Sedapnya makan kerang bakar, cicah pula dengan sos ala thai manis-manis pedas. Memang menyelerakan. Atau boleh juga dibuat rebus, letak serai cili dan bawang. Sudah membuka selera.
Tapi, bab nak mencuci tu ambil masa sikit. Apa tidaknya, permukaan cengkerang yang tidak sekata menyebabkan ia mudah terdedah dengan kotoran. Jadi, banyak petua yang dikongsikan bagaimana cara cuci cengkerang ini.
Baru tau cara cepat nak bersihkan kerang. Tadi berus pakai berus gigi. Baru berapa bijik dah lenguh jari.
Jenuh nak berus sekilo kerang Lepastu terus google cara senang bersihkan kerang. Rupanya cuma pakai air sejuk (saya tambah ais) + garam kasar.
Ads
Buat berapa kali sampai air dia jernih. Tadi saya basuh 3 kali. Memang betul2 bersih.. Lagi bersih dari berus pakai tangan. Senang kerja. Korang ada cara lain tak untuk bersihkan kerang?
Pengalaman melihat sendiri perusahaan membuat fish cake dan fish ball di satu perkampungan industri sedikit masa dulu buat rasa geli hendak menjamah makanan yang satu ini.
Itu jugalah penyebab fish cake bukan jadi makanan kegemaran setiap kali hendak memasak.
Tapi tak dinafikan penambahan fish cake dalam beberapa resipi memang membantu malah buat rasa makanan lebih sedap. Soalnya bagaimana nak jadikan kita makan dengan rasa selamat, suci dan halal malah tanpa rasa was-was?
Memilih untuk membuat sendiri adalah pilihan tepat. Perkongsian wanita bernama Tahrunisah Jali di facebooknya menjadi ikutan ramai. Jom kitacuba resipi yang dikongsikannya ini. Paling penting bersih dan halal.
Assalamualaikum..sebelum ini saya ada berkongsi resepi fish ball, sekarang saya kongsikan resepi fish cake pula. Memang ia sangat kenyal seperti dijual dikedai-kedai yang diusahakan oleh bukan bangsa Melayu. Insyaallah semua yang saya kongsikan bersih, suci halal dan sangat menjimatkan kita.
Bahan-bahan:
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil garam
Sedikit ajinomoto (terpulang nak letak atau tidak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cawan air sejuk (dari ais batu)
Caranya:
1. Asingkan isi ikan tenggiri dan kisar halus dalam food prosessor.
2. Kemudian masukkan sedikit air ais dan kisar lagi.
3. Masukkan garam serta serbuk lada putih (siapa yang nak letak boleh tambahkan sedikit).
4. Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung. Kisar sebati.
5. Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi.
6. Loyang tu biarlah boleh masuk dalam periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware yang tahan panas.
7. Masukkan adunan ikan tadi ke dalam bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu, supaya senang nak keluarkannya.
8. Ratakan serta padat-padatkan adunannya. Gunakan minyak yang disapu dijari anda untuk licinkan permukaan ikan tadi dan kukus hingga masak.
9. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
10. Terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi dan potong sepertimana bentuk fish cake.
11. Panaskan minyak dan goreng sekejap hingga ia kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Siap!
Bila bulan puasa, kurma menjadi pilihan utama kita untuk dinikmati ketika berbuka ataupun bersahur. Bahkan bukan sahaja dimakan begitu sahaja, apabila kurma digabungkan dengan susu akan menjadi minuman yang cukup menyelerakan dan mampu membekalkan tenaga sepanjang kita berpuasa di siang hari.
Menyedari hal itu, ada baiknya kita pastikan seisi keluarga dibekalkan dengan minuman ini sepanjang bulan puasa yang bakal tiba tidak lama lagi. Jadi apa kata anda sediakan stok pati kurma terlebih dahulu. Jadi mudah untuk anda sekeluarga nikmatinya tanpa perlu melakukan proses penyediaan yang lama.
Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Nadiah Lutfi, “Stock pati kurma untuk sahur. Campur dengan susu dan sedia untuk minum. Minum ini sahaja pun sudah cukup untuk bertahan sampai berbuka. Dalam masa yang sama boleh kurus. Selamat berpuasa semua,” tulisnya di ruangan kapsyen dan turut berkongsi resipi penyediaan stok pati kurma tersebut.
Stok Pati Kurma
BACA JUGA ARTIKEL NI
Cara penyediaannya:
1.Buang biji dan kurma dicuci bersih
2.Kemudian stim selama 20 minit
4.Simpan dalam bekas dan boleh letak dalam fridge
5.Apabila hendak menikmatinya, campurkan 2 sudu pati kurma dan susu
6.Sedia untuk diminum. Boleh jugak campur madu, badam dan kismis jika suka
Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sudahlah menceroboh dan merompak malah menyebabkan kecederaan parah pada seorang gadis di sebuah rumah baru-baru ini.
Kisah ini tular di media sosial bila mana seorang wanita Puan Siti Afipah yang berkongsi kisah rumahnya dimasuki perompak dan mencederakan anak buahnya juga merupakan pengasuh kepada anak-anak Siti Afipah..
Assalamualaikum.. Minta jasa Baik Anda semua viralkan sebagai peringatan dan langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan keluarga kita dan orang ramai.
Allah, Allah Allah..Astaghfirullahaladzim.. Tak tahu nak mula dari mana. Biasa terbaca kisah orang lain, kali ini, berlaku pada keluarga sendiri. Menggigil seluruh badan. Allahuakbar. Saya betul-betul tak kuat…harini baru saya mampu bercerita.. dan maaf kepada yang wasap saya tak dapat balas sorang2..
Rumah saya dimasuki perompak beberapa hari yang lepas. Kejadian berlaku pada 01/03/2019 hari jumaat yang saya sendiri tak pasti pukul berapa. Lokasi di Apartmen Dahlia, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.
Saya balik dari kerja jam 6.50 petang, mula-mula sampai rumah dah rasa pelik bila tengok pintu hadapan terbuka dan dua orang anak saya yang berusia hampir 5 tahun dan 1 tahun 1 bulan sedang bermain dan menonton tv di ruang tamu dengan keadaan rumah agak bersepah dan terdapat sedikit kesan darah di tepi bilik air.. Saya dah mula memikirkan yang bukan-bukan lalu bertanya kepada anak di mana ‘Mek Nor?” (panggilan saya kepada anak buah tersebut.) Mek nor merupakan anak buah dan pengasuh kepada anak-anak saya. Bila diberitahu ada di dalam bilik air, saya segera melulu ke sana.
Ya Allah! Tergamam, Lidah kelu. Saya meraung-raung apabila melihat anak buah yang hampir separuh nyawa berlumuran darah berada di dalam bilik air. Dalam keadaan leher dijerut dengan kain, dan dikelar di bahagian kening, dagu, yang saya percaya menggunakan pisau pemotong daging ayam.. tergamaknyaa!!! Si kecik ade sedikit kesan kuku di bahagian badan belakang.. Si kakak saya tanya dia cakap dia tengah tido.. bangun2 adik ngah nangis n Nor darah2.. Allahu.. ?
Keadaannya kini masih belum stabil, tidak dapat bertutur dengan jelas baru selesai operation pada hari sabtu lepas. Setiap kali dapat melawatnya dia akan cakap,’ Jangan tinggalkan dia sorang-sorang di rumah lagi’. Allah… saya tak dapat bayangkan apa yang berlaku padanya sepanjang hari kejadian.
Cara yang digunakan oleh perompak untuk masuk ke rumah saya dengan mengatakan kereta saya yang berada di parking kena langgar dengan lori sampah, menyebabkan anak buah saya panik dan segera membuka pintu grill untuk melihat keadaan kereta. Selepas itu, perompak tersebut segera menolaknya ke dalam rumah dan menumbuknya bertubi-tubi ke bahagian perut dan memukulnya di kepala.
Laporan polis sudah dibuat. Antara barang yang diambil seperti hp , purse dan barang kemas milik Nor… Saya terima dengan redha segala musibah atau ujian yang berlaku pada kami sekeluarga.
Cuma satu pesanan sebagai peringatan, perompak sekarang semakin licik dan mereka akan gunakan bermacam trik. Kita harus peka dan waspada sentiasa.
Saya mohon, mohon sangat-sangat sekiranya ada info berkenaan perompak tersebut tolong bantu kami untuk tangkap pelakunya.
Doakan kami sekeluarga. Hanya Allah tempat kami berlindung.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di