Pernah Curi Motorsikal, Pelajar Juvana Ni Tak Sangka Dapat 8A, Tekad Berubah Demi Keluarga
Memang benar kata perpatah, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.Jika kita ada kemahuan untuk berjaya kita pastinya akan melakukan yang terbaik apa jua susah macam mana pun.
Jiwa tetap bersemangat untuk mengorak langkah menuju kegemilang. Tidak kira siapa kita, sudah tentu semuanya inginkan kejayaan.
Bangkit daripada masa lampau yang ‘hitam’, siapa sangka pelajar juvana yang terkenal dengan keganasan akhirnya berubah menjadi seorang yang cemerlang dalam hidup.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Gambar sekadar hiasan
Sebagaimana kisah kejayaan ini yang harus dijadikan teladan buat kita semua. Bahawa kejayaan itu perlukan kesungguhannya.
Bayangkan bagaimana pelajar juvana ini belajar dalam tahanan dalam keadaan ruang pembelajaran yang terhad.
Tiada suasana kasih sayang ibu bapa yang sentiasa memberi semangat dan pelukkan. Namun semangat wajar pelajar juvana ini yang mahu berubah mengatasi segalanya. Dirinya mahu membuktikan dia telah berubah dan mahu membina hidup baru dan menjana nama baik keluarga.
Sebagaimana laporan akhbar, majlis diadakan hasil kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meraikan seramai 60 orang pelajar yang telah berjaya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2013.
Kesemua pelajar dirai dalam enam kategori terpilih iaitu Anugerah Akademik Cemerlang (Sijil Pelajaran Malaysia dan Penilaian Menengah Rendah), Anugerah Ko-Kurikulum Cemerlang, Anugerah Sijil Kemahiran, Anugerah Lonjakan Saujana SPM 2013, Anugerah Khas Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Anugerah Akademik Terbaik Keseluruhan.
PERNAH CURI MOTOSIKAL PELAJAR INI TAK SANGKA DAPAT 8A!
Ads
Penerima Anugerah Akademik Terbaik Keseluruhan dari Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Afif, 20, memberitahu ini merupakan kali kedua dia mengambil peperiksaan itu dan akhirnya berjaya memperolehi 8A iaitu dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Perdagangan, Ekonomi, Agama Islam dan Sains dalam peperiksaan percubaan SPM yang lalu.
Dia sangat terkejut dan tidak menyangka memperolehi keputusan sebaik itu apatah lagi sebelum ini dia bukanlah seorang pelajar yang rajin ketika berada di sekolah.
Tambahnya lagi dia tidak pernah terfikir akan menerima anugerah ini yang merupakan satu penghargaan yang amat bermakna bagi dirinya serta sebagai pembakar semangat untuk berubah.
Afif merupakan anak kedua dalam keluarga dan disabit kesalahan mencuri motosikal ketika berusia 14 tahun.
Dia melakukan kegiatan berkenaan hanya untuk suka-suka berikutan berasa seronok kerana mendapat duit yang banyak dan boleh membelanja rakan-rakannya.
Walau bagaimanapun sebelum ditangkap pada tahun 2011, dia telah berniat untuk berubah dan setelah ditangkap ia menguatkan lagi hasratnya untuk berubah.
Perasaan untuk belajar memang tiada cuma minat naiki motor ronda-ronda pastu cari-cari motor baru. Dalam masa 6 bulan pertama kami banyak belajar pasal agama, cara disiplin kawal diri saya boleh pilih nak bengkel ke akademik ker tapi saya pilih akademik saya nak ulang SPM 2011. Cita-cita nak jadi akauntan. Saya dah tak nak buat dah benda-benda ni, nak pergi belajar sambung balik.”
Ads
IBU TERHARU
Ibunya, Saripah, 44, yang turut hadir di majlis berkenaan sangat terharu dengan pencapaian anaknya kerana selama ini dia tidak pernah berputus asa berdoa untuk melihat anak kesayangannya berubah dan menjadi insan yang berguna apabila keluar nanti.
Menurutnya, anaknya menjadi harapan kepada keluarga kelak agar dapat menjaga adiknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) serta ayahnya yang menghidapi penyakit saraf akibat kemalangan sejak 18 tahun lalu.
Seronok la, syukur sebab dia dah banyak berubah kan, untuk masa depan dia, masa dia panjang lagi kan tidak tahulah apa nak kata sebab ayah dia sakit dah lama harap-harap dia lah yang dapat teruskan. Harapkan boleh jaga adik dia yang ada OKU seorang. Kalau ada ibu bapa yang ada anak macam ni doakan lah untuk kejayaan mereka untuk masa depan mereka. Tidak payah lah duk hina-hina kan.”
Bagi pesalah juvana bagi kes membunuh, Duru, 20, muncul penerima Anugerah Sijil Kemahiran Malaysia berkata dia akan berusaha untuk merubah dirinya.
“Belajar di dalam penjara agak santai dengan cikgu-cikgu terlalu mengambil berat dan memberi ruang kepada kami untuk belajar. Mereka tidak terlalu menekankan mereka juga mengajar dan memberi motivasi kepada kami. Daripada situ belajar di dalam ada juga. Mereka tidak hanya mementingkan aspek pendidikan tetatpi jasmani, fizikal dan rohani.
Ads
“Saya harap-harap dengan usaha saya ini TYT Pulau Pinang dapat lihat bahawa saya sudah berubah dan memberi saya peluang dan memberi pengampunan kepada saya. Saya juga telah mempersiapkan diri saya supaya menjadi insan yang berguna.”
Sementara itu, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Sri Haji Zulkifli Omar berkata, usaha yang dilakukan adalah salah satu proses untuk memulihkan jati diri pesalah juvana semasa di dalam penjara agar dapat melahirkan insan berguna selain membuka peluang cerah kepada mereka khususnya dalam bidang akademik.
Tambah beliau bagi perancangan akan datang, pihak penjara Malaysia akan membuka sebuah sekolah integriti bertaraf universiti di Puncak Alam yang memfokuskan mata pelajaran Prinsip Akaun bermula pada 1 Januari tahun hadapan yang akan menempatkan 40 orang pertama.
sumber. Metro
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k
Dalam setiap rumahtangga pasti ada pasang surutnya. Setiap isteri mahu melihat suaminya bahagia bersamanya selalu. Terdapat 10 tanda suami anda bahagia bersama anda.
1. Sentiasa berhubung
Apabila suami pergi kerja mahupun ada urusan pekerjaan, dia akan menghubungi isterinya setiap hari dan memberitahu betapa rindunya dia pada anda. Dia juga selalu membuat laporan seperti menghantar Whatsapp kepada isterinya. Contohnya, dia memberi tahu bahawa dia sudah sampai ke tempat kerja.
2. Selalu sebut “I LOVE YOU”
Dia akan memberi tahu yang dia cintakan anda dan akan mengulanginya setiap hari bahawa dia amat sayang kepada anda.
3. Ringan Tulang
Dia juga suka membantu dan menguruskan hal dalam rumah kerana dia mahu meringankan beban anda. Dia akan mengemas dengan sukarela dan menguruskan hal rumah supaya anda berasa selesa. Selain itu, dia juga akan turut mendidik anak-anak untuk membuat perkara yang sama. Kerana dia sedar bahawa mendidik anak bukan hanya terletak pada isteri semata-mata.
4. Selalu Puji Isteri
Dia suka memberi pujian pada anda, dia suka memberi perhatian kepada anda dan segala benda yang anda lakukan dia akan memberi pujian. Dia juga tidak akan jemu melihat anda tidak kira apa jua perubahan yang berlaku kepada anda. Dia tidak akan menghamburkan kata-kata yang boleh mengguris hati anda.
5. Menjadi Penenang
Dia akan selalu ada bersama anda dan memeluk erat saat anda menangis dan mempunyai masalah. Apabila anda berasa kecewa, sakit hati dan sedih, dia akan ada untuk menenangkan anda. Dan dia juga akan berusaha memahami apa yang anda lalu.
6. Perkongsian Dari Hati Ke Hati
Ini adalah tanda suami bahagia yang sangat jelas. Dia akan berkongsi segalanya dengan anda. Cerita sedih mahupun cerita gembira. Apabila dia terbuka untuk berkongsi masalahnya mahupun mengenai perancangannya, dia mengharapkan anda mendengar dan memberi sokongan. Kerana dia tahu anda satu-satunya orang yang memahaminya .
7. Selalu Peluk Dan Cium
Apabila dia pulang bekerja, dia akan menghadiahkan anda pelukan dan ciuman kasih sayang. Dengan itu anda boleh tafsirkan perbuatannya itu bahawa dia sangat gembira apabila pulang ke rumah dan bertemu dengan anda.
8. Tidak Malu Panggil “Sayang” Di Depan Orang Ramai
Tanda suami anda bersikap natural pada bila-bila masa. Suami yang panggil nama manja isteri tanpa rasa malu, itulah lelaki sebenar.
9. Tidak Malu Pegang Tangan Isteri Depan Orang
Kadang-kala kita nampak ada pasangan yang sudah tua tetapi masih berpegang tangan. Ramai yang inginkan saat seperti itu kerana saat itu adalah yang paling manis.
10. Selalu Ajak Solat Berjemaah
Bila suami tidak ke masjid atau surau, dia akan mengajak isteri solat berjemaah bersamanya. Oleh kerana dia sayangkan isterinya dia mahukan isterinya mendapat pahala bersama-sama. Dan jika mempunyai anak, dia akan ajak anak-anaknya solat berjemaah bagi mengeratkan lagi silaturrahim bersama keluarga.
Akhir sekali, kepada para lelaki ataupun suami hargailah isteri anda dan berilah kebahagiaan dan kasih sayang yang cukup untuk mereka. Dan untuk isteri pula, terimalah baik dan buruk suami anda. Dan hormatilah mereka sebagai suami. Barulah rumahtangga bahagia.
Mood open house Raya belum berakhir lagi dan jika ada yang teringin nak menjamu tetamu atau merasa lemang buatan sendiri boleh sahaja menyediakannya. Apatah lagi bila ada cara dan teknik memasak lemang yang cukup ringkas dan rasanya juga sedap berlemak.
Resipi ini dikongsi oleh Puan Zuhida dan semoga bermanfaat untuk anda yang ingin mencuba!
“Disebabkan tak dan nak pi cari lemang utk jamuan raya soo nak mudah dan cepat kita buat lemang + ketupat DIY.1kg beras pulut dapat dalam 20-23 batang. Sedap + lembut + lemak,”-Zuhida Zul
Cara buat :
1. Rendam beras pulut kira-kira 5 jam kerana beras pulut Thai. Kalau guna beras pulut susu, rendam hanya sekejap sahaja. Masukkan bersama garam secubit, asam keping dan daun pandan. (tak letak pun tak pe)
2. Better klu nak ikat atas tu ikat atas sikit ja dari paras beras tu. Sebab nanti kalau ikat atas sangat kejap lagi rebus dia tak betul-betul padat pastu2 kali kerja pulak kita nak ejas kebawah nak bagi padat pulut tu.
3. Cucukan plastic dgn garpu nak bagi air santan serap masuk.
4. Nie sekali rebus letak dalam 8 batang. Kalau ricecooker besar nak letak lebih pun
tak pa.
5. Ni dah siap rebus ,kalau saya biar semalam untuk bagi dia betul2 sejuk baru mudah nak potong.
sumber : Zahida Zul Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Peperiksaan UPSR bakal menjelang tiba. Pastinya bukan anak-anak sahaja yang kecut perut, ibu bapa pun turut terkesan sama. Rasa tak senang duduk, resah gelisah dan bimbang sama ada anak boleh menjawab dengan baik atau tidak. Sebenarnya, duduk sahaja tanpa berbuat sesuatu adalah langkah yang tidak bijak.
Apa mak ayah boleh buat ketika anak-anak sedang menduduki peperiksaan, atau berada di dalam dewan peperiksaan? Ini yang diajarkan oleh Ustaz Don Daniyal.
Berpuasa Sunat
Antara doa yang paling mustajab dan dimakbulkan oleh Allah ialah doa mak ayah. Doa orang yang berpuasa juga amat mudah dimakbulkan oleh Allah. Jadi tiba hari anak menduduki peperiksaan, mak ayah berpuasalah sambil doakan anak-anak agar dapat jawab semua soalan. Doa sentiasa!
Solat Taubat dan Hajat
Lakukan solat sunat taubat dan solat hajat memohon agar anak tenang serta dapat jawab semua soalan peperiksaan dengan cemerlang. Seminggu sebelum periksa lagi mak ayah dah boleh mula lakukan. Jika boleh ajarlah anak sekali turut serta.
Baca Quran
Ketika anak berada di dewan peperiksaan, pagi itu mak ayah bacalah Quran sepanjang masa dan niatkan pahala bacaan kepada anak yang sedang menjawab soalan. Mohon dia sentiasa terang hati dan tenang ketika menjawab. Berdoalah mohon pada Allah agar anak dapat menjawab dengan lancar.
Lakukan Solat Dhuha
Mak ayah juga boleh lakukan solat dhuha sambil berdoa sentiasa untuk anak yang bergelut menjawab soalan. Kalau bekerja pun, mak ayah boleh ambil masa sekejap dan lakukanlah di pejabat. Doakan untuk kejayaan anak-anak.
Bersedekah
Bersedekah mampu meluaskan rezeki. Begitu juga dengan rezeki anak-anak pagi itu, ketika menjawab soalan. Bersedekah ke masjid atau pada sesiapa sahaja dan niatkan pahala buat anak kita. Insyaallah Allah bukakan rezeki anak kita untuk mudah menjawab ketika itu. Insyaallah!
Berterusan Zikir dan Doa
Tak kira di mana pun mak dan ayah berada waktu itu, sentiasalah berzikir di mulut dan tidak putus-putus doa pada anak-anak yang menjawab soalan. Walaupun ketika bekerja atau menungguh anak di luar sekolah, teruskan berzikir sebanyak-banyaknya. Mak ayah boleh membaca Al Fatihah 7 kali, Selawat Nabi 7 kali, Subhanaallah 44 kali, alhamdulillah 44 kali, Allahuakhbar 44 kali, Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali dan teruskan disambung dengan doa untuk anak.
Hantar Gelombang Positif
Sentiasa membayangkan muka anak dan sentiasa berfikir positif dan yakin anak kita dapat menjawab dengan lancar dan tenang. Kuatkan hati dan sentiasa positif. Insyaallah anak kita juga positif dan mampu menjawab dengan baik.
Tawakal Pada Allah
Setelah segala usaha kita dan anak kita buat sepanjang tahun sebagai usaha untuk menghadapi peperiksaan ini, inilah masanya kita bertawakal dan menyerahkan segalanya kepada Allah, kerana Dialah yang maha mengetahui. Apa yang penting kita telah pun berusaha dengan belajar dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa berdoa padaNya. Selebihnya biar Allah yang menentukannya.
Teruslah melakukan kesemua perkara di atas dan teruslah memberi kata-kata semangat dan positif buat anak kita. Insyallah semuanya dipermudahkan Allah SWT.Yakin dan percayalah bahawa Allah ada untuk membantu kita dan anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.