Mengadu Sakit Perut, Anak 6 Tahun Meninggal Dunia Dalam Pangkuan Ibu
Luruh perasaannya, ketika anak tersayang meninggal dunia dalam pangkuan. Hati ibu mana yang tidak meruntun jiwa apabila pemergian anak secara mengejut.
Menerusi perkongsian Mr Wan Cai Official berkongsi kisah duka berkenaan. Pasukannya diberi amanah untuk menguruskan jenazah adik Firdaus yang baru berusia enam tahun.
Lebih menyedihkan anak syurga ini meninggal dunia didalam pangkuan ibunya.
Difahamkan hasil dari laporan forensik Hospital Klang, hasil bedah siasat yang dilakukan oleh doktor forensik mendapati punca kematian adik Firdaus adalah disebabkan apendik.
Hari ini kami diberi amanah menguruskan jenazah kanak² lelaki berusia 6 tahun. Pengurusan keatas jenazah kanak-kanak ini berjalan dengan suasana hiba dan menyentuh hati.
Masing-masing melakukan tugasan tanpa banyak berbicara. Pengurusan tadi antara yang paling mencabar. Masing-masing bermain dengan emosi teringat anak-anak yang berada dirumah.
ARWAH MENGADU SAKIT PERUT
Jenazah yang kami uruskan ini namanya adik Muhammad Firdaus. Meninggal dunia dipangkuan ibunya selepas beberapa jam mengadu sakit perut.
Si ibu beranggapan anak lelakinya itu hanya mengalami sakit² biasa dibahagian perut. Lalu si ibu meletakkan minyak dan mengurut perut anak lelaki kesayangannya itu.
Tetapi keadaan adik Firdaus semakin teruk dan mula muntah-muntah. Beberapa minit kemudian adik Firdaus diserang sawan pula sebelum jantungnya terhenti.
Si ibu yang panik telah menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Ambulan yang tiba tidak lama kemudian mendapati adik Firdaus sudahpun meninggal dunia.
Ads
Jenazah dibawa oleh pihak polis kebilik forensik Hospital Klang untuk dibedah siasat. Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh doktor forensik mendapati punca kematian adik Firdaus adalah disebabkan apendik.
Dikatakan adik Firdaus sememangnya tidak mempunyai sebarang sejarah berkaitan penyakit kronik.
Kematian adik Firdaus secara tiba-tiba pasti membuatkan ibu bapanya terkejut. Anak yang membesar didepan mata tiba² pergi meninggalkan mereka sekeluarga.
Suara dan keletahnya pasti membuat si ibu dan si bapa mengalirkan airmata mengingati. Pengurusan untuk adik Firdaus telah diuruskan seperti anak kami sendiri.
Ads
Jenazahnya telah kami kebumikan ditanah perkuburan islam Selat Klang. Bermainlah ditaman syurga wahai adik Firdaus
Kehidupan ini sentiasa diuji dengan pelbagai perkara, bahkan ujian itu juga sudah sebati dalam diri setiap orang seperti merujuk kepada lautan yang terbentang luas, kadang-kadang tenang, sekali sekala dilanda gelora.
Terkini, kita semua berdepan dengan ujian berkaitan kesihatan yang cukup membimbangkan. Lantas, Pu Amin ada berkongsi serba sedikit berkaitan Raja Segala Penawar Racun Adalah ‘Taubat’. Ayuh kita selami coretannya dan bersamalah kita muhasabah diri untuk kebaikan bersama.
Ini perkongsiannya.
Raja segala penawar racun adalah ‘Taubat’.
Kalau anda nak tahu dulu pada tahun 478h berlaku wabak ta’un dan demam di iraq hijjaz dan syam . Banyak binatang mati di pedalaman, angin hitam datang ke kampung menyebabkan pokok tumbuh tumbuhan gugur. Semua orang takut dan panik.
Khalifa Al Muqtadi Bi Amrillah memerintahkan agar dilaksanakan amar makruf nahi mungkar, alatan muzik yang melalaikan di pecahkan . Akhirnya penyakit demam,ta’un dan waba berlalu pergi (Lihat Al Bidayah Wa Nihayah 16/93)
Ramai yang takutkan Virus Covid 19. Hakikat nya Allah Swt yang menciptakan Virus ini , bukan untuk menzalimi kita , tapi mengingatlan kita tentang kebesaran Nya . Sekuat dan sehebat mana teknologi dan kepakaran manusia , ia tetap tidak mampu menandingi kehendak Allah Swt.
Yang sakit terkesan dengan penderitaan . Yang berniaga terduduk jatuh kerugian . Apa logik penawar taubat dengan virus ? susah nak diterima akal , tapi itulah jawapan nya . Tuhan nak kita bermunajat , dekat dan terus dekat . Nampak mudah , tapi berat .
Hentikan segera acara maksiat . Ajak lah manusia untuk duduk menghadap kiblat . Tuhan tak pernah tidur . Teruskan berdoa . Merintih ketakutan hanya pada Allah Swt . Ingatlah Sabda Rasulullah Saw , semua penyakit dan racun ada ubat nya . Bertawakal kita . Sedia , usaha , redha menghadapi sebarang kemungkinan .
Ya Allah ! Peliharalah kami !
Ya Allah ! Ampunkan kami !
Berkat Jumaat penghulu segala hari , maka turunkan segera ubat dan penawar bagi racun Covid 19 ini !
Ya Allah ! Makbulkan doa kami !
Penceramah bebas, Ustazah Asma Harun yang sering mengadakan ceramah agama turut sama terkesan dengan bahaya wabak Covid-19 ini.
Tiada kesusahan melainkan izin tuhan. Begitu juga dengan penularan wabak virus bahaya ini. Malah kita semua perlu berada di rumah untuk memutuskan rantaian virus ini. Malah ia mengakibatkan PKP dilanjutkan sehingga 14 April.
Sebagaimana pesan ustazah ini bahawa kita jangan alpa untuk mendekatkan diri kepada tuhan dalam tenpoh PKP.
Semoga kita ambil prihatin dengan nasihat yang ustazah berikan ini.
Sekarang ini, kita tidak minta tak harap lebih daripada Allah. Cukuplah kita dapat kembali kepada kehidupan yang biasa. Rupanya kehidupan yang kita lalui selama ini begitu nikmat sekali, dah cukup semuanya, walaupun ia kehidupan yang biasa yang tidak ada apa untuk dibanggakan.
Hidup ini, bukan tentang siapa hebat siapa masyhur siapa kaya siapa berkuasa. Ia hanya berkisar tentang diri dan keluarga kita sahaja.
Daripada rumah kita keluar mencari rezeki untuk dibawa pulang ke rumah. Hanya itu dunia sebenar kita, siapa bahagia dirumah dia akan bahagia di Dunia dan Akhirat InsyaAllah.
DEKATKAN DIRI DENGAN TUHAN
Sekarang, Allah kurung kita dirumah kerana telah lama tersesat mencari bahagia dan kedudukan diluar rumah. Adakah saat ini pasangan dan anak² bahagia dengan kita, dimanakah keududukan kita di hati mereka?
Ukuran bahagia sebenar di Dunia dan Akhirat apabila kita mampu berjemaah, daripada Solat, Zikir, baca Quran, makan minum, berhibur, rehat, kerja rumah dll. SubhanAllah, moga kita semua hidup dalam suasana ini, jika ada yang belum mahu bersama², doakan sungguh² untuknya dengan kasih sayang.
Dah berapa juz alQuran sepanjang PKP ini, sepatutnya kita dah boleh khatam kan?.
Yang dibimbangi, setelah berlalu ujian ini, kita lalai leka semula. Mengejar tanpa henti suatu yang tidak pasti, sehingga datang mati baru mengerti hidup ini adalah tentang mencari bekal untuk kembali. Bekal bawa mati.
Murid perempuan darjah enam maut dipercayai disambar petir di Kampung Baru Sungai Raya Luar, Gua Musang, Kelantan, hari ini.
Difahamkan ketika kejadian, kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ini ketika sedang berbual dengan rakannya menggunakan telefon pintar.
Memetik laporan Kosmo, mangsa, Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi, 12, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis ditemukan terbaring di dalam bilik tidurnya dengan kesan terbakar pada bahagian lengan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
BUNYI DENTUMAN PETIR KUAT
M. Nor Zawawi memberitahu ketika kejadian dia dikejutkan dengan bunyi dentuman petir yang sangat kuat sebelum dimaklumkan oleh isteri mengenai keadaan anak keempatnya
“…isteri memaklumkan anak keempat daripada lima beradik telah pengsan di tempat tidur sambil tangan kanannya memegang telefon bimbit.
KESAN MELECUR
Jelasnya lagi, terdapat kesan melecur pada tangan kanan anaknya selain bahagian tilam tempat tidur Nur Asyqin Qistina turut menunjukkan kesan terbakar.
Bapa mangsa memaklumkan, anaknya dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Betis dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas sebelum di bawa ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut sebelum proses pengebumian.