“Macam Tok Ti Masa Muda.” Bersemut Tengok Bella Dan Suami, Wargamaya Titip Doa
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya ingin membina kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.
Tidak dinafikan pastinya ada pasang surut dalam rumahtangga. Ketika ini setiap pasangan harus bersikap bertolak ansur untuk memastikan hubungan suami isteri kekal bahagia.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bak kata perpatah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Begitu buat pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah yang tidak terlepas melalui saat kesukaran dalam kehidupan mereka.
Namun pasangan ini telah melalui fasa itu dengan baik. Kini mereka bahagia meniti hari bersama membina sebuah keluarga yang harmoni.
Terbaru menerusi akaun TikTok milik Bella Astillah yang memaparkan aksi manjanya di samping suami tersayang.
Ads
Nyata, riak wajah Bella yang ceria dan suami membuktikan pasangan ini saling menyayangi antara satu sama lain.
Dalam pada itu, wargamaya turut memuji dan titip doa kebahagian pasangan ini. Bahkan ada yang berseloroh mengatakan wajah Bella persis Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Meninjau di ruangan komen rata-rata para wargamaya meluahkan rasa gembira melihat pasangan ini kekal bahagia. Antara komen wargamaya adalah seperti berikut.
Hakikatnya kebahagiaan rumahtangga adalah kunci kepada hubungan kasih sayang suami isteri kekal sehingga akhir hayat. Biarpun datang onak duri yang melanda, pastinya ia tetap kukuh dan utuh!
Namun, kesibukan kerja dan tanggungjawab kepada keluarga, kadang kala, membuatkan encik suami alpa akan sikap romantisnya sebelum berkahwin.
Moga perkongsian DrTaufiq Razif ini jadi inspirasi.
Kenapa Saya Tak Boleh Kedekut Dengan Isteri?
Kelemahan terbesar saya adalah saya terlalu fokus kerja sampai saya terlepas pandang dan KURANG PERASAN dengan apa yang isteri saya dah buat untuk saya dan anak-anak.
Bila saya KURANG PERASAN, KURANG MEMUJI dan KURANG MENGHARGAI sebenarnya saya sedang RAMPAS HORMON DOPAMINE isteri saya.
Padahal hormon dopamine ni sangat la penting untuk naikkan balik semangat dan motivasi dalaman isteri saya!
Hormon dopamine ni akan meningkat kalau saya selalu menghargai dan puji isteri saya kerana benda ni semua adalah ‘social reward’ pada otak isteri saya.
Tapi..
Inilah kelemahan terbesar saya, saya kurang menghargai dan memuji!
Tu la kenapa saya selalu bagi isteri saya ‘shopping’. Paling saya suka sebenarnya kalau isteri saya ‘online shopping’ je sebab perasaan teruja menunggu barang sampai dan membuka bungkusan ( anticipating the reward ) tu la yang akan membuatkan dopamine isteri saya makin cepat meningkat!
Tak percaya cuba korang tengok mimik muka isteri korang masa dia baru buka bungkusan atau parcel yang sampai tu. Berbunga bunga dan berseri wajahnya kan? Tu lah tanda dia sedang BAHAGIA
p/s : Ni la cara saya tutup kelemahan saya yang selalu sibuk dan kurang memuji dan menghargai. Apa pun, saya akan tetap cuba baiki diri. Doakan saya!
Sumber: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila memasuki kediaman baru pastinya pelbagai ruang ingin kelihatan cantik. Ubahsuai termasuk ruang tamu,bilik serta dapur.
Ruang dapur antara ruang yang sering menjadi pilihan utama. Maklumlah Kawasan untuk ibu-ibu memasak dengan penuh kasih sayang.
Malah ada yang sanggup berhabis untuk extend dapur untuk mempunyai ruang yang luas supaya memasak dengan mudah.
Namun ada juga sebaliknya. Namun ruang dapur dideko dengan memanfaat sepenuhnya ruang agar kemas dan teratur.
Begitulah cara yang dikongsi oleh puan Shima Sharuddin dengan melakukan ubah suai bahagian dapurnya. Menariknya, biarpun dapurnya tidak diextend tetap kelihatan luas dan praktikal.
Ikuti perkongsian beliau.
Kitchen Cabinet RM26k ++ ( termasuk pull out accesories) Material MDF
Shiplap sliding door = RM5400 Material MDF
backsplash= Jubin Cantek kajang / IG:Jubincantik
pot filler = IG:zizimimiandco
sink & piller tap = paramax kitchen & Bathroom
soap dispenser kitchen sink= web Amazon
hood & hob kitchen= one living
microwave & oven = one living
Romand blind = One city textile
Untuk kitchen cabinet nie sy amek contractor dari puchong. Nama dia Jacky. Hasil kerja memang sgt kemas dan puas hati. Klu nak no fon dia boleh pm sy atau boleh tgk dekat ig sy. Sy ade share contact num jacky.
KONSEP PUTIH
Sinki yang unik, berwarna keemasan.
Paip diletakkan berdekatan bahagian dapur memudahkan urusan memasak.
Penstoran yang kemas. Barang-barang diletakkan dalam kabinet menyebabkan dapur kelihatan sentiasa kemas.
Bahagian dapur dan ruang tamu dipisahkan dengan pintu berkaca telus pandang.
Apa lagi kepada yang nak ingin mencuba konsep ni, boleh buat seperti ini. Kemas dan modern!
Bahagia sebuah keluarga itu pelbagai cara. Ia termasuk mempunyai adik beradik yang ramai.
Namun untuk membesarkan anak yang ramai ada cabarannya.
Ia menjadi momen yang akan dikenang dan menjadikan diri lebih motivasi.
Begitulah perkongsian saudara Mohd Yazid Islam dalam facebooknya tentang cabaran mempunyai adik beradik yang ramai.
“Saya ada 16 adik beradik seibu sebapa.
1 hingga 11 semua lelaki.
12 hingga 16 semua perempuan.”
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Cabaran hidup dengan RM150
Pada tahun 1991, masa mak mengandung anak ke16 ayah diserang stroke dan lumpuh. Hilang sumber pendapatan. Tiada simpanan sebab hidup cukup-cukup makan je.
Alhamdulillah pihak masjid bagi wang ehsan setiap bulan hanya rm150.
Mak besarkan kami dan dalam masa yg sama uruskan ayah yg lumpuh dengan seratus lima puluh tu. Macam mana boleh survive? Ni semua urusan Allah..semua rezeki dari Allah
Allah bagi rezeki kepada anak-anak dalam bentuk kesedaran untuk berdikari. Walaupun masih sekolah rendah kami dah mula cari duit sendiri. Jadi buruh sementara, kutip botol dan tin aluminium untuk dijual, bercucuk tanam dan lain-lain.
Pada tahun 2001, ketika tingkatan 4, saya masih kutip kayu api untuk masak. Ada berlaku kecederaan ketika sedang memotong kayu, parang terkena kat tangan. Ada kesan parut di tangan kiri.
Makanan kami juga tidak semewah orang lain. Makan nasi tanpa lauk sudah jadi kebiasaan. Sekadar nasi campur air, garam dan sedikit gula sudah memadai. Mujur di sekolah ada Rancangan Makanan Tambahan RMT, dapatlah kami rasa makan yang sedap secara berterusan.
Walau keadaan hidup begitu susah, tidak pernah sekalipun mak berhenti berjuang mahupun mengaku kalah dalam membesarkan anak-anaknya.
Mak juga tidak berkeluh-kesah di hadapan anak-anak, biarpun beberapa kali saya melihat mak menangis mungkin kerana terlalu berat menanggung keperitan hidup.Kami anak-anak yang masih kecil ketika itu hanya boleh menahan sedih melihat keadaan emak.
Ketika itu memang tidak banyak yang boleh kami bantu, malah untuk angkat ayah yang lumpuh untuk dimandikan pun susah. Saya banyak kali menangis sebab melihat ayah yang makin lemah dan kudis di badannya makin besar disebabkan terlalu lama baring..sangat meruntun jiwa.
Nasib baik abang-abang di sekolah menengah banyak tolong dengan penuh kesabaran tetapi apabila mereka masuk universiti, tinggal kami yang kecil-kecil sahaja di rumah.
Masak dapur kayu nak jimat
Sehingga tahun 2001, kami masih memasak menggunakan dapur kayu api. Bukan tidak ada dapur gas tetapi mahu menjimatkan wang daripada membeli gas. Kalau bekalan kayu api berkurang, kami adik beradik akan masuk hutan mencari kayu api. Ketika itu tiada lagi orang kampung yang mengutip kayu api, hanya keluarga kami sahaja.
Mak pula pegang prinsip tidak akan hutang duit orang. Hidup dengan sekadar apa yang ada. Alhamdulillah, beban emak sedikit ringan apabila abang-abang di universiti mengirim duit biasiswa masing-masing untuk adik-adik di kampung. Pernah abang saya cerita, dia sanggup ikat perut semata-mata untuk hantar duit ke kampung.
Arwah ayah pentingkan solat berjemaah
Sepanjang ingatan saya, semasa ayah masih hidup dan sihat, dia tidak pernah bertanya tentang pencapaian pelajaran anak-anak, tapi ayah selalu tanya tentang solat di masjid atau tak. Arwah ayah selalu pesan, “tidak guna belajar tinggi dan pangkat tinggi tapi solat jemaah tidak dijaga”. Arwah ayah memang sangat menekankan pendidikan agama dan praktikalnya.
Walaupun kami masa masih bersekolah dan sangat sibuk dengan mencari duit tapi kami tetap ke masjid solat jemaah. Kami cuma dapat belajar ketika di sekolah sahaja kerana di rumah kami sibuk dengan kerja dan mengasuh adik-adik yang masih bayi. Namun, syukur semuanya kini cemerlang dalam pelajaran.
Alhamdulillah 1 hingga 16 berjaya semua masuk universiti.
Pesanan untuk ibubapa, bagi mendapat keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat berilah penekanan pada pendidikan agama terutamanya solat. Anak-anak lelaki mesti dibiasakan dengan solat jemaah.
Sekarang bila tengok orang yg kutip tin dan botol di tepi jalan saya teringat keadaan saya dulu-dulu. Walaupun saya dah hidup senang dan alhamdulillah bisnes Public Mutual saya maju tapi saya tak lupa asal usul saya.
Sumber: Mohd Yazid Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...