Menyentuh tentang bab berhutang, macam-macam sebab orang berhutang dan banyak-banyak cara berhutang ramai yang merasakan mudah jika berhutang dengan kawan-kawan, adik beradik mahupun sanak saudara.
Malah biasa juga kita dengar, lumrah manusia bila hendak meminjam lembut gigi dari lidah tapi bila bab membayar balik wang yang dipinjam, memang liat. Bahkan batang hidung pun nampak.
Justeru Dr Azizul Azli memberi peringatan dalam bab hutang ini. Menurutnya jika ada kawan kita atau saudara kita yang banyak wang, bukan bermakna mereka tidak tidak perlukan wang. Sehingga kita berfikir,
“Duit dia banyak, bolehlah aku pinjam nanti ya”
Sahabat yang mulia,
Wang banyak itu bukan bermakna mereka tidak akan guna wang itu, atau wang itu berlebihan buat mereka. Dengan mudah kita ingin meminjam sahaja.
Mari kita fahami juga,
Mereka yang wangnya lebih dari kita, boleh jadi sabarnya lebih banyak dari kita ini.
Mereka banyak ‘berpuasa’ menahan diri dari jualan Shopee atau yang tidak perlu buat diri sendiri.
Wang itu selalu bersama dengan orang yang sabar dan meninggalkan orang yang tidak sabar.
Wang yang banyak itu bukan dikumpul dalam sehari, dan mungkin jika hilang atau dipinjam mereka tidak akan mampu mengumpulnya lagi.
Ads
Ia perlukan masa dan kesabaran yang tinggi. Tidak semua orang bila duit banyak ia mampu bersabar.
Mereka ada impian yang kuat untuk beli kediaman sendiri, kenderaan impian atau pendidikan anak mereka dimasa depan.
Mereka sedang merancang masa depan keluarga mereka. Jangan mudah untuk meminjam wang jika terlihat saudara kita berada, kerana jika saudara kita telah mula meminta.
Maka mereka akan mula rasa sedih dan bingung, antara memilih impian keluarga atau memberi pinjam buat kita sahabat atau saudaranya.
Belum lagi risiko yang lainnya,
Hubungan persaudaraan boleh terputus akibat hutang kerana sesungguhnya hutang adalah pemutus silaturahim yang paling tajam. Bila hutang yang tak kunjung bayar, membuat sebuah hubungan menjadi renggang. Malah yang berhutang selalu menjadi pemarah dan menghina pemberi hutang.
Ads
“Alah tak kayalah dengan hutang banyak tu, ada nanti aku bayarlah”
“Macam bagi banyak sangat, tak hadaplah duit kau tu”
Kawan kawan yang mulia,
Tulisan ini bukan sindiran, ia ingatan buat yang sedang menulis ini agar tidak ambil kesempatan buat kawan kawan yang kita nampak banyak duit dan senang.
Ads
Kita banyak melihat bagaimana orang berhutang dan biarkan beban tu kepada orang yang memberi hutang. Kita tak tahu duit yang kita pinjam itu boleh jadi duit pengajian anaknya atau duit untuk menjaga ibunya yang telah tua.
Jangan buat hidup orang derita kerana hutang kita.
Berhutang itu dibolehkan dalam agama, tetapi janglah sampai kita berhutang dan tiada usaha untuk membayarnya. Kita harus persiapkan diri untuk membayar hutang bila kita mula berhutang.
Tulisan ini bukan untuk sesiapa,
Tetapi sebagai ingatan buat kita semua dalam keadaan sekarang semakin banyak saudara yang dengan mudah meminta hutang dari saudaranya tanpa berfikir bagaimana ingin lunaskan hutangnya nantinya.
Salam Malam Jumaat buat kita semua.
Jaga keluarga, buat simpanan dan jangan pernah berhenti berdoa meminta padaNya
Hidup ini perlu sentiasa berwaspada dan beringat, memandangkan hari esok kita tidak tahu apa akan terjadi kepada diri dan ahli keluarga kita. Itu sebab jugalah, orang tua-tua selalu berpesan agar sediakan payung sebelum hujan.
Begitu jugalah halnya dalam mempersiapkan keluarga kita sekiranya diri kita yang pergi dahulu mengadap Ilahi.
Andai ditanya, apa persiapan kita lakukan agar anak-anak dan pasangan tetap dapat hidup selesa tidak melarat?
Jika masih kabur tentang hal ini, elok kiranya kita baca perkongsian ini.
SEBELUM SUAMI MENINGGAL PERGI?
1. Sediakan satu dana hibah buat isteri sebelum apa apa terjadi.
2. Didik isteri urus kewangan dan belanja keluarga. Ceritakan bagaimana kita urus belanja bayar semua.
3. Maklumkan isteri semua hutang yang ada. Hutang kereta berapa, Hutang rumah, hutang budi dan pembiayaan peribadi.
4. Ceritakan pada isteri simpanan yang ada juga. Tabung ASB ada berapa dan hibahkan pada siapa? KWSP kita letak siapa penama. Begitu juga Tabung Haji ada berapa, saham apa kita ada.
5. Sediakan Dana Kecemasan 6 bulan gaji kita. Dan pastikan jika apa apa berlaku, isteri boleh guna dana kecemasan ini.
6. Ambillah Takaful Perlindungan Pendapatan. Saya bukan agen takaful tetapi saya galakkan semua suami kacak dan seksi ada perlindungan ini. Bayaran serendah RM50-RM150 sahaja sebulan.
7. Tulis senarai daftar, apa yang harus dilakukan “Jika Saya Meninggal?”. Bagaimana urus dana pancen, lapor pada siapa, dana KWSP perlukan salinan apa, siapa penama dan sebagainya.
Ada isteri hilang punca bila tiba tiba suami dijemput pergi. “Saya tak tahu nak buat apa apa”.
8. Sediakan Dana Pendidikan Anak dan Pelaburan. Ceritakan tabung mana kita simpan dan dana apa kita ada dalam pelaburan.
9. Hitung dan senaraikan Aset yang ada. Setahun sekali tulis beli saham apa, tanah dimana, rumah sewa dan berapa kereta yang ada.
10. Ajar Isteri sejak sekarang guna perbankan online untuk semua urusan. Jika semua urusan kewangan kita uruskan. Apa salahnya maklumkan pin bank, kata dah sayang.
11. Jangan harapkan sesiapa akan bantu dan urus keluarga kita. Yang namanya duit ini berhantu, sanggup telan dan hina saudara demi duit sahaja.
Tinggalkan keluarga kita dalam keadaan berharta. Bila miskin dan ada hutang, keluarga pun sanggup buang.
Sumber : Azizul Azli Ahmad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hari raya ni lah waktu sesuai untuk pertemukan yang mana duduk jauh untuk datang bertemu semula, yang dah lama tak bersua muka dapat ziarah menziarahi eratkan semula hubungan.
Tidak terkecuali bagi pakar bedah kelahiran Malaysia yang berkhidmat di United Kingdom (UK) iaitu Dr Amalina Che Bakri yang pulang ke tanah air bersama suami, Alexander Charles dan anak sulungnya, Arabella Mia untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Memetik laporan Mstar, ibu Dr Amalina, Sabariah Hassan, berkongsi perasaan terujanya untuk menyambut anak, menantu dan cucunya itu pulang ke Malaysia minggu lalu.
“Tak tahu nak cakap betapa gembiranya saya. Kalu terakhir Amalina balik, masa tu belum ada baby. Akhir tahun lepas pula saya yang ke London jumpa cucu.
“Memang gembira sangat Tok Ma(panggilan nenek) apabila kali ini cucu balik beraya di Malaysia. Ini raya pertama saya jadi nenek!” katanya.
Tambahnya, meskipun baru berusia enam bulan, cucu sulungnya itu sangat mudah untuk dijaga.
“Yang paling membuatkan saya gembira apabila Bella (panggilan cucu) sangat tenang dan suka senyum, sangat ceria. Setiap kali Bella tengok Tok Ma, mesti senyum.
“Dia manja sangat dengan saya. Macam itu juga Amalina sewaktu kecil, kedua-dua senang dijaga.” tambahnya.
Tentang persiapan raya, pesara guru dan bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram itu menghadiahkan sepasang baju kurung buat cucu kesayangan.
“Raya kali ini kami sedondon warna mint. Ada baju kurung yang Amalina tempah khas di Malaysia secara online, tapi saya yang bayarkan untuk baju Bella.
“Amalina ada tunjuk pilihan rekaan baju, dan saya turut beri pandangan dalam pemilihan baju. Biasalah untuk cucu, mesti pilih yang paling cantik,” katanya.
Tambah teruja, Sabariah turut memberitahu raya tahun ini dia menghasilkan ketupat sendiri termasuk nasi impit, serta rendang ayam dan daging.
“Kegemaran Amalina sudah tentu ayam masak merah. Balk Johor terus saya masakkan untuk Amalina. Untuk raya kali ini saya akan masakkan juga ayam masak Bali dan kuah lodeh.
“Alex sendiri sukakan masakan Malaysia, jadi tidak ada masalah untuk dimasak macam-macam sempena hari Raya,” ujarnya.
sumber : MStar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Petua Tanam Pokok Kesum Dalam Air, Siap Jadi Lanskap Halaman Rumah.
Daun kesum adalah antara tanaman yang biasa di tanam di halaaman rumah. Biasanya kita akan tanam di dalam tanah atau dalam pasu.
Maklumlah daun kesum ini banyak digunakan dalam masak. Bau wangi daun kesum itu akan membuatkan lauk menjadi lebih enak.
Namun selalu tanam daun kesum susah nak hidup kan? Sudah pastinya petua untuk menanam pokok kesum sentiasa mendapat perhatian ramai. Maklumlah pokok ini adalah antara tanaman yang sukar subur dan jangka hidupnnya agak pendek.
Antara petua yang boleh digunakan untuk memastikan pokok kesum hidup subur dan membesar merimbun adalah mengunakan kaedah tanaman dalam air guna botol. Ini cara yang dimuat naik Nur Izzah Mahmud menerusi laman facebooknya.
Ikuti perkongsian berikut.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Daun kesum ni nak kena selalu trim. Maksud saya kalau dah tinggi nak keluar bunga tu tanda-tanda dah tua. Kalau tak kerat or trim lama-lama mati. Trim pendek tinggal sejengkal je dari tanah.
2.BAJA
Pastu letak baja. Air beras. Air siang ikan tu. Sekali sekala Perut ikan tanam dalam tanh pastu kalau time kita beli ikan. Saya buat macam tu.
3. BUANG DAUN BAWAH TANGKAI
Pastikan pokok yang nak disemai tu segar fresh. Buang daun belah bawah tangkai dia yang nak direndam dalam air. Biasa seminggu dia layu macam nak mati. Biarkan je. Tengok lepas dua minggu dia akan segar.
4. DAH BANYAK AKAR PINDAH KE TANAH
Dah banyak akar boleh pindah ke tanah. Letak baja ab, npk 15 atau bja organik macam taik ayam, air siang ikan. Perut ikan tanam dalam tanah. Suburlah pokok tu nanti. Baja 2x seminggu atau sebulan sekali.
5. CUKUP CAHAYA
Paling penting cahaya matahari kena cukup. Selamat mencuba. Saya bukan Ah Long. Saya cuma nak tolong.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...