Memiliki keluarga bahagia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Perkahwinan ibarat ikatan untuk hidup berpasangan. Banyak penyesuaian yang perlu dibuat untuk memastikan rumah tangga bahagia.
Namun, biasalah kadang kala dalam hubungan suami isteri perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit. Apa pula suami isteri. Setelah bergaduh jangan lama-lama, kenalah berdamai.
Selain itu, pasangan suami isteri kenalah saling melengkapi dan bertolak ansur demi memastikan rumah tangga kekal bahagia. Inspirasi perkongsian Datin Paduka Eina Azman, 27, apabila Majalah Keluarga bertanya kepadanya mengenai pendapat isu poligami yang hangat diperkatakan di media sosial.
Artikel Berkaitan: “Tugas Saya Dan Dato Sebagai Mak Bapak Kamu Di Malaysia Dah Selesai.”- Eina Azman Dan Suami Sebak.
Artikel Berkaitan: “Bukan Je Cantik, Pemurah Juga. Contoh Majikan Prihatin.” Cuti Bersama, Sikap Sporting Eina Azman Dengan Bibik Dipuji!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Eina Azman yang pada mulanya bimbang pandangannya disalah erti namun katanya dengan lembut bahawa sebagai wanita, isteri dan ibu, dirinya punya pendirian mengenai isu berkenaan.
Lebih manis, nasihat ibu sentiasa menjadi pedoman diri untuk memastinya keluarganya bahagia bersama suami tercinta, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet.
“Sebagai wanita, isteri dan ibu kita cubalah buat yang terbaik untuk rumah tangga kita. Kita buatlah sehabis baik untuk suami, anak-anak, ibu ayah kita.”
“Jika zaman dulu, kita ikat perut suami, InsyaAllah tak lari ke mana. Tapi zaman sekarang, kita ikat macam mana pun, tapi ‘still’ nak ‘makan luar pun kita tak boleh buat apa.”
“Apa yang Mummy (Ibu Ena Azman) cakap, yang selalu ingatkan Ina. Buatlah sehabis baik untuk keluarga kita. Yang lain ke depan kalau nak jadi , jadi juga. Kita laranglah macam mana pun, buat lah apa pun, cantik lah macam mana pun, kalau benda tu nak jadi, tetap akan jadi juga,” ujarnya dengan ikhlas ketika di temui di majlis pelancaran Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®
Eina yang tampil dengan busana rona merah, turut memberikan kata-kata semangat kepada wanita bahawa wanita semua kena sentiasa kuat terutama suri rumah. Katanya lagi, kena ada simpanan sendiri kerana masa hadapan tiada siapa yang tahu.
“Kepada suri rumah pastikan ada simpanan sendiri. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Kita tidak mendoakan atau benda yang tidak baik kepada rumah tanggga. Cuma kena sediakan payung sebelum hujan.”
“Kepada wanita di luar sana, ingat pesana Ina, kita buat sehabis baik untuk keluarga kita. Apa yang nak berlaku ke hadapan tetap akan berlaku. Jadi cubalah jadi isteri dan ibu yang terbaik,” ujaranya yang mengakhiri perbualan petang itu.
@keluarga.my Doa baik-baik ye. Moga pasangan ini bahagia till jannah. #einaazman #datineinaazman #fyp #foryoupage ♬ original sound – Keluarga
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club