Zaman kanak-kanak ini kalau boleh semua benda ingin dicubanya, hatta ketika bermain sekali pun macam-macam perkara pelik boleh dilakukan. Tidak dinafikan gelagat mereka bermain bersama rakan-rakan ada yang melucukan dan tidak kurang juga hingga ada yang boleh mengundang bahaya pada diri sendiri.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ini sepertimana satu kejadian yang tular di media sosial apabila ada seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa berdepan detik cemas apabila kepalanya tersangkut pada kon hampir setengah jam dalam kejadian di sebuah sekolah gara-gara bermain dengan rakan.
Memetik laporan Sinar Harian, difahamkan Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP), Mohd Ezal Azman berkata, sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.28 petang semalam.
Katanya sebaik tiba, anggota bomba mendapati kepala mangsa tersekat pada kon. Mohd Ezal berkata rakan mangsa memaklumkan kanak-kanak berusia 10 tahun itu memasukkan kepala ke dalam kon dan menekan terlalu kuat sehingga tidak boleh ditanggalkan.
“Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa bermain dengan rakannya sewaktu hendak pulang dari sekolah.
“Rakan mangsa memaklumkan mangsa memasukkan kon terlalu kuat hingga tidak boleh ditanggalkan.
“Anggota bomba kemudian memotong kon itu menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan kepala mangsa dalam keadaan selamat. Operasi ditamatkan pada jam 1.55 petang,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga : Kematian Yang Dicemburui, Ustazah ‘Pergi’ Saat Majlis Khatam Al Quran Secara ‘Live’!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Anak Lasak Bukan Bebanan. Ibu Ayah Cuba Tip Ini Untuk Salurkan Tenaga Berlebihan Mereka
Isu anak kecil lasak memang tak pernah ada noktahnya. Selagi namanya anak kecil selagi itulah mereka akan aktif dan lasak.
Tapi kadangkala ada orang lain tidak suka dengan tingkah laku kanak-kanak yang terlalu lasak terutama bila mereka datang menziarah ke rumah.
Tapi ada pula orang kata anak yang lasak dan aktif tu tandanya seorang yang bijak sebab ada sahaja idea yang mereka fikirkan.
Penulis buku keibubapaan yang kerap berkongsi info perkembangan anak, Adlil Rajiah turut berkongsi isu anak lasak di laman Instagramnya.
Menurut beliau, soalan tentang anak lasak memang kerap diterima daripada ibu bapa yang akan bertanya apabila beliau membuka sesi soal jawab keibubapaan.
“Anak Saya Lasak Sangat”
Hampir setiap kali buka sesi Q&A, mesti ada soalan tentang ANAK LASAK.
Ada yang mengadu anak tak berhenti-henti berlari, melompat, memanjat, baling-baling barang. Ada yang mengadu anak tak boleh duduk diam masa makan. Kalau makan kat luar, memang tak sah kalau nasi berterbangan kat dinding restoran, dan di muka waitress.
Ada juga yang mengadu anak terlalu kuat memanjat sampaikan semua benda nak dipanjat– grill rumah, pintu pagar, sofa, dinding, peti ais. Dan ramai juga parents yang terus jump into conclusion dengan terus melabel anak hyperactive atau ADHD, tanpa sebarang usul periksa.
So apa sebenarnya mindset yang betul dan apa yang kita perlu buat untuk handle anak lasak, tanpa perlu stress hari-hari menghadap nasi berterbangan ketika makan?
Ada beberapa fakta menarik tentang anak lasak yang ramai parents perlu tahu:
1) Anak lasak tergolong dalam kategori body-smart atau kinesthetically intelligent! Tapi mereka selalu disalaherti sebagai hyperactive / ADHD
2) Mereka mempunyai energy yang banyak dan badan yang kebal. Diorang ni ada daya ketahanan yang luar biasa! Setakat terhantuk kat dinding, jatuh tangga, tersadung kat batu– rilekk je!
3) Malangnya, mereka mungkin lemah dari segi self-control, dan mudah tantrum yang sukar dikawal.
4) Anak lasak / energetic sentiasa memerlukan sokongan emosi dan peringatan yang berulang-kali untuk bantu build self-control mereka secara perlahan-lahan.
Tip Atasi Anak Lasak Tanpa Stres
1. Aktiviti Pergerakan
Aktiviti yang melibatkan pergerakan amat penting bagi anak yang lasak. Ia membantu mereka menyalurkan tenaga dan mengurangkan tekanan pada masa yang sama.
Untuk ibu bapa yang bekerja dan tak ada banyak masa untuk keluar dengan anak-anak, sediakan ruangan khas untuk “energetic indoor games” di rumah. Mungkin boleh lapangkan satu bilik dan jadikan tempat untuk anak melepaskan LASAK mereka.
Letakkan beberapa ketul bantal, bola besar/belon, beberapa kotak ebsar, kerusi, tangga, bouncing tool dan lain-lain peralatan yang sesuai.
Biar banyak games yang anak boleh explore dalam bilik tu. Biar anak memanjat, melompat, berlari, pillow fight, tendang bola, wrestling, main perang-perang, main sorok-sorok dan macam-macam lagi.
Lagi best kalau dapat pasang muzik masa anak-anak tengah main. Biarkan mereka menari dan bergerak mengikug rentak muzik. Muzik semamangnya terapi bagus untuk anak-anak aktif!
2. Beri Tanggungjawab
Bila anak dah ready, anda boleh mula “delegate” tugas-tugas mudah untuk anak. Contohnya siram pokok, sapu lantai, lap tingkap, susun barang, basuh kereta, basuh bilik air dan lain-lain.
Anak yang lasak sebenarnya sangat suka membantu kerja rumah yang memerlukan pergerakan dan mereka sangat “hands-on” jika budaya ini diterapkan sejak awal.
Ibu bapa perlu beri kepercayaan kepada anak.
Mula-mula memang banyak kesilapan dalam tugas yang diberi. Beri masa, Lambat laun mereka akan jadi pembantu yang bagus. Lagipun inilah cara terbaik untuk kita bantu anak lasak salurkan tenaga mereka ke arah yang betul, membentuk keyakinan diri dan kawalan dalam diri mereka.
3. Aktiviti Sukan
Kebanyakan atlet-atlet hebat dunia, adalah seorang anak yang lasak dan mempunyai high energy pada masa kecilnya. Sesetengah daripada mereka juga adalah hiperaktif semasa kecil.
Lihatlah bagaimana anak yang lasak boleh capai dalam hidup mereka. Yang penting, kita ibu bapa jangan bunuh sifat energetic tersebut.
Bimbing mereka dengan aktiviti yang betul. Mana tahu anak lasak kita ni sebenarnya setanding Lee Chong Wei, Pandelela Rinong, Azizul Pocket-Rocket satu hari nanti. Siapa tahu?
4. Hadkan Screen Time
Banyak kajian menunjukkan screen time yang berlebihan boleh membentuk sifat agresif pada anak. Walaupun cerita yang ditonton langsung tiada unsur ganas. Anak yang menonton TV, gajet atau video game berlebihan didapati sukar mendengar arahan, sukar fokus, sering bertindak ganas dan tiada self-control yang baik.
Jadi bayangkan jika anak yang energetik/lasak ni bertindak ganas. Lagilah DOUBLE TROUBLE!
5. Sesekali Benarkan Anak ‘kotor’
Biarkan anak-anak lasak ini bermain hujan, main tanah, bergolek atas rumput, panjant pokok. Anak yang lasak sebenarnya mempunyai daya ketahanan badan yang tinggi.
6. Buat Jadual Rutin Harian
Anak yang lasak susah nak tolerate dengan masa orang lain, dan kurang mampu untuk fleksibel sebab itu mereka perlukan jadual.
Tetapkan jadual masa untuk mereka main lasak-lasak dan mas auntuk mereka ‘bertenang'(tidur, makan, dll). Sentiasa ingat untuk tegas dan konsisten dengan peraturan dan masa yang telah ditetapkan dalam jadual. Memang sukar pada awalnya tapi lama-kelamaan anak akan ikut.
Pastikan setiap masa terluang yang ada dalam jadual adalah untuk aktiviti fizikal membantu mereka membakar tenaga.
7. Cari Tadika/Sekolah Yang Memahami Keperluan Tenaga Anak
Bincang dengan cikgu mereka untuk membenarkan anak berlari setiap kali ada masa terluang atau bila ada jarak di antara aktiviti-aktiviti kerana MEREKA PERLUKANNYA.
Untuk anak-anak yang lasak, memaksa mereka untuk duduk diam selama berjam-jam adalah umpama penderaan terhadap mereka!
8. Masa Bersendiri Sebelum Tidur
Kebiasaannya anak perlu lebih tenang sebelum masa tidur. Jadi, ini masa yang sesuai untuk anda bersama anak dan berbual sebentar.
Kajian menunjukkan anak yang sentiasa dapat alone-time dengan ibu bapa akan ada self-control yang lebih baik dan lebih mudah mendengar arahan berbanding anak yang jarang dapat alone-time.
Jadi, pastikan setiap malam, anda jumpa setiap anak secara berseorangan dan berbual dengan mereka sebelum tidur. Kalau anak ramai, mungkin boleh bergilir mengikut hari. Tapi pastikan setiap seorang dapat keistimewaan tersebut.
9. Kurangkan Gula Dalam Makanan Dan Minuman Anak
Kandungan gula yang banyak terutama dalam makanan proses menyebabkan anak lebih energetik dan sukar dikawal. Anak yang lasak sebenarnya memerlukan air kosong yang banyak untuk mengekalkan badan mereka hidrat.
10. Sediakan Anak Dengan Aktiviti Setempat Yang “hands-on”
Aktiviti “hands-on” penting bila kita perlukan anak untuk duduk diam sebentar. Contohnya waktu makan, di tempat awam, di kenduri, dalam kereta dan lain-lain.
Kalau boleh pastikan gajet adalah pilihan terakhir. Pilih aktiviti yang membantu anak memerah otak dengan menggunakan rangsangan skil motor halus dan skil intelektual mereka.
Contohnya plastesin, lego, blok, buku mewarna, doodling, lukisan batik, eksperimen sains mudah atau aktiviti memasak.
Ketika anak melakukan aktiviti setempat seperti ini, kita boleh terapkan kemahiran akademik seperti mengenal pasti barang, membaca, mengira dan mengingat.
Ingat, anak anda yang energetik bukan satu perkara yang buru, mereka secara semula jadi seorang yang energetik! Triknya kita kena tahu cara untuk salurkan tenaga tersebut dan biarkan ia membakar tenaga tersebut sebanyak yang boleh dengan cara positif dan produktif.
Sumber: @adlilrajiah
Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Keluarga Gader https://t.me/keluargagaderclub sekarang!
Belajar Jadi Mak Ayah Prihatin, Elak Tegur & Marah Anak Tiga Waktu Ni!
Tiga waktu ini sebaiknya elakkan marah-marah anak. Ada baiknya mak ayah memilih waktu yang lebih sesuai untuk menegur anak cara baik. Barulah lebih berkesan di hati anak.
Jom ikuti tip perkongsian Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim ini.
Waktu bangun tidur
Cuba bayangkan kita baru bangun tidur dah bersedia nak menghadapi hari yang baru tapi tiba-tiba dah kena marah. Bikin mood down.
So macam anak itu nak bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi hari-hari yang seterusnya dan belajar di sekolah. Itu yang membuatkan anak tak fokus belajar.
Sebelum tidur
Tidur ni sangat penting untuk perkembangan otak, emosi dan fizikal. Kita tak nak anak tidur dalam keadaan stress, tak tenang, tak happy, marah dan sebagainya. Semua ini boleh mempengaruhi perkembangan otak anak.
Ketika sedang makan
Relaks jangan marah-marah. Masa makan dengan keluarga ni jangan marah-marah. Kita nak ajar anak hargai rezeki yang ada dan menghargai nikmat yang Allah berikan. Kalau kita sendiri marah-marah depan makanan, apa yang kita anak ajar anak.
Ilmu ni bukan apa yang kita cakap tetapi ilmu ini sifatnya berbekas di hati. Kita ajar dia syukur dengan rezeki tapi kita marah-marah. So apa yang masuk ke dalam diri anak adalah perasaan tegang, perasaan kena marah, perasaan tak puas hati dan sebagainya.
Jadi tiga masa ini relakslah santai-santai sahaja.
Menarik: Saling Tukar Shift Jaga Anak, Kamal Adli Bangga Sifat Keibuan Uqasha!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
“Lama Tunggu Mr. Right Akhirnya Jumpa.” Akhirnya Neelofa Milik Haris Dengan Sekali Lafaz. Tahniah!
Desas-desus perkahwinan selebriti popular, Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, akhirnya terjawab apabila pasangan kontroversi itu akhirnya disatukan dalam ikatan suami isteri, pagi ini.
Majlis akad nikah Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada jam 11.43 pagi tadi. Akad nikah Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor disempurnakan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor.
Dalam majlis tersebut, Neelofa sah bergelar isteri kepada lelaki dicintainyaPU Riz, dengan sekali lafaz sahaja.
Majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz hanya dihadiri sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak dan rakan baik.
Pihak pengantin perempuan tidak menyatakan jumlah hantaran, sebaliknya hanya memberitahu menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki.
Neelofa dan PU Riz menzahirkan rasa syukur apabila majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami.
“Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar pasangan berkenaan.
Mengulas detik perkenalannya, Neelofa berkata, dia mengenali PU Riz pada Jun, 2017.
“Bagaimanapun, saya bekerjasama buat kali pertama dengan suami untuk sebuah projek pada 2018. Selepas kolaborasi ini, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian.
“Dari titik pertemuan semula ini, kami mula mengenali hati budi masing-masing,” katanya.
Bekas pengacara MeleTOP itu berkata, suami seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang.
“Apabila berbual dengannya, saya boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.
“Dia juga pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah,” kata Neelofa.
Memilih konsep Jabal Rahmah, majlis tersebut dihadiri tetamu yang memakai sepersalinan berwarna putih sesuai dengan tema pilihan pengantin.
Sumber: Berita Harian Online