Buat penggemar kacang kuda yang direbus biasanya kalau pergi ke pasar malam, mesti tidak akan melepaskan peluang untuk membeli sebungkus dua. Rasanya yang empuk membuatkan hingga leka untuk menjamahnya.
Pun begitu, tidak dinafikan jika dibeli jumlahnya tidaklah banyak hingga menyebabkan kita rasa tidak puas menjamahnya. Jadi lebih baik dibuat sendiri. Modal tak sampai beberapa ringgit, bukan sahaja kita sendiri boleh makan malah dapat dinikmati bersama seisi keluarga.
Resipi Kacang Kuda
Kacang kuda (rendam semalaman, lepas tu rebus sampai lembut dan toskan) – BELI DI SINI
Tumis bawang merah, bawang putih sampai kekuningan. Masukkan cili kering, daun kari. Kacau-kacau, masukkan bancuhan serbuk kari. Gaul sikit then masukkan air. Jangan banyak sangat, cukup untuk buat salut kacang.
Bagi menggelegak, masukkan garam. Kacau-kacau, masukkan kacang. Gaul sampai sebati.. Lepas tu dah puas hati, tutup api, sejukkan. Kalau tak sabar, boleh ngap terus.
P/s: Lebih sedap kalau dah masuk peti ais then baru makan. Sebab salutan tu meresap dalam kacang. Kalau baru-baru lagi, dia tak cukup resap.
Oh ye, ada jugak yang letak ikan bilis. Nak bagi penambah rasa. Saya buat sesimple mungkin je. Boleh olah ikut citarasa sendiri. Tapi macam gini je pun dah sedap.
Sumber : Atiqah Zaki
Ads
Manakala meninjau perkongsian daripada Ani Zam rupa-rupanya ada tip yang boleh dipraktikkan untuk pastikan kacang kuda yang direbus cepat empuk.
Bahkan bukan itu sahaja, dikatakan dengan menggunakan teknik yang dikongsikan olehnya hasilnya rebusan kacang kuda lebih empuk dan cantik kejadiannya.
“Ini kali ke 2 rebus kacang kuda. Cepat di masak , empuk dan cantik kejadiannya dari masak kali pertama bulan ogos haritu 😀😀😀” Tulisnya di ruangan kapsyen.
Ads
Caranya:
Rendam setengah kilo kacang kuda semalaman , kemudian paginya cuci bersih , toskan …lalu masukkan ke dalam rice cooker ..tambahkan air tapis hingga melepasi aras kacang.
On kan suis…kalau tak on kang tak masak pulk kacang kudanya😅😅😅 masukkan setengah sudu teh serbuk bikarbonat of soda ( untuk mempercepatkan kacang empuk ) …bila telah mendidih masukkan garam gula dan serbuk kunyit ..masak hingga kacang empuk.
Bila kacang telah empuk Offkan suis periuk , angkat periuk dan tuang kacang ke dalam tapisan… Sedia untuk di nikmati.
Untuk menjimatkan perbelanjaan, ibu-ibu kena bijak dan kreatif dalam menyediakan menu untuk keluarga. Dalam masa yang sama dapat elak anak-anak rasa bosan asyik menu yang sama sahaja.
Jadi untuk kali ini, apa kata cuba menu ringkas ini yang dikongskan oleh Rozita Daud. Buat sendiri pizza homemade guna roti sandwich. Mudah, jimat dan sedap.
Simple menu minum PAGI & PETANG mesti ramai yang suka. Selamat mencuba resipi yang dikongsikan oleh! Bahan-bahan
1/2 biji lada merah
1/2 biji lada hijau
2keping burger ayam(ramas n basuh n tos)
1/2 botol sos spageti Kimball
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (ketuk n cincang)
No 1 roti sapu Marjerin atas bawah
No 2 sikit susu cair
No 3 dah celop susu Cara membuat:
1. Tumis bawang putih n bawang besar kejap masuk daging Ayam burger, Gaul kejap masuk sos spageti Kimball Gaul n masuk garam 1sudu keci n 1/2sudu ajinomotor last masuk lada Gaul kejap tutup api. Siap mcm kat atas nie.
2. Ambik inti pizza leh letak atas roti Td mcm dlm gambar nie.
3. Last letak chess keping n daun sup siap bakar roti Suhu 150cc 20minit
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di dalam sebuah grup masakan, wanita ini berkongsi cerita si suami pandai menggoreng telur mata. Bakat yang ada pada suaminya itu membuatkan Dila Noordin mahu berkongsi dengan orang lain akan kaedah tersebut.
Dalam masa yang sama, dia berhasrat memiliki kaca mata baru. Melalui perkongsian tersebut, dia berharap mendapat like yang banyak bagi membolehkan keinginanya dipenuhi oleh suami.
Saya puji suami saya pandai dia goreng telur. Rangup kat luar..cair di tengah. Lepas tu saya cakap nak letak dalam fb. Dia kata, gambaq teloq pun ada orang nak like ke? Saya cakap kalau dapat like banyak saya nk spek mata baru. Sebab silau makin teruk. Hihi.. ada ke yang nak tolong sy dapatkan spek mata baru.
note: just for funnnn. ???
Update:
Tips telur gedik by hubby.
– Pilih telur yg kecik supaya bila masak putih tak melebar. – Pecahkan dalam mangkuk kalau tak yakin takut kuning pecah. Baru boh dalam kuali. – Minyak banyak telur tengelam. Tapi tak lah penuh sekuali. – Minyak betul² panas sampai berasap²..dah berasap kecikkan api baru masuk telur. – Sira minyak atas kuning telur. – Masak sekejap sahaja xsmpai 1 min. – Selamat mencuba.
Hahahaha.. Tq likers. Just made my day. 3hari demam tak kebah. Pagi ni ada food delivery. Hubby buat semua. Sebab tu sy puji dia. Alhamdulillah. Senyum saya baca komen semua. ?
Siapa sangka, perkongsian gambar telur goreng atau digelar Telur ‘gedik’ oleh Dilla mendapat lebih dari 105k likes di facebook berkenaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...