Setiap anak punya karekter tersendiri, sebab tu ada ibu bapa yang pening nak melayan. Lagi-lagi bagi pasangan anak ramai. Tetapi itulah momen yang cukup indah bila dikenang kembali.
Demikian juga yang ingin dikongsikan Fadzil Zahari yang merupakan suami kepada pelakon dan pengacara, Yana Samsuddin. Menerusi laman Instagramnya, dia berkongsi gelagat anak keduanya, Aura Aisy Sofea.
Menurut bapa kepada dua cahaya mata ini, awalnya dia menyangka anak perempuannya pasti lemah lembut. Namun ternyata meleset sama sekali.
“Dulu masa memula dapat anak pompuan abang dah bayangkan Aura Sofea ni mesti penuh dengan kesopanan dan kesusilaan kalau nak di bandingkan dengan abangnya Mateen.
Tambah Fadzil lagi, anak keduanya itu seorang yang cukup berani dan lasak. Ada sahaja aktiviti yang dilakukannya setiap hari tanpa serik. Termasuklah memanjat dan bergayut adalah perkara biasa buat puterinya itu.
“Dia sejenis paling berani panjat sofa, meja makan, bergayut kat tangga sejak umur 11 bulan.
“Baru baru ni, hulur jari masuk kipas.. treettttt!!! Bunyinya pastu nangis, ingatkan insaf. Rupanya dia buat lagi 2 3 kali,” tulisnya berkongsi si anak perempuannya.
Ads
Begitupun akui Fadzil, adakalanya sifat kedegilan ini amat diperlukan untuk membentuk kekentalan diri, lebih-lebih lagi untuk menjadi seorang usahawan berjaya kelak.
“Memang dalam diri usahawan perlu ada sikap degil, jatuh sekali bangun semula, tersepit lagi keluaq balik,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 15 Februari 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.
Nama yang sering disebut di sosial media, siapa yang tidak kenal influencer dan juga usahawan Hafiz Mahamad yang selalu membahagiakan isteri tercintanya, Shafiqah Aina sejak dari sebelum berkahwin hingga kini.
Bukan sahaja membahagiakan isteri, malah menyantuni pekerja dan orang di sekelilingnya wajar menjadi contoh buat orang ramai. Kejayaan demi kebahagian, satu ungkapan azimat yang sering dijadikan motivasi buat Hafiz Mahamad untuk terus bekerja keras.
Baru-baru ini Hafiz Mahamad sempat memuat naik di laman Instagram miliknya yang dia akan pergi ke Indonesia untuk urusan kerja dan terpaksa meninggalkan keluarga untuk beberapa minggu.
” Di saat isteri baru habis pantang, 2 hari sahaja dapat spend time…esok saya ke Indonesia atas urusan kerja Beberapa hari lepas, Hafiz Mahamad dilihat sempat meluangkan masa bersama Aina yang baru sahaja selesai tempoh berpantang.
” Selepas 2 hari luangkan masa bersama keluarga tercinta, kini dia terpaksa berangkat ke Indonesia atas urusan kerja di sana.” tulisnya dalam sebuah entri baru-baru ini.
Malah, dia sempat membuat nukilan khas buat isterinya meluahkan dirinya malu jika digelar suami pemalas. Hal ini kerana, isterinya telah menggadai hayatnya demi melahirkan anak-anak di samping selalu berusaha dalam dunia perniagaan. Justeru itu, usahawan tersebut berjanji untuk bekerja lebih keras sekali gus menjadi contoh inspirasi kepada zuriatnya kelak.
Meninjau ke ruangan komen, kelihatan isteri kesayangannya meninggalkan kata-kata buat si suami. Tidak ketinggalan, rata-rata orang ramai terinspirasi dengan rasa tanggungjawab Hafiz Mahamad selaku ketua keluarga. Di stamping itu, mereka juga menitipkan doa kepadanya agar terus berjaya demi family tercinta dan urusan perniagaannya.
Minggu depan bermulanya peperiksaan UPSR, pasti anak-anak takut atau gementar kan. Jangankan anak, ibu bapa pun tak senang duduk, rasa resah gelisah dan bimbang sama ada anak boleh menjawab dengan baik atau tidak. Sebenarnya, duduk sahaja tanpa berbuat sesuatu adalah langkah yang tidak bijak.
Apa mak ayah boleh buat ketika anak-anak sedang menduduki peperiksaan, atau berada di dalam dewan peperiksaan? Ini yang diajarkan oleh Ustaz Don Daniyal.
Berpuasa Sunat
Antara doa yang paling mustajab dan dimakbulkan oleh Allah ialah doa mak ayah. Doa orang yang berpuasa juga amat mudah dimakbulkan oleh Allah. Jadi tibanya hari anak menduduki peperiksaan, mak ayah berpuasalah sambil doakan anak-anak agar dapat jawab semua soalan. Doa sentiasa!
Solat Taubat dan Hajat
Lakukan solat sunat taubat dan solat hajat memohon agar anak tenang serta dapat jawab semua soalan peperiksaan dengan cemerlang. Seminggu sebelum periksa lagi mak ayah dah boleh mula lakukan. Jika boleh ajarlah anak sekali turut serta.
Baca Quran
Ketika anak berada di dewan peperiksaan, pagi itu mak ayah bacalah Quran sepanjang masa dan niatkan pahala bacaan kepada anak yang sedang menjawab soalan. Mohon dia sentiasa terang hati dan tenang ketika menjawab. Berdoalah mohon pada Allah agar anak dapat menjawab dengan lancar.
Lakukan Solat Dhuha
Mak ayah juga boleh lakukan solat dhuha sambil berdoa sentiasa untuk anak yang bergelut menjawab soalan. Kalau bekerja pun, mak ayah boleh ambil masa sekejap dan lakukanlah di pejabat. Doakan untuk kejayaan anak-anak.
Bersedekah
Bersedekah mampu meluaskan rezeki. Begitu juga dengan rezeki anak-anak pagi itu, ketika menjawab soalan. Bersedekah ke masjid atau pada sesiapa sahaja dan niatkan pahala buat anak kita. Insyaallah Allah bukakan rezeki anak kita untuk mudah menjawab ketika itu. Insyaallah!
Berterusan Zikir dan Doa
Tak kira di mana pun mak dan ayah berada waktu itu, sentiasalah berzikir di mulut dan tidak putus-putus doa pada anak-anak yang menjawab soalan. Walaupun ketika bekerja atau menungguh anak di luar sekolah, teruskan berzikir sebanyak-banyaknya. Mak ayah boleh membaca Al Fatihah 7 kali, Selawat Nabi 7 kali, Subhanaallah 44 kali, alhamdulillah 44 kali, Allahuakhbar 44 kali, Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali dan teruskan disambung dengan doa untuk anak.
Hantar Gelombang Positif
Sentiasa membayangkan muka anak dan sentiasa berfikir positif dan yakin anak kita dapat menjawab dengan lancar dan tenang. Kuatkan hati dan sentiasa positif. Insyaallah anak kita juga positif dan mampu menjawab dengan baik.
Tawakal Pada Allah
Setelah segala usaha kita dan anak kita buat sepanjang tahun sebagai usaha untuk menghadapi peperiksaan ini, inilah masanya kita bertawakal dan menyerahkan segalanya kepada Allah, kerana Dialah yang maha mengetahui. Apa yang penting kita telah pun berusaha dengan belajar dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa berdoa padaNya. Selebihnya biar Allah yang menentukannya.
Teruslah melakukan kesemua perkara di atas dan teruslah memberi kata-kata semangat dan positif buat anak kita. Insyallah semuanya dipermudahkan Allah SWT.Yakin dan percayalah bahawa Allah ada untuk membantu kita dan anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Teh antara minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Terdapat banyak jenama teh uncang yang terdapat di pasaran Malaysia. Dan sudah tentulah ia sentiasa menjadi minuman kegemaran semua golongan masyarakat.
Setiap hari kita membancuh teh uncang bagi memudahkan kerja. Tak perlu menapis dan sebagainya.
Tetapi tahukah anda, teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri. Saudara Muhammad Hassan berkongsi bahaya di sebalik uncang teh.
Terbaca pagi ini mengenai bahaya satu uncang teh di Majalah Sains.
Sedikit ringkasan fakta mengenai ini:
1. Para penyelidik dari Unversiti McGrill di kanada mendapati 1 uncang teh akan mengeluarkan 11.6 Bilion zarah plastik mikro dan 3.1 bilion zarah plastik nano pada suhu 95 darjah Celcius.
2. Dianalisis menggunakan Fourier Transform Infared Spectroscopy(FTIR) dan X-Ray Photoelectron Microscopy(XPS)
3. Mengikut kajian World Wide Fund for Nature individu normal menelan sebanyak 5gram plastik setiap minggu dan sekurangnya 50ribu zarah plastik mikro pada setiap tahun.
4. Malaysia juga tidak terlepas dari pencemarah mikroplastik tanpa kita sedari.
5. Masyarakat tidak sedar akan perkara ini namun pihak syarikat teh sedar akan perkara ini namun mereka memberi alasan masyarakat sudah terbiasa dan menerima unjang teh terutama mereka menggunakan bahan asas iaitu nylon.
6. Saya mencadangkan merendam teh seperti cara traditional dan menapis teh tersebut dengan menggunakan penapis teh dari buluh atau dari stainless steel.
Nampaknya kita lebih perlu cermat untuk mengambil apa apa minuman dan makanan,terutama apabila makanan tersebut dibungkus dalam polystyrene dan air minuman panas dibungkus di dalam plastik.
Prihatin tentang kesihatan kita semua -EncikMatt- #LelakiBurQa
Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit.
Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta ‘direndam’ terlalu lama. Hal ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama.
Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.
Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 – 5 minit, klorin akan ikut larut dalam teh. Dan banyak khasiat teh yang ‘terhilang’ akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman teh. Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit.
Dipetik dari: ENSAIKLOPEDIA MELAYU LAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...