Bila sudah tahu cara dan tipnya barulah tak risau sangat untuk sediakan kek puding yang sememangnya enak rasanya. Bukan apa, kek puding ini teksturnya lembut, kalau silap gaya mudah sangat pecah. Jadi bila jadi begitu, hendak dihidang pun tak berapa molek bentuknya. Kalau boleh biarlah bentuknya cantik dan rasanya sedap, barulah puas hati.

Jadi buat yang ingin mencuba untuk membuat kek puding karamel ini, bolehlah ikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh guru masakan Azlina Ina ini.

Siapa yang suka kek jenis puding dan kek digabung kan boleh try kek ni memang super sedap

Puding Digabungkan Dengan Kek Nak Bagi Melekat Elok, Ada Triknya & Ni Resipinya!

Kek coklat puding caramel
Bahan-bahan karamel
8 sudu besar gula (untuk buat kek guna loyang 8 inci)

Cara buat :

  1. Masuk dalam loyang panaskan api slow sampai semua mencair.
  2. Jalau guna loyang plastik korang masuk dulu loyang dalam peti beku. Cairkan caramel dan tuang dalam loyang plastik tadi dan ratakan.

Puding Digabungkan Dengan Kek Nak Bagi Melekat Elok, Ada Triknya & Ni Resipinya!

3. Gelek-gelekkan karemel dalam loyang dan biar keras.

Bahan puding 
2 roti putih carik-carik dan buang tepi
1 tin susu cair
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila

Cara buat :

  1. Masuk semua bahan ke dalam blender dan blender halus.
  2. Kemudian tuangkan sambil ditapis ke atas karamel yang ada dalam loyang tadi.
  3. Sebelum tu nak senang untuk keluar pudingnya nanti, tepi-tepi loyang tadi basah kan sedikit supaya puding elok tak koyak.

Puding Digabungkan Dengan Kek Nak Bagi Melekat Elok, Ada Triknya & Ni Resipinya!

Ads

4. Kukus selama 30 minit.

Puding Digabungkan Dengan Kek Nak Bagi Melekat Elok, Ada Triknya & Ni Resipinya!
5. Setelah masak keluarkan daripada pengukus dan biar 10 minit atau biar puding keras sedikit  sebab kalau terus tuang terus ramuan kek nanti kek meresap dalam puding atau puding pecah.

6. Korang ambik garfu cakar sikit tujuan untuk kek akan melekat dengan puding dan tidak terpisah atau gelincir.

Kek coklat

3 biji telur
1 sudu kecil ovelete
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak
1 cawan tepung gandum
1sk soda bikarbonat
1 sudu 1/2 baking powder
1 cawan serbuk koko
Sedikit garam halus
1/2 cawan air panas

Cara buat :

  1. Pukul telur, ovelate dan gula hingga kembang.
  2. Masukkn 1/2 cawan susu pekat, tak nak manis boleh kurangkan lagi. Kemudian masukkan minyak 1/2 cawan, mix lagi.
  3. Sementara tu ayakkan 1 cawan tepung gandum dengan 1sk soda bikarbonat dan 1 sudu 1/2 baking powder,  1 cawan serbuk koko dan sedikit garam halus.
  4. Masukkan berselang dengan 1/2 cawan air panas sampai habis dan kacau guna senduk sahaja sebati
  5. Kemudian masukkan atas puding tadi dan terus kukus 40mnt-1 jam dan siap.Puding Digabungkan Dengan Kek Nak Bagi Melekat Elok, Ada Triknya & Ni Resipinya!Puding Digabungkan Dengan Kek Nak Bagi Melekat Elok, Ada Triknya & Ni Resipinya!

Jangan terus keluakan biarkan sejuk dulu sisip tepi loyang dengan pisau tajam baru terbalik kan die ya. Makan sejuk-sejuk nikmat sangat.

Ads

Puding Digabungkan Dengan Kek Nak Bagi Melekat Elok, Ada Triknya & Ni Resipinya!

Selamat mencuba

Sumber : Azlina Ina

ARTIKEL MENARIK: Susu Bila Dah Buka Akan Tahan 3 Hari Je. Lebih Daripada Tu Kena Buang!

LAGI ARTIKEL MENARIK : “Lama Teringin Nak Makan Sambal Favourite Arwah Abah…” Wanita Ni Kongsi Resipi & Ramai Cuba, Kata Sedap!

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Ads

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Puding Digabungkan Dengan Kek Nak Bagi Melekat Elok, Ada Triknya & Ni Resipinya!

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Puding Digabungkan Dengan Kek Nak Bagi Melekat Elok, Ada Triknya & Ni Resipinya!

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Puding Digabungkan Dengan Kek Nak Bagi Melekat Elok, Ada Triknya & Ni Resipinya!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Puding Digabungkan Dengan Kek Nak Bagi Melekat Elok, Ada Triknya & Ni Resipinya!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI