seperti saya sebagai isteri. Saya risau akan pulang dengan van jenazah.
“(Sebab itu) Kadang-kadang saya halang orang datang dekat (dengan Dr Mahathir), jangan bersalam, jangan peluk, jangan selfie. Jadi saya perlu merayu kepada rakyat, bantu saya untuk jaga suami saya sebab ramai masyarakat nampak Dr Mahathir (masih) gagah, tetapi tiada siapa tengok bila dia balik petang.
“Saya tengok dia letih, mata dah kecil nak tidur, itu orang tak tahu. Dia mesti berehat, saya kena jaga, kalau saya ada terkasar sikit (kepada orang ramai), saya minta maaf,” katanya dalam program Mak Untuk Malaysia (MUM) bertajuk ‘Permata Hati Negara’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Isnin.
Sumber : Sinar Harian
Semoga Tun Siti Hasmah dan Tun Dr Mahathir dikurniakan kesihatan yang baik.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.