Gaya pemakanan mempengaruhi kesihatan seseorang, memang benarlah dan tidak boleh dinafikan. Apa yang dimakan itulah mencerminkan tahap kesihatan seseorang. Lantaran itu, sebagai ibu kita perlu lebih prihatin dalam membentuk budaya dan gaya pengambilan makanan sihat untuk seisi keluarga. Agar apa yang dimakan bukan sahaja mengenyagkan malah apa yang lebih penting berkhasiat dan menyihatkan.
Bercerita tentang antara penyakit yang ‘menyerang’ tubuh kesan daripada gaya pemakanan yang kurang sihat, ini diceritakan oleh Ejal tentang bagaimana dirinya mengalami penyakit batu kurang diusi masih muda. Nak tahu lanjut, ini dikongsikan dan semoga dijadikan panduan untuk semua.
Assalamualaikum…salam muhibbah… Hope admin approvekan post sy nie, sekadar nak share perkongsian, pendapat dan pengalaman saya…
Makanan atau minuman yang tak baik sangat-sangat untuk tubuh badan kita…ni saya share pengalaman dan nasihat doktor pakar pada saya.. Jadi harap ia manfaat untuk anda semua.. Maaf jika ada kekurangan..
Penyakit yang mudah sangat ada dalam organ dalaman manusia tu, adalah batu karang. Ok saya share pengalaman saya..mungkin dah ada orang baca komen saya sebelum ni, tapi saya share lagi lebih terperinci…
9 tahun dahulu, tahun 2011, usia saya 24 tahun, saya penghidap batu karang hempedu, masa saya mula-mula sakit tu, doktor suspek gastrik biasa je, sebab sakit dari ulu hati sampai ke perut, jadi saya anggap ia sebagai gastrik je la, makan ubat kapor tu berbotol-botol, gaviscon tu aih dah mcm minuman harian… Ada satu hari sakit tu datang, sakit tu ibarat macam ibu nak melahirkan baby secara normal, pada ibu-ibu yang pengalaman lahir normal tu pernah la rasa sakit tu macam mana kan…macam tu la saya rasa, walaupon saya ni lelaki(jangan panggil saya sis plak ).. Tapi saya dapat rasainya betapa peritnya sakit… Guling-guling kat tanah nak menahan sakit tu..muntah-muntah, sesak nafas, walaupon anda lelaki sejati sekali pon, kalau sakit tu dah teramat, memang meraung la…
Ads
1st buat ujian scoop melalui mulut, serius la, org muda memang dia tak bagi bius ya, dia cuma kebaskan tekak je, aduh besar batang yang masuk dalam mulut tu, sebesar getah paip kat umah tu, besar tu la masuk, depan tu ada kamera, mula-mula masuk tak rasa sangat sakit, tapi bila dah sampai laluan kat hati tu, Allahu, sakit ya amat, tangan dan kaki saya dipengang oleh nurse dan atendan, sebab tak nak bagi saya meronta, memang sakit ya amat…tapi sabar je la kan, lebih sejam meronta menahan sakit, keputusannya, masih tak dapat kesan lagi apa punca sakit tu..
2nd buat ujian scoop juga melalui lubang dubur, urm sakit gak, ibarat macam kena sula. Pon jawapan yang sama, tak dapat kesan..sampai la buat xtray jugak pon tak dapat kesan. Hampir sebulan saya keluar masuk sepital, last doktor pakar bagitau, kena buat ujian scan, scan macam scan perut ibu mengandung tu, akhirnya terjawab la apa sakit saya, saya kena batu karang hempedu, tahap 5 dah, sebab hempedu saya dah langsung tak berfungsi..
Kesannya, badan saya semakin halus, cengkung, rambut saya gugur, ibarat macam kena kanser, sampai kengkawan saya cakap saya ni amek pit ke, tomahan, segala cacian kawan-kawan sedara mara, namun saya sabar je la, dah sakit macam nie, nak buat macam mana…
Saya buat pembedahan, tebuk 3 lubang di badan, masa operation tu, bius seluruh badan, jadi saya tak tau apa jadi masa pembedahan tu, sedar-sedar tengok dah bertampal kat badan saya, ada 3 kapas, doc cakap badan saya tu kena tebuk 3 lubang, doktor ada tunjuk hempedu saya tu, saya ingatkan batu karang, rupanya hempedu, hempedu dah disaluti batu karang, dia macam coklat bebola yang penuh dengan kacang tu, macam tu la, kalau nak bayangkan…
Ads
Tau tak apa sebab penyakit ni ada, pertama sekali dari segi pemakanan…
Saya dulu kuat sangat makan makanan segera, makan megi, keropok, cekedis2, memang hantu giler la, terutama keropok super ring tu, aduh sedap wey hahaha, makan je tak fikir kesihatan… Lepas tu bab minuman, saya ni suka sangat minum air bergas, dulu saya sebelum sakit, saya memang hantu coke, sarapan pagi pon minum coke…memang hari-hari air bergas, sebab tu la punca nya jadi nya batu karang… Makanan pedas nie, saya kalau makan ape je mesti kena ada ulam cili padi, kalau tak de memang tak boleh kalau makan mee sup cili jeruk kena ada, lau tak ada memang takla saya nak makan, kalau cili kicap tu, sampai hitam kuah sup tu saya kerjakan hehehe .
Masakan pula, kena tau minyak masak kita gunakan tu sebenarnya, tak berapa elok, kalau boleh kalau nak masak menggoreng, contoh goreng ayam, ikan, udang atau apa je la, minyak lebihan tu pasti kita simpan kan, sebenarnya tak boleh ya, doktor ada bagitau, minyak masak lebihan kita guna untuk goreng tu, tak boleh simpan dah, memang kena buang, sebab apa, sebab dari lemak-lemak yang kita goreng tu, simpan je dan akan jadi sebati dalam minyak tu, pastu guna lagi masak benda lain…memang mudah nak dapat batu karang..ingat batu karang boleh bawa maut…batu karang juga boleh lukakan usus kita, boleh juga buat usus kita bengkak tanpa kita sedar…jadikalau nak masak goreng-goreng tu, minyak lebihan tu buang la, guna minyak baru, tapi kalau nak guna minyak tu lepas goreng apa je, nak terus buat sambal takde masalah, yang jadi masalahnya, jangan simpan minyak tu semalaman…
Ads
Ok ni perkongsian makanan dan mnuman yang sepatutnya elak amalkan, bagi mereka yang ada gastrik, asid dalam perut, apendix, atau batu karang…
-makanan yang jenis berkacang, contoh kacang goreng, badam, sayur kacang, bendi yang ada kacang tu, kalau blh elakkan lah, tapi saya bedal je, sakit tanggung sendiri. –minuman yang ada campuran kacang, contoh susu kacang soya, ni memang pantang bagi yang ada gastrik ni, ulam-ulaman pon kena jaga macam petai, jering dan kerdas, sebab banyak angin, angin tak lepas ni la yang boleh mnyebabkan pedih ulu hati..
Saya rasa cukup la ni perkongsian saya, kang tulis bebanyak takde pulak yang nak membaca nya, cuma satu je nak pesan, makanan segera seperti megi tu, kalau nak masak, rebus dulu mee megi tu, buangkan air kapur yang ada dalam megi tu, baru la masak… Cara berkesan… Rebus megi tu dengan air paip…dah lembut cuci dengan air paip jugak, toskan,pastu nak masak perencah nya, guna air yang dah dimasak..ni cara yang betul, doktor yang rawat saya yang bagitau..nampak renyah, leceh, tapi ni la cara untuk jaga perut kita…
Oh lupa nak share st lg, cili kering…sebelum nak mesin cili tu, pastikan tampi dulu buangkan biji cili tu, biji cili kering ni ada salah satu punca utama terjadinya batu karang..tak kira la cili kering ke, cili padi ke, kena ingat tu….jaga pemakanan kita, bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri… Dah kena sakit tu, baru la tau azab nya macam mana… Saya ok je sesiapa dalam ni nak post gambar masakan masing-masing, tapi beringatla makan tu, yang hantu pedas tu, hati-hati la, usus jaga, sakit usus ni, dia memang tak rasa, bila rasa bila nak pecah atau bocor…masa tu nyawa hujung tanduk kalau tak cepat bawak jumpa doktor… Sekian terima kasih…maaf jika bosan mmbacanya…
9 tahun menderita hempedu tak ada, nak makan pon kena pantang, sebab pas makan tak sampai 5 minit akan ke toilet, membuang, sebab makanan tu dah tak ada tempat untuk cernakan makanan tu, so terus jatuh ke usus, ada sakit batu karang hempedu nie badan makin berisi, itu mungkin antibodi kuat, macam saya antibodi lemah, jadi badan saya semakin kurus…maintain kurus, nak gemok memang tak boleh dah….itu je saya nak share..harap tak bosan membacanya…
Power betul kalau ambil kunyit atau makanan tinggi kunyit.
Apa berlaku? Autophagy naik tinggi.
Autophagy ialah cara tubuh hapuskan sel rosak dan mati.
Akibatnya sel baru tumbuh. Awet muda jadinya.
Cubalah berbuka dengan makanan ada kunyit.
Nak tahu kebaikkan khasiat kunyit, pakar otak ini, Dr Rizal Abu Bakar jelaskan lanjut.
6 rahsia kehebatan kunyit ramai yang tak tahu antaranya;
.
1. Penghalang racun arsenik.
Arsenik adalah racun berbahaya kepada kesihatan manusia. Bahaya arsenik ini hingga boleh rosakkan DNA.
.
.
2. Anti kanser.
Di dalam Journal Alternative Therapies in Health and Medicine, dilaporkan curcumin dalam kunyit bantu halang perkembangan sel kanser.
.
Lebih menarik lagi apabila dicampur dengan piperine (bahan yang sebabkan rasa pedas pada lada hitam).
.
Ia kecutkan stem sel kanser payudara.
.
.
3. Anti tumor.
Siapa sangka kunyit dengan saiznya yang kecil tetapi punya kuasa penyembuhan yang besar.
.
Selain bertindak mati dan lemahkan sel kanser, curcumin dari kunyit juga halang pembuluh darah dari membentuk tumor.
.
Mudah fahamnya orang lazimi kunyit akan mudah bebaskan diri dari tumor.
.
.
4. Penghalang kerosakan sel otak.
Curcuminoid dari kunyit dapat neutralkan radikal bebas dan halang kerosakan kepada sel otak.
.
Bukan itu sahaja ia juga bertindak sebagai penjaga kepada sel otak.
.
Dikenali sebagai agen neuroprotective.
.
.
5. Kulit makin glowing.
Sains pada hari ini buktikan kehebatan kunyit.
.
Bukan sekadar cepat sembuhkan luka tetapi apabila dicampur yogurt, dan madu ia jadi masker semulajadi yang hebat.
.
Melembut dan meremajakan kulit.
.
.
6. Fat burner.
Bab ini memang win. Kalau bercita-cita mahu kurus, ambillah kunyit.
.
Kunyit ada kuasa thermogenic bagi halang pembentukan lemak.
Sumber: DrRizal Abu Bakar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Demi penjagaan kesihatan yang baik untuk tubuh badan, tidak dinafikan ada antara kita telah lama amalkan pengambilan makanan tambahan dan herba dengan pelbagai tujuan. Pun begitu apa kata baca dahulu perkongsian daripada doktor ini berkaitan kesan herba dan buah pinggang.
HERBA DAN BUAH PINGGANG
“Produk semulajadi atau makanan je Doktor. Takkan boleh rosak buah pinggang.”
Adakah makanan atau tumbuhan semulajadi tidak beri kesan negatif kepada manusia?
Tidak! Setiap bahan yang masuk dalam badan kita sudah pasti terdapat tindakbalas tertentu, samada manfaat atau mudarat. Jangan terus dakwa kalau ianya makanan alami, selamat untuk dimakan. Lebih-lebih lagi suplemen itu didakwa merawat penyakit. Makmal mana yang pernah sahkan dan kajian atas manusia dan negara mana yang buktikan?
Berikut adalah fakta peringatan dari Yayasan Buah Pinggang Bewibawa (NKF) mengenai kerosakan BUAH PINGGANG akibat HERBA.
Penulisan ini bukan ingin menuding kepada mana-mana produk tertentu, tetapi lebih kepada memberi kefahaman kepada pengguna agar berhati-hati dalam pengambilan suplemen.
Supplemen herba mempunyai bahan aktif tersendiri yang boleh memberikan kesan serta reaksi tubuh.[1] Kesan ini boleh terjadi kepada semua orang samada sudah berpenyakit buah pinggang atau sihat afiat.
Berikut adalah fakta yang harus difahami oleh semua:
1) Badan Berkuasa Makanan dan Ubat (FDA) tidak mengawal suplemen herba untuk dos, kandungan, atau ketulenan.
2) Beberapa suplemen herba mempunyai asid aristolochic, yang berbahaya kepada buah pinggang.[2]
3) Sesetengah suplemen herba mungkin mempunyai logam berat, seperti Plumbum, merkuri, kadmium, arsenik, dan chromium. Logam berat tersebut boleh penyebabkan toksid kepada badan.
4) Terlalu sedikit kajian yang menyokong suplemen herba mempunyai manfaat kepada pesakit buah pinggang.
5) Suplemen herba boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan moden samada ianya boleh mengurangkan kesan atau meningkat kesan ubatan tersebut bertindak dalam badan. Contohnya herba dari St. Johns Wort, echinacea, ginkgo, bawang putih, ginseng, halia, dan blue cohosh.
6) Dua jenis mineral yang dinasihatkan bagi pesakit buah pinggang tidak mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Pemakanan yang tinggi POTASSIUM dan FOSFORUS adalah boleh mendatangkan kesan buruk kepada tubuh pesakit kerana mineral ini tidak dapat dikumuhkan sebaiknya melalui buah pinggang yang sudah rosak. Antara makanan yang tinggi Pottasium adalah Peria, Serai, Kunyit, Daun Bawang, Betik dan beberapa lagi.
7) Terdapat sesetengah produk yang dicampur dengan bahan terlarang steroid, sildenafil, sibutramin dan beberapa bahan lain lagi. Bahan tersebut boleh membahayakan jika tiada pemantauan atau diberikan tidak mengikut sukatan dos yang terkhusus.
Satu kajian yang termuat dalam New England Journal of Medicine melaporkan terdapat 23 ribu kes kecemasan setiap tahun akibat kesan sampingan dari suplemen di Amerika Syarikat.[3] Fakta ini amat menakutkan kerana tiada sistem pemantauan khusus dari pihak pengeluar produk mengenai kesalamatan dan kualiti produk mereka. Pengeluar hanya suka menaikkan testimoni yang indah sahaja, tetapi testimoni negatif tidak diambil perhatian.
Di antara produk suplemen herba yang banyak disita adalah ubat rangsangan seksual, ubat tambah tenaga, ubat bina badan supaya nampak sado, ubat kecantikan dan ubat penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis serta sakit jantung.[4] Suplemen herba berkenaan tidak melepasi ujian keselamatan, ujian kualiti dan keberkesanan pun. Pesakit mungkin kelihatan gagah seperti ahli gusti buat seketika tetapi jangkamasa panjang akan merana.
Oleh kerana tiada mekanisma khusus untuk pihak berkenaan membuat pemeriksaan tahap keselamatan, maka kita hanya boleh lihat kerosakan demi kerosakan.
Ianya berbeza dengan ubat-ubatan hospital. Walaupun sudah melepasi tahap kajian atas haiwan dan manusia bahawa selamat disahgunakan, sistem pemantauan dan kajian tetap dilanjutkan. Oleh yang demikian kita akan memerhatikan peristiwa penarikan balik produk-produk tertentu seperti kes produk Losartan untuk darah tinggi baru-baru ini. Inilah ketelitian dan ketelusan yang dibina oleh pihak berwajib bagi memastikan segala ubatan adalah terbaik diberikan kepada rakyat.
Memang terdapat ujian berkala kepada produk-produk herba yang dilakukan oleh pihak berwajib, tetapi ujikaji tersebut tertakluk pula kepada aduan yang dilaporkan atau pengsampelan secara rawak terhadap beribu-ribu produk di pasaran.
Sekali lagi seruan saya agar berhati-hati dengan produk tersebut dan jangan mudah terpengaruh dengan janji manis serta fakta yang tidak tepat dari jurujual.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Sekiranya anda mencari-cari makanan kesihatan untuk keluarga yang banyak mengandungi khasiat dan dalam masa yang sama mudah untuk disediakan, lain tidak bukan adalah dengan menfaatkan khasiat yang ada pada chia seeds.
Mungkin sebelum ini ada yang beranggapan chia seeds diamalkan bertujuan untuk wanita yang inghin berdiet. Namun tahukah ibu-ibu, alangkah baiknya jika minuman chia seeds ini di nikmati oleh seisi keluarga.
Ini sebabnya Chia Seeds Perlu Di Amalkan Oleh Kita Sekeluarga
Kaya Protien
Sebagaimana yang kita tahu protien ini bagus untuk proses tumbesaran dan perkembangan. Tempoh pembentukan sejak lahir hingga peringkat kanak-kanak menjadi asas kepada kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak.
Itulah sebabnya anak-anak kita memerlukan sumber protein yang tinggi untuk memastikan asas kesihatan mereka kekal kukuh di sepanjang tahun-tahun tumbesaran dan perkembangan mereka.
Dengan sumber protein yang tepat, anak-anak anda akan memperoleh khasiat penting untuk membentuk sistem imun dan otot yang kuat. Dikatakan dalam 28gm hidangan biji chia seed yang diambil adalah menyamai 4.4gram protien di dalamnya.
2. Mudah Rasa Kenyang
Tryptophan adalah merupakan satu sejenis asid amino yang telah ditemui pada ayam belanda. Ianya juga turut ditemui dalam biji Chia Seed. Walaupun tryptophan akan memberikan kesan mengantuk selepas makan, namun ianya juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood seharian.
Apa yang pasti, bukan dua ini sahaja kebaikkan malah banyak lagi jika ingin didetailkan. Oleh itu alangkah ruginya jika kita sebagai ibu tidak menyediakan minuman berkhasiat ini kepada seisi keluarga.
Idea untuk menikmati chia seeds
Chia seed dimasak bersama telur hancur-kacau 2 biji telur bersama 2 sudu teh chia seed dan kemudian goreng seperti biasa.
Sandwich bersama chia seeds – taburkan sahaja dan rasanya lebih crunchy.
Nasi -Boleh juga campurkan chia seed ke dalam nasi yang dimasak. Namun perlu tambahkan sedikit air agar masak sempurna.
Dan ini pula resipi untuk buat air detox menggunakan chia sheeds yang dikongsikan oleh Suehaila Ahmad di fb. Jom semak.
Bahan-bahan:
1 biji lemon-dipotong kecil
2 biji epal hijau -dipotong kecil
2 btg serai
1 ketul kecil halia-dipotong kecil
3 uncang teh hijau cap BOH
1.5 liter air masak
Add on:
Daun pudina
Chia Seed
Madu
Cara-cara:
1. Masukkan 1.5 air masak ke dalam periuk.
3. Masukkan kesemua bahan yg dipotong tadi ke dalam air. Kemudian masukkan serai yang diketuk, masukkan teh hijau.
4. Rebus selama 15 minit sampai bahan-bahan tadi empuk air bertukar warna kekuningan untuk menghasilkan air detox yang betul-betul bagus. Kalau air kering pekat boleh tambah air.
5. Apabilaa masak tutup dan api biarkan air suam sedikit sebelum di masukkan ke dalam bekas.
6. Campurkan dengan sedikit chia seed, daun pudina atau madu asli untuk tambah lebih khasiat dan menyedapkan air detox.
Amalkan minum 3 kali sehari iaitu di pagi hari sebelum breakfast, petang masa tea time dan malam sebelum tidur.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.