Kek marble antara kek yang popular yang mudah dibuat. Malah rasanya pun sedap dengan kelembutan keknya. Jika dihidangkan ketika panas untuk minum petang memang menyelerakan.
Pastinya sudah ramai yang tahu cara sukatan untuk membuat kek marble ini melalui posting yang dipaparkan di media sosial. Ada yang telah berjaya memasak kek dengan sempurna dengan tahap gebu dan kelembutan. Namun ada juga yang tidak jadi masakannya seperti kek menjadi bantat, tidak naik, tidak gebu dan lembut.
Lazimnya jika kek tidak menjadi ia berkaitan dengan cara penyediaannya.
Nak tahu petua nak jadikan kek marble mengebu dan lembut, ikuti lapan panduan ini.
8 tips hasilkan resipi kek butter marble lembut :
1- Paling utama ialah pemilihan butter.Jangan tertipu dengan nama. Ada sekadar jenama dan bukannya butter. Pilih pure unsalt butter seperti jenama Anchor.
2- Untuk elakkan lapisan atas permukaan kek butter hangit, selepas 30 minit kek dibakar, tukar daripada api atas bawah ke api bawah sahaja dan teruskan bakar kek sehingga masak. Tujuan kita tukar api adalah untuk pastikan lapisan atas tidak terlalu garing hingga perang.
Ads
3.Pukul butter hingga betul-betul kembang.Tanda ianya kembang ialah warna bertukar menjadi warna putih dan barulah masukkan gula castor. Pukul sebati menggunakan mixer atau hand mixer.
4.Masukkan telur 1 persatu.Pukul hingga telur kembang berbuih dan tambah essen vanilla,susu pekat serta susu cair.Kacau sekadar sebati dan masukkan tepung yang siap diayak sedikti demi sedikit sambil kacau sebati.
5.Bahagikan adunan kek marble ini kepada dua bahagian. 1 bahagian asal dan 1 bahagian di masukkan serbuk koko serta emulco coklat. Cara kacau ialah dengan gunakan kaedah kaup balik.
6.Ambil loyang bulat 8 inci yg telah dilapik baking paper dan disapu dinding loyang dengan marjerin untuk kek mudah tanggal.Masukkan adunan secara berselang seli.Untuk dapatkan corak zebra, gunakan lidi sate dan masukkan di hujung penjuru loyang. Tarik lidi sate ke tengah loyang. Buat untuk 4 penjuru dah cukup.
Ads
7.Sambil itu panaskan oven pada suhu 170’C selama 10 minit.
8.Bakar kek butter marble ini pada suhu 160’C selama 45 minit menggunakan api atas bawah. Bila dah capai masa, nak tahu masak ke tak kek anda, celup lidi sate. Kalau tiada melekat, tanda dah masak. Andai tepung masih melekat, bakar lagi dalam 10 minit.
Untuk tips , gunakan cawan penyukat 250 ml standard. Mudah anda sukat. Ayak bersama tepung superfine dan tepung jagung terlebih dahulu. Serbuk koko pula kalau nak sedap, gunakan brand Delfi atau Van Houten
Selamat mencuba!
Kredit: Puan Umi CT Sha Abdullah via daridapur.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ikan bilis rangup memang enak di makan bersama nasi lemak panas. Lebih enak lagi kalau di rumah hanya makan berlaukkan ikan bilis rangup bersama kicap kegemaran. Ohh..rasa dunia ini kita yang punya. Silap haribulan, boleh makan nasi bertambah-tambah.
Tapi adakalanya keenakkan bersantap boleh jadi ‘potong’ gara-gara ikan bilis yang tidak rangup, lemau dan masih lagi kenyal ketika di makan. Sebenarnya ada cara mudah lagi pantas untuk merangupkan ikan bilis. Syaratnya kena buat tiga perkara ini! Jom cuba
# Petua 1
Selepas dibeli di kedai, basuhlah ikan bilis anda hingga bersih dan jemurlah hingga ia kering. Apabila kering barulah disimpan semula ke dalam bekas. Jadi apabila hendak di goreng, ikan bilis tidak perlu lagi di basuh. Boleh dimasukkan terus ke dalam minyak yang panas. Jadi lebih rangup. Sila buat!
# Petua 2
Ketika hendak menggoreng pula, pastikan minyaknya panas terlebih dahulu. Kemudian masukkan ikan bilis tadi, yang siap dibasuh dan dikeringkan. Teruskan masuk sahaja ke dalam kuali. Kemudian ambil hujung sudu serbuk perasa ajinomoto dan tuangkan ke dalam minyak. Cuba petua ini dan confirm ikan bilis lebih garing. Tak percaya anda kenalah cuba.
# Petua 3
Salah satu petua lain yang boleh dilakukan adalah dengan membersihkan ikan bilis seperti biasa kemudian masukkan ke dalam bekas. Kemudian masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis. Biarkan diperap selama 5 minit. Kemudian barulah digoreng seperti biasa. Hasilnya ikan bilis akan kekal rangup dan enak dimakan.
Tip Perlu Tahu
1. Ikan bilis yang masih basah dan dibasuh sebelum proses menggoreng membuatkan ia kenyal dan tidak rangup.
2. Jika menggunakan api yang kecil, ikan bilis akan lambat masak dan mengambil masa untuk rangup.
3. Serbuk ajinomoto buat ikan bilis lebih cepat rangup. Pantas!
4. Sebelum menggoreng, minyak kena betul-betul panas, jika tidak lagi lambat proses memasak dan rangup.
Bawang merah antara bahan utama yang digunakan dalam masakan. Namun, jangan hanya melihat tanaman ini sebagai bahan masakan di dapur sahaja, kerana bawang merah ternyata juga tanaman ubat yang boleh digunakan untuk banyak perkara termasuklah boleh dijadikan baja tanaman semula jadi.
Nak tahu caranya, baca perkongsian dari puan Ummi Haziq ini.
Atas permintaan kwn2 yang mula berjinak jadi ahli kebun sekangkang kera.. Sis share rahsia cara buat baja semulajadi a.k.a MOL (Mikro Organisma Lokal)..yang penting semua bahan organik untuk pokok2 yaneg ditanam sendiri. Bebas racun dan bahan kimia.. 😘
Cara membuat mol bawang dan mol bawang putih. 1. 1kg bwg india/bwg merah 2. 1kg gula merah
3. Cincang bawang merah 4. Letakkan gula merah kedalam bekas berselang seli dengan bawang dan diakhiri dengan gula merah. 5. Tutup bekas dengantisu dapur dan tutup @ boleh juga just ikat dgn kain(untuk pengudaraan dan juga elakkan dimasuki lalat)
6. Tandakan tarikh 7. Selepas seminggu boleh ditapis dan diambil cairan sahaja.
*Lebihan bhn tapis boleh buang di sekeliling umbi2 pokok dgn jarak sjengkal dr pokok..
Cara guna 1. 5ml utk satu liter air tanpa klorin (untuk elakkan mikroorganisma mati), gunakan air hujan atau air perigi atau sungai,air cuckoo, air coway atau yg seangkatan. 2. Semburkan pada daun, batang dan media tanaman.
*Untuk mol bawang putih juga kaedah yg sama. *Mol bawang merah utk menggalakkan pertumbuhan akar *Mol bawang putih utk kawalan serangga secara organik. Sekian resepi dari sis cikgu matematik, bkn cg sains pertanian..😁😁
Manisan pencuci mulut seperti kek dan biskut jika dibuat dengan menggunakan bahan daripada coklat, semestinya mempunyai rasa yang cukup digemari ramai. Bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak, malah kita orang dewasa juga amat menggemari keenakan rasa coklat yang manis.
Tentunya juga untuk menyediakan biskut raya pada tahun ini, ramai antara kita akan menyediakan biskut berasaskan coklat dan kebanyakkan coklat tersebut ada yang perlu dicairkan terlebih dahulu.
Untuk dapatkan coklat cair yang nampak berkilat dan enak rasanya seperti chef atau pakar hasilkan, perlulah tahu cara dan teknik serta ‘do and don’t’ berkaitan coklat. Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Yatie Faizal.
Ini yang dikongsikan olehnya.
Tips yang boleh dikongsi.. sharing dr blog. cara cairkan coklat kaedah double boiler. Cara ini terbaik untuk jaga kualiti coklat.. terlebih suhu rasa coklat akan berkurangan..
Tools / ingredient
Pan / periuk
Stainless steel bowl
Spatula
Coklat compound
Air
Kain lap
Piping bag
1. Masukkan air kedalam periuk separuh penuh, panaskan di atas api
2. Cincang coklat compound kecil- kecil supaya mudah hancur dan masukkan ke dalam stainless steel bowl
3. Setelah air mendidih, tutup api dan letakkan stainless steel bowl yang mengandungi coklat di atas periuk tadi. Untuk coklat putih dan milk coklat biarkan seketika baru letakkan bowl di atas periuk kerana suhu lebur coklat lebih rendah dari dark cokla.t
4. Kacau dengan spatula hingga semua coklat cair
5. Setelah semua coklat cair, angkat bowl dari periuk dan tuang coklat ke dalam piping bag. Lap dulu bawah bowl supaya air tidak menitik ke dalam piping bag ketika menuang coklat
6. kaedah ini hanya sesuai dengan coklat compound, coklat courveture perlu menggunakan kaedah tempering.
DO’S and DON’TS DO
1. Pastikan semua peralatan (stainless steel bowl & spatula) bersih dan kering
2. Gunakan stainless steel bowl yang bersaiz lebih besar dari saiz periuk supaya bowl tidak terendam dalam air. Bowl mesti menutupi keseluruhan periuk untuk mengelak titisan wap air masuk ke dalam bowl.
3. Cairkan coklat di atas wap air, bukan di dalam air panas, dasar bowl tidak boleh terendam dalam air panas, tutup api ketika cairkan coklat
4. Jika hendak mewarnakan coklat, gunakan pewarna berasas minyak (oil based)
DON’T
1. Tidak tutup api ketika cairkan coklat
2. Rendam bowl di dalam air panas atau bowl di atas tidak menutupi keseluruhan periuk di bawah
3. Coklat terkena atau tercemar dengan titisan air atau wap air
4. Menggunakan pewarna water based
5. Tutup stainless steel ketika coklat masih panas, ia akan menghasilkan wap air yang mungkin menitis ke dalam coklat dan merosakkan coklat
Ekstra info :
Coklat yang dicairkan mengguna kaedah yang betul akan cair sepenuhnya, licin dan berkilat.
Coklat yang rosak, berketul-ketul dan agak pekat.
Coklat yang rosak tidak sesuai lagi digunakan untuk membuat coklat kerana sukar untuk mengeras dan susah dikeluarkan dari mold, tetapi jangan dibuang kerana ia masih boleh digunakan untuk membuat coklat ganache, kek, biskut dan sebagainya.