Berikutan hari pengundian pada Sabtu ini, bagi individu yang positif Covid-19 wajib memakai pelitup muka ketika membuang undi.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pengundi positif Covid-19 adalah tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk e-hailing.
Mereka juga dilarang untuk singgah di mana-mana lokasi sebelum dan selepas mengundi.
“Individu positif Covid-19 perlu pulang segera selepas selesai mengundi,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, pesakit Covid-19 perlu mematuhi penjarakan fizikal yang selamat bagi mengelakkan penularan.
Ads
“Bagi pengundi lain, pemakaian pelitup muka adalah sangat digalakkan selain disaran mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya.
Beliau berkata, pengundi turut digalakkan menggunakan pensanitasi tangan yang disediakan di tempat mengundi.
“Marilah kita bersama-sama mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 kepada pengundi dan petugas di pusat mengundi sepanjang PRU-15,” katanya.
Ads
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemukakan dua syor untuk dipertimbangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan individu positif Covid-19 mengundi pada PRU15.
Sementara itu, satu poster turut dikeluarkan mengenai panduan yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia semasa hari pengundian berlaku.
Ads
Sumber : KKM
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Itulah istimewanya rezeki, kadang-kadang datangnya tanpa diduga. Dirasakan cukup mudah, memperolehi rezeki tanpa perlu dicari dengan bersusah-payah hingga ada kalanya rezeki itu mengalir deras bagai air sungai. Alhamdulillah.
Namun sebaliknya ada yang juga perlu bersusah payah mencari rezeki, membanting tulang, perlu kuat berusaha hingga terasa lelah tubuh dan fikiran demi mendapatkan sesuap nasi untuk keluarga.
Apatah lagi saat ramai antara kita hari ini sedang bergelut dengan hidup berikutan pandemik Covid-19, bukan mudah untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.
Ini sebagai mana memetik berita di Harian Metro, tentang kisah seorang bapa kepada empat anak yang berusia antara setahun setengah hingga sembilan tahun, hampir ingin menggantung bendera putih untuk mendapatkan bantuan makanan dan susu untuk anaknya. Pun begitu, selagi dinamakan rezeki dan kita terus berusaha untuk mendapatkannya pasti ada jalannya.
“Saya hampir menggantung bendera putih tetapi mujur ada siput beliung ini. Dapatlah saya mencari duit belanja untuk membeli barangan dapur serta susu anak,” ujar bapa kepada empat anak Mohd Irfan Budin, 33″
Dia yang sebelum ini berniaga nasi lemak kukus di pasar malam hilang sumber pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.
Katanya, kehadiran siput sebesar tapak tangan orang dewasa dipanggil siput beliung atau kemudi yang jarang ditemui itu memberi sumber rezeki walaupun berdepan kesukaran untuk mencarinya.
Kutip Demi Kelangsungan Hidup
“Beliung ini amat jarang ditemui dan kehadirannya hanya disedari secara kebetulan oleh kawan yang menangguk udang di kawasan itu sebelum memberitahu kepada saya.
“Walaupun proses mencarinya agak sukar selain berdepan dengan ancaman sengatan obor-obor termasuk ular air namun saya tetap berusaha mengutipnya demi kelangsungan hidup,” katanya ketika ditemui di Pantai Siring di sini, tadi.
Jadi Sumber Rezeki
Bapa kepada empat anak berusia antara setahun setengah hingga sembilan tahun itu berkata, dia tidak menyangka siput beliung itu menjadi sumber rezekinya buat waktu ini.
“Alhamdulillah saya dapat memperolehi sumber rezeki baru. Walaupun ada menerima bantuan bakul makanan tetapi saya perlu juga mencari duit untuk perbelanjaan lain.
“Turut sama turun ke laut mencari siput beliung adalah beberapa nelayan serta penduduk kampung yang terjejas pendapatan,” katanya.
Menurutnya, sepanjang mencari siput ini, empat rakannya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana terkena sengatan obor-obor dan seorang lagi masih dirawat akibat dipatuk ular air,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Dalam bahagia hidup berpasangan, pasti akan ada satu masa berdepan dengan konflik. Cumanya, kita mampu atau tidak sahaja untuk menghadapi ujian itu. Bagi yang kuat, pasti mampu untuk menangani dan berbaik semula. Namun ada juga disebaliknya.
Tapi… Kalau dah jodoh tak ke mana! Itulah perumpamaan yang sesuai buat pasangan veteren ini yang kembali bersatu setelah berpisah lebih enam dekad!
Pasangan ini disatukan semula 16 Oktober lalu di mana video momen majlis mereka telah dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok Khai_nisa91.
Mengenakan baju songket biru, pengantin lelaki dikenali sebagai Mahmood Mamat dan pengantin perempuan, Fatimah Mohd Nor dikatakan pernah berkahwin pada 1958, namun berpisah setahun kemudiannya.
Ujar cucu pengantin viral ini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata dan berpisah pada tahun 1959 kerana lelaki berusia 84 tahun itu berhijrah ke Pahang manakala isterinya berada di Kelantan.
“Tok Ayah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Tok Mek setelah 63 tahun tidak bertemu.
“Tok Mek bersetuju dan pihak keluarga juga tidak membantah malah menyokong keputusan itu.” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan pengantin ini. Malah, ada juga di antara mereka yang mendoakan agar kedua-duanya bahagia hingga ke akhir hayat.
Sumber : khai_nisa91, Kosmo
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Atlet menembak berhijab Iran cium Al-Quran lepas raih emas Paralimpik Paris 2024 tarik perhatian. Atlet menembak dari Iran, Sareh Javanmardi dari Iran memberi penghormatan kepada Al-Quran selepas memenangi pingat emas dalam pertandingan menembak Sukan Paralimpik 2024, mendapat pujian daripada institusi Al-Quran utama.
Agensi Berita Hawzah- Javanmardi memperoleh pingat emas dalam acara P2 10m pistol udara SH1 pada Paralimpik Musim Panas 2024 di Paris.
Sejurus selepas memenangi perlawanan terakhirnya, dia mencium senaskah Al-Quran tanda bersyukur kepada Tuhan dengan sujud di atas bendera Iran.
Ketua Dar-ol-Quran Iran mengeluarkan kenyataan, memuji tindakan atlet itu dalam menghormati Al-Quran.
Pingat emas di Paris merupakan yang keempat dimenangi Sareh sepanjang lima kali penyertaan Sukan Paralimpik iaitu dua di Paralimpik Rio 2016 manakala satu di Paralimpik Tokyo 2020.
Sareh yang diberi jolokan Iran Pistol Queen dilahirkan dengan kecacatan pada bahagian kaki mengumumkan akan bersara demi menumpukan perhatian kepada keluarga.
Pada hari Sabtu, pemain berusia 39 tahun itu, yang sebelum ini memenangi emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, memperoleh 236.8 mata meraih tempat pertama. Penembak Turki, Aysel Ozgan memperoleh pingat perak dengan 231.1 mata, manakala atlet India Rubina Francis meraih gangsa dengan jumlah 211.1 mata.