Siapa kata kalau nak bercucuk tanam memerlukan ruang laman rumah yang luas. Meskipun orang kata rumah tidak bertanah sekali pun, tidak mustahil anda boleh bercucuk tanam dan menikmati hasilnya.
Ya tidak sukar sebenarnya untuk bermula cuma anda perlu sedikit kerajinan, sabar dan sedikit ilmu untuk memulakan projek tanam sayur di rumah. Malah tidak perlu kawasan yang besar asalkan cukup untuk beberapa biji pasu.
Untuk bermula KELUARGA cadangkan anda cuba dahulu 12 jenis sayuran yang mudah hidup ini. Ini kerana jika anda memilih tanaman yang mudah hidup, secara tidak langsung ia membakar semangat anda apabila melihat sayur-sayur ini hidup subur dan mengeluarkan hasil. Siapa yang tidak gembira melihat hasil tangan sendiri dan menjadi hidangan seisi keluarga kan?
Lettuce
Lettuce mudah ditanam di dalam bekas cetek dan tidak memerlukan medium tanaman yang banyak. Selain itu ia juga sesuai ditanam di tempat teduh kerana tekstur daunnya yang nipis dan apabila terkena cahaya matahari yang terlalu terik akan mengakibatkan daunnya melepuh. Ia juga sesuai ditanam secara hidroponik.
Bok choy
Bok choy atau chinese green ini, seperti lettuce ia juga mudah ditanam tetapi jangka hayatnya lebih panjang dari lettuce. Pastikan pasu mempunyai saliran yang baik kerana bok choy memerlukan air yang banyak tetapi sensitif kepada tanah bertakung air. Bok choy lebih cepat dituai pada musim panas dan terdapat banyak nurseri yang menjual biji benih bok choy ini.
Kailan
Kailan bukanlah terdiri dari pokok yang bermusim. Ia boleh ditanam sepanjang tahun terutamanya musim panas. Untuk hasil yang optimum siram pokok ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Pokok kailan tidak perlu dituai seluruh pokok, hanya petik daunnya dan batang pokok akan mengeluarkan daun yang baru.
Bayam
Bayam merupakan pokok yang tahan lasak dan sesuai diranam di dalam bekas atau pasu. Ia memerlukan cahaya matahari tetapi bukan direct sun oleh itu ia sesuai ditanam di tempat teduh. Kaedah penanaman bayam adalah melalui keratan batang. Batang dan akar bayam yang dibeli di pasar jangan dibuang, anda boleh terus tanam di dalam pasu.
Kacang panjang
Kacang panjang merupakan tumbuhan yang popular di Malaysia. Salah satu teknik tanaman ini adalah anda perlu meyediakan kayu pemancang untuk pokok ini memanjat. Kacang panjang memerlukan air yang banyak tetapi tidak bertakung dan sebaiknya letakkan sungkupan di atas tanahnya untuk sumber nutrien dan mengekalkan lembapan.
Ads
Kacang buncis
Kacang buncis antara pokok yang mudah ditanam dan mudah hidup. Ia juga mudah bercambah dan dapat dituai dalam masa yang singkat. Sama seperti kacang panjang, kacang buncis juga memerlukan pemancang kayu untuk pokok ini menjalar. Kacang buncis memerlukan cahaya yang banyak pada waktu pagi dan tanah bersaliran baik.
Tomato
Tomato adalah tumbuhan menjalar yang ditanam dalam masa singkat. Ia cepat mengeluarkan hasil dan memerlukan kayu pemancang atau tomato cage untuk memberi sokongan kepada pokok. Tomato memerlukan cahaya yang banyak tapi tidak terlalu terik terutamanya di waktu pagi.
Kangkung
Kangkung antara tanaman yang mudah bercambah dan dituai. Ia boleh dibiakkan melalui biji benih atau keratan batang. Kangkung sukakan persekitaran yang lembap oleh itu pastikan anda kerap menyiram terutama ketika musim panas. Kangkung boleh dituai setelah usianya mencecah empat hingga enam minggu selepas disemai.
Sawi
Sawi merupakan agen anti kanser hebat yang mengandungi vitamin A,B dan C. Sawi sesuai ditanam di dalam pasu tetapi tanahnya perlulah sentiasa digembur. Sawi memerlukan siraman yang kerap dan boleh dituai selepas 28 atau 35 hari selepas disemai.
Kucai
Kucai adalah sayur dari keluarga bawang dan tumbuh secara merimbun. Teknik tanamnya sama seperti bawang iaitu melalui rhizome atau biji benih. Kucai tidak memerlukan air yang banyak. Teknik tuainya adalah kerat pada bahagian daun dan biarkan batangnya, ia akan tumbuh daun yang baru.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan perkara itu ketika melawat Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyuarakan kesedihan dengan berita tersebut.
Menerusi akaun Twitternya, Dr Mahathir mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
“Innalillahiwa innailaihi rajiun. Saya amat sedih menerima berita ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman.
“Takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib atas pemergian beliau. Al-fatihah,” katanya.
Sementara itu, Pendakwah Bebas, Ebit Lew turut meluahkan kesedihan atas gugurnya perwira negara ini.
Sebak pilunya hati ini. Hari tangisan buat seluruh Malaysia dan seluruh insan didunia. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..Semoga Allahyarham Muhammad Adib b Mohd Kassim..anggota bomba yang syahid dipukul kerana sedang menjalankan tugas ingin menyelamatkan manusia. Ya Allah anugerahkanlah pahala syahid buat dirinya..bangkitkannya bersama Nabi-nabi dan Syuhada.
Ya Allah letakkanlah dirinya dalam syurga FirdausMu..yaAllah buat seluruh ahli keluarganya berilah ketabahan dan kekuatan. Jagalah seluruh ahli keluarganya..sayangilah dan berilah rahmat kasih sayangMu..
Tak pernah terfikir begini jadinya di Malaysia..anggota bomba nak padam api kena begini…bomba bukan bawa senjata. Bawa air sampai begini mereka kerjakan. Pembunuhan kejam..setiap yang menjadi penyebab perlu diberi balasan seberat-beratnya. Tiada hati manusia yang ada perasaan tidak bersedih hari ini..
Ya Allah ya Hayyu Ya Qoyyum ya Aziz Al Jabbar Al Mutakabbir hanya padaMu kami mengadu. Siapa sahaja yang menjadi sebab berilah mereka pengajaran sebenarnya. Hanya padaMu kami bermohon. Kaulah sebaik-baik yang akan mengadili nanti..-ebitlew
Muhammad Adib, 24 tahun yang dipukul susulan insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu dipindahkan ke IJN selepas mengalami kecederaan parah dalam serangan tersebut.
Pada Ahad yang lalu, IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesiahatan Muhammad Adib kembali merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.
Jenazah Muhammad Adib akan dibawa pulang ke Kedah untuk dikebumikan. Al-Fatihah buat arwah Adib. semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya.
Sumber; Astro Awani & Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hendak mendidik anak adalah cabaran yang berat, apalagi jika anak tak dengar cakap atau dengan kata lain degil.
Lain dikata, lain dibuatnya. Kadang kala, ibu bapa berada dalam keadaan sukar apabila anak melakukan berkelakuan begini.
Tapi tahukah anda bahawa anak degil ini, ada pro dan kontra sebagaimana yang dikongsi oleh saudara Mohd Fhais Salim yang sering mencatat mengenai periku laku kanak-kanak di facebooknya.
Sayangnya kita selalu marah anak yang degil ni. Kalau nak tahu anak yang degil ni ada willpower yang kuat, memang karakter dia Allah jadikan begitu.
Kelebihan anak degil
Patut syukur anak degil sebab banyak sangat kelebihan dia. – dia tak mudah putus asa – dia tetap pendirian – dia tak mudah dipengaruhi – dia kuat mental & emosi – dia ada mindset orang berjaya – dia kuat usaha – dia sekali dah pasang azam akan dia usaha-usaha sampai dapat
Anak degil ini sebabnya
Tapi oleh sebab kita ni susah nak nampak kelebihan-kelebihan dia ni kita jadi cepat sangat, – menghukum dia – besar-besarkan salah dia – tak dengar keluhan dia – buruk sangka pada dia – terlalu keras & kasar pada dia
Oleh sebab itu juga la dia jadi makin degil.Mulanya dia degil pada karakter sahaja, tapi lama-kelamaan hati dia pun mendegil.
Sebabnya bila kita tak faham dia, dia pun memilih untuk tidak memahami kita. Masa tu marah la teruk mana pun, jerit la kuat mana pun, bila hati dah keras satu perkataan kita pun tak akan dapat lepas gegendang telinga dia. Sayangnya… Sayang la anak tanpa syarat, degil bukan saja-saja tapi degil banyak kelebihan..
Terung adalah merupakan salah satu jenis sayuran berwarna unggu yang memiliki bentuk panjang mahu pun bulat. Terung juga kaya khasiat dan nutrisi seperti serat, mineral, kalsium, vitamin K serta bioflavonoid.
Tidak dinafikan juga terung ini mempunyai rasa yang enak dan manis bila dimasak dengan pelbagai resipi. Antara menu yang biasa dimasak adalah seperti sambal berlada, pajeri dan tidak kurang juga enak dijadikan kudap-kudapan bila digoreng nipis bersama salutan tepung rangup. Rasanya memang ramai yabg menggemarinya.
Jadi alangkah bagusnya jika kita dapat menanam sepokok dua pokok terung di tepi rumah. Bila ada hasilnya boleh dimasak mengikut kegemaran kita anak beranak.
Umpamanya lihat sahaja perkongsian daripada Nur Zaliana ini, pokok terung yang ditanam berbuah lebat malah tak putus-putus berbuah. Nak tahu apa rahsianya, jom kita baca perkongsian daripadanya.
Benih terung kedai ECO sudah 7bulan usia pohonnya masih keluarkan hasil Alhamdulillah
*Cara saya jaga kawasan kena lah sentiasa bersih,baja buangan sisa dapur seperti kulit bawang, air cucian beras, air cucian ikan, mol kompos kulit pisang, baja tinja ayam proses.
Saya amik masa sekurang2 nya 2minggu sekali gembur dan merumput membaja untuk elak kan serangga lalat buah DLL tanam serai wangi serai masak tanam kunyit.
Siraman air 1hari sekali tidak siram bila hujan turun, pruning daun time buah rancak berbuah.
*Untuk kawalan serangga itu sendiri saya guna cili padi-bawang putih-minyak masak blend tapis dan sembur pada bawah daun2, time berbunga lebat saya goncang2 kan pokok tips ini saya ikut Tuan (Nur Amirul Nur Azmi) supaya buah lekat.
*Ada yang tanya tak pakai baja bijik (NPK/UREA) ke jawaban saya setakat ini Tiada.
*Seronok tanam terung produktif berperingkat dengan kata lain tak pernah putus,pokok tahan lama,dan yang paling penting boleh berkongsi dengan jiran-jiran.
Pelakon cantik jelita, Raysha Rizrose tampil berkongsi wajah cahaya mata kesayangannya sempena Aidil Fitri ini.
Menerusi Instagramnya, Raysha memuat naik gambar sekeluarganya di pagi raya...