Sekarang ni semua benda di hujung jari sahaja! Termasuklah dalam perihal mengundi. Untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), zaman kini bukan sahaja boleh menyemak lokasi tepat tempat mengundi di laman web rasmi MySPR dan aplikasi mudah alih sahaja tau!
Malah, laman web itu juga menunjukkan masa yang disyorkan untuk pengundi melawat pusat untuk membuang undi.
Jangan lupa catat atau ambil tangkapan skrin aliran (saluran) dan nombor (bilangan) yang ditetapkan untuk dibawa ke pusat mengundi pada hari pengundian, 19 November.
Selain itu, laman web tersebut menyatakan bahawa pengundi yang layak mengundi pada PRU15 adalah mereka yang telah didaftarkan oleh SPR ke dalam Daftar Pemilih sehingga 9 Oktober 2022.
Tidak dinafikan kalau dilihat dalam telefon pintar kita, antara yang paling banyak mengambil ruang adalah space untuk images. Apa tidaknya hingga beribu-ribu koleksi gambar terakam, sama ada gambar peribadi, makanan, pemandangan, anak-anak dan keluarga tercinta.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Setiap momen tersebut terasa begitu bermakna untuk diabadikan menjadi kenangan terindah dan atas sebab ini juga terus tersimpan di dalam telefon.
Namun dalam sedar atau tidak, lama kelamaan telefon akan terlalu ‘berat’ dan menyebabkan hang. Apatah lagi bila memory card full dengan gambar. Tidak puas hati pula tidak dapat merakam gambar-gambar menarik lagi.
Lantaran itu, untuk delet satu persatu pastinya makan masa yang lama dan melecehkan.
Sebenarnya ada cara mudah untuk backup semua gambar yang kita snap dalam phone disimpan secara ‘cloud’ dalam satu apps yang bernama Google Photo ini sepertimana yang dikongsikan oleh HaziqHissham melalui akuan Twitternya.
Cara Back up Gambar Dalam Phone
Memory card full dengan gambar? Makan masa nak delete satu persatu? Sebenarnya ada cara mudah untuk backup semua gambar yang kita snap dalam phone disimpan secara ‘cloud’ dalam satu apps yang bernama Google Photo.
Kalau ada yang berminat nak tau boleh scroll thread kat bawah.
Kalau kita seseorang yang rajin nak check storage balance dalam phone, itu bermakna kita seorang yang pandai jaga phone. Tapi ada orang yang malas nak check, bila nak snap je gambar MEMORY FULL atau lagi worst phone jadi lembab sebab memory dah full.
Buka Play Store dan install Google Photo apps ini dalam phone. Elok check phone dulu sebab ada yang latest android yang siap-siap pre-install masa purchase. Kalau takda itu tandanya perlu download sendiri. Lepas download click open.
Buka Google Photo dan make sure anda sign in ke gmail account yang sama phone anda gunakan. Email yang sama akan mudahkan process synchronize segala detail yang Google inginkan.
Ini adalah interface Google Photo, kebiasaannya apps ni akan dapat detect terus semua gambar dan video yang kita snap gunakan camera phone. So, xperlu buat apa-apa just biar Google Photo back-up semua gambar dan video yang ada. Gambar akan tersusun ikut tarikh diambil.
Setiap photo yang di back-up dalam Google Photo adalah version High Quality bukan raw image. Jika anda jenis yang x kisah apa-apa photo pun asalkan cantik dan clear, abaikan jer apa itu raw semua tu. So kalau kita upload raw image, storage akan limited kepada 15 GB sahaja.
Sekiranya kita pilih untuk upload High Quality image, storage yang disediakan oleh Google adalah unlimited. So, beribu-ribu photo yang dibackup pun tiada masalah.
Dalam ruangan settings ada disediakan option untuk capture Google Location dimana ianya akan tambahkan fungsi pencarian gambar mengikut lokasi. Jika kita jenis yang suka snap-snap pastu terlupa kat mana tempat tu boleh je turn on features ni.
Google Photo akn susun semua koleksi gambar yg kita ada mengikut tempat tertentu. Boleh buka ruangan Album dan Places. Selain places, Google juga boleh susun koleksi photo mengikut objek, makanan dan muka. So boleh check lah muka siapa yg paling banyak appear dalam phone kita.
Di sini adalah features paling menarik. Apabila settings ini di aktifkan, Google Photo akan automatically delete semua photo dan video yg sudah dibackup dari phone. Maka semua file gambar dan video kita telah selamat disimpan secara cloud.
Features tambahan, kita boleh add orang lain (seperti family @ pasangan) untuk kita berkongsi photo yang telah dibackup dalam Google Photo. Features tersebut boleh diaktifkan dalam ruangan Add Partner Account.
Menjadi kebiasaan kita akan menggunakan perkhidmatan surprise delivery untuk memberikan kejutan hadiah istimewa kepada insan tersayang pada hari jadi mereka. Ini akan membuatkan si penerima berasa gembira dan teruja bila menerima hadiah yang dikirimkan.
Sama kisahnya seperti video yang dikongsikan di aplikasi Tiktok yang mencuri tumpuan warganet apabila pemilik akaun @fareehaameera diminta untuk menghantar tembikai yang disolek cantik, lengkap bergaun dan dipakaikan mahkota bak puteri raja.
Kejutan yang dibuat itu adalah untuk diberikan kepada pelanggannya itu cukup rare dan mengundang tawa dan mencuit hati bagi yang menonton video yang dikongsikannya.
Difahamkan, dia diupah oleh anak saudara makcik tersebut. Bahkan mereka merupakan pelanggan tetap dan setiap tahun ada sahaja permintaan yang pelik dan lucu daripada mereka untuk dihadiahkan kepada makcik mereka dengan menggunakan khidmat @fareehaameera.
Respon daripada video yang dikongsikan rata-rata ramai yang terhibur bila melihat hadiah yang unik apatah lagi bila melihat reaksi makcik tersebut yang terlupa dengan nama anak saudaranya itu.
“Mesti mk sedarenye baik sngt..smpai ank sdre syg,” tulis salah seorang daripadanya.
“🤣ya Allahhhh..maaf makcik,sy tergelak🤭tembikai tu Tiber teringat mak c adudu 😅dlm boboiboy🤭,” tulis yang lain.
“Hahahahahha kann. Yg bukan bukan je anak sedaranya pun🤣.”
Turut dikongsikan video yang dirakamkan oleh @fareehaameera beberapa tahun lalu untuk makcik ini yang menerima hadiah surprise yang tidak kurang rare dan unik.
Sesetengah mak-mak happy kalau gas habis, maknanya tak perlu masak. Makan kat luar je! Tapi… Kalau habis tengah syok memasak, ‘potong’ mood juga kan?
Nak-nak lagi kalau masak waktu malam, siapa je nak layan kita hantar gas ke rumah. Betul tak?
Setuju tak kalau kata orang Malaysia ni ramai yang cerdik? Kalau plan A tak berjaya, ada je idea mereka mengolah ke plan B!
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan seorang wanita berkongsi ‘backup plan’ untuk memasak kalau gas tiba-tiba habis. Menerusi video yang dimuat naik oleh @miss_donyaa, kelihatan dia sedang menunjukkan cara memasak apabila gas habis dengan menggunakan beberapa barangan yang ada di rumah.
Apa yang anda perlukan adalah loyang, kain dan minyak masak terpakai. Pertama sekali, gumpalkan kain sehingga menjadi bentuk bulat dan masukkannya ke dalam loyang. Kemudian, isi loyang tersebut dengan minyak masak terpakai. Hidupkan api dan siap!
Pada akhir video itu, kelihatan wanita itu sedang memasak steamboat bersama keluarganya dengan menggunakan teknik tersebut. Dia juga berpesan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan kerana teknik ini melibatkan penggunaan api.
Perkongsiannya menarik perhatian ramai orang dengan meraih 1.7 juta penonton di Tiktok. Malah bukan sahaja berkongsi cara menghidupkan api, pemilik akaun Tiktok tersebut juga menunjukkan teknik untuk memadamkan api tersebut di video lain yang dimuat naik.
Menjengah di ruangan komen, masing-masing memberi pelbagai reaksi tentang perkongsian tersebut.