Lontong antara juadah Hari Raya yang cukup popular bagi orang-orang Selatan tanah air. Tanpa menu ini, raya ibarat tanpa serinya. Inilah yang sentiasa di cari di meja hidangan.
Kini tidak hanya orang-orang Selatan, menu popular ini semakin berani dicuba oleh masyarakat di negeri-negeri lain khusus untuk menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Namun menyediakan Lontong haruslah kena ada caranya kerana tersalah langkah, Lontong cepat basi dan tidak tahan hingga ke petang hari. Kuahnya yang bersantan memang cukup sensitif dan mudah basi jika tidak dimasak dengan betul.
Ads
Perkongsian seorang chef yang menyediakan juadah Lontong bersama Kuah Lodeh ini patut kita cuba. Ikuti petua dan langkah yang diberikan ini.
1. Masak Waktu Pagi
Menurut chef, jangan sesekali masak kuah lodeh di malam hari sebaliknya masaklah ketika waktu subuh atau waktu pagi raya. Cara menyediakan mudah sahaja dan tidak memerlukan masa yang lama. Apa yang anda perlu lakukan adalah memotong kesemua sayuran di waktu malam hari. Ini membantu lebih cepat proses memasak pada keesokkan harinya.
2. Didih Sayur Sahaja
Bagi memastikan kuah lodeh mampu bertahan lama, apa yang anda boleh lakukan adalah hanya mendidihkan air dengan bahan kisaran seperti bawang, cili padi, kunyit hidup, udang kering dan bahan-bahan lain sahaja tanpa santan. Buat stok ini, didih dan perasakan secukupnya.
Ads
3. Biarkan Reneh Lama
Ketika mendidihkan kuahnya, biarkan ia direneh sedikit lama sebelum dimasukkan kesemua sayuran lain. Ini bagi memastikan bahan kisaran dimasak dengan tepat. Kemudian barulah dimasukkan kesemua bahan-bahan lain seperti tempe, kacang panjang, kentang, lobak merah, tauhu, terung, tauhu kering, kobis dan sebagainya mengikut citarasa anda.
4. Asingkan Santan
Sebaik tetamu datang, didihkan semula bahan stok kisar bersama sedikit santan yang sudah diasingkan dalam periuk berasingan. Masak semula kesemua bahan ini mengikut jumlah tetamu yang datang. Perasakan secukupnya dan bolehlah dihidangkan. Cara ini bukan sahaja tidak cepat basi tetapi lebih segar rasanya untuk dihidangkan kepada tetamu.
Ads
5. Sambal & Kuah Kacang
Sambal dan kuah kacang bolehlah dimasak pada malam raya kerana ia tidak menggunakan santan dan tidak cepat basi. Namun bolehlah menumis sambal lebih lama supaya cili lebih enak dan tahan lama. Pastikan sambal dan kuah kacang cukup lengkap rasanya.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak masak apa hari ni ye. bagi ibu-ibu yang pening nak sediakan hidangan untuk keluarga hari ini, Kalau boleh nak sediakan hidangan yang sedap tapi mudah dan cepat. Jadi dapatlah Mak-mak luangkan lebih masa dengan keluarga. Jadi, apa kata cuba resepi ayam bakar yang sangat simple ni tapi sedap.
RESEPI AYAM BAKAR
Bahan A
1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan
Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
Boleh kisar atau tumbuk.
Bahan C (kuantiti sesuai selera ye)
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta
Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.
Bahan D
Gula atau madu. Boleh skip kalau x suka, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.
Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.
Nak dapatkan resepi lebih istimewa jom LIKE PAGE
https://www.facebook.com/supselerautarafazlan/
kredit: dani
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menikmati sarapan atau minum petang dengan roti jala yang dicicah bersama kuah kari yang pekat tentu menyelerakan rasanya.
Tapi bab memasak kari yang pekat dan enak tak ramai yang tahu. Jadi disini dikongsikan resipi daripada Muhamad Fadzul Ilahi Azhar kepada yang ingin mencuba.
Ini perkongsiannya.
Orang selalu tanya.. macam mana kari saya masak.. pekat elok.. TANPA menggunakan kerisik dan buah keras.. saya masak ikut style saya . Maaf kalau resepi ni kurang jelas. Tak pandai buat resepi.. hehe.
KARI AYAM
1ekor ayam 1.8kg
3senduk bahan blend(bawang merah putih dan halia)
150gm serbuk kari
1kotak kecik santan kara
4beradik lawang, cengkit, kayu manis, pelaga
Garam, gula dan aji
Air
Panaskan minyak lebih, tumis 4beradik diikuti bahan blend.. tumis sampai kering.. masukkan sikit air.. biar sampai kering..
Masukkan rempah dan santan.. tumis sampai pecah minyak dengan mengunakan api paling slow.. selalu kacau tak bagi melekat..
Masukkan sedikit air.. jangan cair , jangan pekat.. tengah-tengah.. biar didihkan..
Masukkan gula aji dan garam..
Masukkan ayam dan kentang.. biarkan sekejap mendidih.. gaul-gaul .. dan biar masak tutup api.. api slow ya.. ni cara saya..
ROTI JALA KUNING
1kilo Tepung gandum
2sb gula
1/2sb garam
3biji telur
2sudu kecil perwarna kuning telur
1tin susu cair
Air
8sudu besar minyak
Kacau kesemuanya bahan dalam satu bekas sampai sebati.. masukkan perwarna dan minyak.. kacau hingga sebati.. adunan tak terlalu cair atau pekat
Masukkan adunan ke dalam blender blend hingga halus dan ada pusar sebesar ibu jari lelaki.. siap adunan yang cantik.. kalau tak ada pusaran masukkan air sedikit hingga menjadi pusaran.
Sayang punya pasal, macam-macam perkara yang kita lakukan buat kucing kesayangan kita. Selain belikan makanan yang sihat dan berkhasit, membeli kelengkapan dan beberapa barang mainan antara salah satu perkara yang kita tak pernah lokek. Ibarat macam anak sendiri.
Tapi kalau dah namanya ‘anak’, kenalah sediakan makanan yang berkhasiat dan baik untuk kesayangan kita yang satu ni. Memilih makanan yang baik dan berkualiti antara yang disarankan.
Tak hanya makanan yang dijual di pasaran, petua dan amalan tradisional juga boleh kita cuba. Salah satu cara mencantikkan bulu kucing yang dikongsikan oleh rakan kita yang menggelarkan dirinya sebagai Bapa Kucing di facebook ini boleh kita cuba.
Paling menarik sebab makanan yang digunakannya untuk mencantikkan bulu kucingnya memang tidak kita jangka. Jom ikut tipnya.
Cantikkan Bulu Dengan Kuning Telur
Menurutnya, caranya untuk mencantikkan bulu kucingnya adalah dengan memberi kuning telur setiap minggu. Memang gebu.
Bagi merawat dan melebatkan bulu kucing yang gugur, beri makan kuning telur setiap minggu. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Lagi kerap lagi bagus.
Kena ajar dari umur 3 bulan lagi. Kalau dah besar susah sikit untuk kucing anda makan. Cuba campurkan pada makanan dia. Beri makan masa dia lapar lagi senang.
Begitu katanya, mudah sahaja iaitu dengan menambahkan sedikit kuning telur dalam makanan kucing. Tambah berselera kucing kita
setiap hari. Silap-silap dia minta lagi dan lagi. Jadi jom cuba.
Selamat mencuba!
Kredit : bapa kucing
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.