Menikmati jagung rebus panas ketika musim hujan begini bersama keluarga memang puas hati. Namun bila jagung yang direbus kecut dan tidak cantik isinya, kadang kala membantutkan selera untuk dijamah. Apatah lagi jika bila digigit terasa keras pula isi jagungnya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Sebenarnya meskipun merebus jangung dilihat begitu mudah, namun ada pantang larangnya dan tips yang boleh dipraktikkan untuk pastikan jagung yang dimasak enak rasanya. Ini sebagaimana tips yang dikongsikan oleh Puan Norazlinda di grup masakan.
TIP-TIP MEREBUS JAGUNG:
* Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda.
Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
* Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
* Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
Ads
* Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
* Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
* Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.
Selain tip yang dikongsikan oleh Norazlinda via MAHN ini, anda juga boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Shahira Amira juga untuk pastikan jagung yang direbus tak kecut isinya dan nampak cukup menyelerakan.
Ads
Cara saya masak jagung rebus untuk bagi tak kecut.
1.Masak bagi air betul-betul mendidih dulu.
2.Selepas itu masukkan jagung dan garam. Masak dalam 8 ke 10minit.
3.Kemudian tutup api dan bila nak makan baru ambil. Jagung akan lawa sebji-sebiji dan tak mengecut.
Ads
Ps : Jangan buang kulit jagung sampai habis, biar ade selai dua.
Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Biarpun kali ini sambutannya pasti tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, tetapi usah sedih.
Apa kata ibu-ibu plan awal, apa menu yang nak dihidangkan buat tetamu nanti. Bagi yang membuat korban tahun ini, boleh cuba resipi Bihun Sup Tulang versi Utara perkongsian puan Zaini Talib ini. Selamat mencuba!
Bihun Sup Utara (Sup Tulang)
Bahan bahan
1 peket bihun
1 sudu makan atau kurang serbuk kunyit
Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah serbuk kunyit tadi..dah agak2 lembut bihun terus bilas dengan air paip..dan kemudian ditapis..
Bahan2 Sup Tulang
1 kilo tulang dicampur sedikit daging pejal atau urat atau lemak lagi sedap supnya😂
2 batang serai ketuk
Halia lebih kurang 2 inci atau 3 inci diketuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
3 bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Air secukupnya menutupi daging..kalau lagi banyak air lebihkan ya bahan2 sup di atas..
Masukkan semua bahan bahan didalam periuk..
Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka..
***lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup…kalau taknak buat pon tak apa..
Bahan2 cabai merah
Cili kering yang telah siap di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula
Tumis bawang kemudian masukkan cili ..masak sampai pecah minyak..masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka..garam dan gula..boleh juga masukkan sedikit sos cili jika taknak masukkan gula.
Bahan2 sampingan untuk dimakan bersama bihun
Daun bawang
Daun sup
Lobak masin
Bawang goreng
Tauhu digoreng
Sambal belacan adalah hidangan yang wajib ada setiap kali menjamu selera. Ia bagaikan penyedap makanan.
Walaupun ramai yang kata nak buatnya senang aje, tapi salah buat ia jadi sambal yang biasa je hanya pedas semata.
Sebenarnya untuk menjadikan sambal belacan lebih power ada petua nya, barulah makin sedap.
Ikuti petua cara membuat sambal belacan jadi lebih sedap ini.
4 Petua sambal belacan lebih sedap.
Tips 1
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma
Tips2
Guna asam jawa yg dibancuh dgn air suam.petua supaya sambal belacan tahan lama
Tips 3
Limau kasturi yg dikisar brsama Kulit(buang biji) sambal lebih wangi dan sedap
Petua 4
Tinggalkan bbrpa biji cili api yg masih bertangkai..petua supaya tidak sakit perut makan sambal
Cara buat ikut urutan
( kisar kasar bahan2 )
1. 5 biji limau kasturi (buang biji)
2. 50g belacan yg telah dibakar
3. 3 biji cili merah+1biji cili hijau
4. 5 biji cili padi merah
5. 25 biji cili padi hijau
6. 100ml air asam jawa pekat
7. Masukkan sedikit gula dan garam
Nak buat banyak utk buat stok pandai2 la tambah bahan2 tu
Sumber: Hussin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Adakalanya lebihan makanan dan kuah yang berkumpul menyebabkan saluran paip tersumbat. Air di sinki akan tertakung dan membusuk. Pening kepala ibu-ibu nak selesaikan masalah ini kan.
Gambar sekadar hiasan
Usah pening kepala, cuba ikut kaedah yang dikongsikan oleh puan Norliza Zakaria.
RUTIN 3 KALI SETAHUN
Setiap 4 bulan MESTI akan cuci sinki utk elakkan dari tersumbat… sebenarnya lebih kpd berjaga²..tak perlu tunggu sumbat baru nak buat…MODALNYA hanya RM6.40!
Apalah sangat kalau kita just labur RM6.40 utk 4 bulan ..purata kos lbh kurang RM1.60/month!!
Kenapa mesti 4 bulan…haha! saja jer la..terpulang la pada individu..nak buat 6 bulan sekali pon tak pe…rumah ko kan..
ni mak buatkan step by step caner nk buat…tepek sini…just utk rujukan sendiri…hahah..sbb setiap kali nak buat mak mesti nak kena gugel..penat haih!
Step by step ada kat pic & vid
Bahan yang diperlukan:
Cuka RM3.50
Soda bikarbonat RM2.90
Air panas yang baru mendidih Cara membuat:
Tabur jer soda bikarbonat kat lubang air sinki tu. Letak je banyak-banyak tak ape. Biar seketika Curahkan cuka. Masa ni jaga-jaga, berasap. Tindak balas soda dengan cuka tu…pastu biar je dalam 10 minit gitew.
Best tengok time ni. Tengok tu, kalau ko letak banyak soda tu lagi kebabom asap tu!
Curahkan air panas yang baru mendidih.
Tengok laju je air lalu ni kan, ok la…selamat mencuba…teruskan jadi rutin kalau tak nak susah kemudian hari..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Resipi agar-agar sirap ros selasih, sedap makan sejuk-sejuk. Agar-agar merupakan salah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama, terutamanya apabila disajikan dalam keadaan sejuk.