
Jarang penyanyi bernama Faizal Tahir bercerita mengenai anak-anak dan isterinya. Baik di laman sosial mahupun di media cetak dan elektronik. Hanya sesekali dia memuat naik gambar anak-anaknya.
Namun baru-baru ini, menerusi satu perkongsian di laman instagramnya, penyanyi Assalamualaikum ini memuat naik video solat sambil ditiru oleh anak kecilnya.
Ramai yang kagum dan suka dengan perkongsian tersebut. Walaupun baru berusia 3 tahun, namun Khalid Al- Walid nampak comel dan mengikut pergerakan ayahnya bersolat biarpun hanya memakai lampin dan berkasut. Nampak lucu tapi cukup bermakna.
Dengan kapsyen “Don’t tell them. Show them.” mungkin Faizal ada maksud tersendiri berkenaan hal tersebut. Mungkin juga dia mahu menyatakan dalam mendidik anak-anak menunaikan solat, ibu bapa yang patut menunjukkan contoh supaya diikuti oleh anak-anak.
Apapun salute dengan cara yang dipraktikkan oleh Faizal Tahir ini. Boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa yang lain juga kan.
Perkongsian tersebut nyata mendapat respond yang cukup positif dari pengikutnya. Rata-rata melahirkan rasa kagum tak kurang yang mengakui video tersebut menyentuh hati mereka.
Sejuk perut ibu mengandung
fawzaniefauzi_Betul2 saya setuju??…mak saya selalu solat sebelah adik saya yg baby… After adik saya dalam setahun lebih dia start solat tiap Kali dengar azan *rumah mmg dekat dgn masjid pun…so betullah actions speak louder than words ??
ezranel@ezlynnariffin Terbaik lh, sejuk perut ibu ngandungkan ank Syurga nie
nurfakhriah_razakComel je..alhamdulillah semoga membesar menjadi anak soleh yerk?
Menyentuh hati
fazszeyBijaknya dia
hanan_hanountiSubhanAllah !!! ❤️?
sitimisriyamenyentuh emosi saya.
yapbouy@addy_crimson ☺☺☺….me mean saya….l mean aku…..
yapbouy@zrzuraida kata rasulullah solat tu umpama berbisik2 dgnNya.tujuan solat is utk mendekatinya….Dari itu Kita memahaminya….lantas melaksanakn perintahnya✌
twrylytyzbببشک
wiacastellaahaha. omey sangat
Sumber: IG faizal_tahir
Roti Jala Coklat Terlajak Sedap, Menu ‘Rare’ Wajib Cuba, Anak-anak Confirm Nak Lagi!

Roti Jala memang sudah selalu kita jamah. Kiraian roti yang dicicah bersama kuah kari pekat ini memang terangkat kalau tengah lapar.
Tapi itu kisahnya dengan Roti Jala biasa. Bagaimana pula dengan Roti Jala Coklat? Siap kuah coklat lagi. Tengok gambar sahaja sudah rasa terliur dibuatnya. Inikan pula mencuba sendiri di rumah bersama anak-anak. Pasti anak-anak tak sabar dan berebut-rebut nak makan.
Resipi awesome ini dihasilkan oleh adik Muhamad Fadzul Illahi Azhar di facebooknya. Mulanya dia sekadar mencuba, mana tahu ada yang suka dengan roti jala coklatnya.
Tak sangka pula Roti Jala Coklat Bersos Coklatnya mendapat perhatian ramai. Malah katanya ramai yang tempah lagi dan lagi. Wow!
Dari saja-saja buat makan, sampai la menjadi duit poket. Hari ini saja saya dapat tempahan 70 set. Saya ingat orang tak suka. Saya cuba.. Alhamdulillah dapat sambutan. Saya nak sis-sis yang tak buat apa-apa kat rumah. boleh laa amik
resepi ROTI JALA SOS COKLAT. Sama-sama kita kongsi ilmu. Yang mana dah share sebelum ni bagus la, yang belum share silakan.. saya halalkan.. ☺ tapi doakan saya berjaya dalam bisnes.. aaminn
Ada orang tanya saya jual sebekas berapa.. saya jual 1 bekas RM5 ADA 7 KEPING.
GUNA KUALI NONSTICK
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sb serbuk koko (tengok nak gelap atau cerah)
3 sb gula
Sedikit garam
3 sb minyak masak
1/2 cawan susu cair
Air ikut kepekatan (jangan pekat sangat jangan cair sangat)
Caranya:
1. Kacau semua bahan dalam satu mangkuk, lepas tu blend hingga halus.
2. Semasa blend tu boleh tengok kalau ada pusar kat tengah tu boleh masuk satu ibu jari, tu adunan cantik.
3. Kalau blend adunan tu xda pusar atau pusar kecik, masukkan air bagi ada pusar kat tengah.
GUNA BOTOL 3 KAKI
Sos coklat: (Double boiler)
200gm coklat masakan. (saya guna selbourne brand)
200gm susu fullcream / Susu cair
Selamat mencuba!
Sumber: Mohamad Fadzul Illahi Azhar
“25 Tahun Hisap Rokok , Insaf Selepas Dapat Anak.” Bapa Ni Berjaya Berhenti Merokok, Kongsi 6 Perkara Yang Buat Sehingga Berjaya

Bukan mudah untuk membuang tabiat yang telah sebati dan menjadi darah daging sejak berpuluh tahun lamanya. Namun tiada apa yang mustahil jika diiringi tekad yang teguh dan kesediaan untuk berubah.
Inilah yang ingin dikongsikan oleh saudara Khairul Abdullah, bagaimana dia berjaya berhenti merokok setelah bertahun berbuat demikian.
Berikut 6 Perkara Yang dilakukannya. Semoga perkongsiannya mendapat manfaat dan menjadi panduan buat perokok tegar di luar sana yang ingin berhenti merokok.
Aku Buat Sehingga Berjaya Berhenti Merokok.
Aku berhenti merokok sejak anak sulung aku lahir. Dah nak masuk 6 tahun lah jugak aku tak sentuh langsung rokok. Hisap apatah lagi.
Kenapa aku berhenti?
Sebab aku insaf selepas dapat anak. Tak mahu keluarga aku sakit sebab asap rokok aku. Jadi aku nekad untuk berhenti. Jadi, esoknya tu terus aku berhenti sampailah ke hari ini.
Takde slow down dulu, takde tukar ke vape dulu, takde guna benda alah apa pun. Berhenti serta merta begitu jer. Alhamdulillah berjaya walaupun pada bulan pertama tu siksa ya robbi menahan ketagihan. Maklumlah dekat 25 tahun jugak kot aku merokok.
Jadi nah aku kongsikan 6 perkara yang aku buat.
1. Niat
Aku perasan, yang nak berhenti rokok ni, paling penting adalah niat. Niat pulak kena disertakan rasa keinsafan dan keazaman atau kehendak yang tinggi. Kalau ada tiga benda tu maka ianya jadi lebih senang.
Kalau aku tak berniat dan takde sebab untuk berhenti rokok maka aku takkan ada motivation. Mudah gagal.
2. Berhenti serta-merta
Nak berhenti benda alah ni aku kena jadi orang yang nekad. Tak boleh teragak-agak.
“Errr awal bulan depan lah aku stop.”
“Ehh, bulan depan lah aku start.”
Kononnya, namun aku tak boleh gitu. Akan sering gagal.
Jadi, bila dah berniat dan berazam sahaja nak berhenti aku terus ambik keluar semua rokok yang ada dan hancurkan dan buang dalam jamban dan aku pam.
Aku tak simpan langsung sebatang dua atau sekotak dua buat backup kot-kot boleh membantu bila aku sangap teruk nanti.
Tidak. Tak perlu dikenang lagi.
3. Cari aktiviti pengganti
Aku mula tak keruan bila selesai makan dan bila aku masuk toilet nak melepas atau bila aku stay up kerja lewat atau bila aku pergi mamak atau makan dengan kawan. Jadi, lepas makan aku tak keluar pergi bawah pokok atau tempat yang kau selalu hisap rokok.
Kalau kat rumah, aku pergi dapur dan basuh pinggan, kalau kat restoran baik aku kutip nasi yang tumpah tu dan kira berapa butir. Aku perlu “kill the time”.
Kalau dalam toilet tu aku tak berlama macam selalu. Aku buat sepantas mungkin dan terus keluar.
4. Jangan berjumpa dan lepak dengan kaki rokok.
Dalam tempoh 40 hari pertama, aku sebolehnya elakkan terus lepak dengan kawan-kawan yang merokok. Tak payah keluar lepak mamak dalam tempoh tersebut.
Aku kena jauhkan diri dari rokok. Penampakan asap dan bau rokok tu bakal menambah ketagihan. Walaupun kau rasa macam namatey, aku gagahkan juga bertahan.
5. Dapatkan sokongan.
Benda baik gini kena dapat sokongan isteri, anak-anak dan juga ibu bapa. Aku telefon mak di kampung, bagitau dia yang aku nak berhenti rokok ni, minta dia doakan.
Aku bagitau isteri dan anak yang aku nak berhenti, walaupun anak aku tak faham sepatah haram pun waktu tu. Minta diorang sokong dan bagi semangat.
Minta diorang sibukkan aku dan penuhi masa terluang aku supaya aku tak teringat kat rokok tu.
6. Sokonglah diri sendiri.
Aku tahu aku nak buat benda baik ni. Jadi aku kena sentiasa positif. Aku selalu yakinkan aku yang aku boleh, aku boleh. Rasa nak merokok jer aku carilah benda lain, main game atau paling best bukak peti cari makan.
Jika waktu kerja aku lewat malam perlu ada rokok, maka aku carilah benda lain untuk dihisap seperti gula-gula atau chewing gum. Kalau takde gula-gula, bijik durian pun feel jugak.
Bila berjumpa kawan yang merokok, bila dioffer sepam dua, aku takkan sesekali mencuba. Kawan akan kata “Alah, sepam jer pun, takde hal lah.” No no no, aku takkan sentuh pun.
Aku kena percaya dengan diri aku. Yakinlah yang kita nak buat benda baik dan Allah akan permudahkan. Selain itu kena selalu berdoa.
Begitulah.
***
6 benda tu sahaja yang aku buat.
Dalam masa sebulan lebih tu memang sangap gila lah. Lepas 40 hari tu rasa dah macam ok jer. Lepas 3 bulan tu dah rasa tak kisah atau macam dah lupa. Cuma bila lepak dengan kawan maka godaan dia tinggi, jadi sebolehnya aku elakkan.
Alhamdulillah, aku berjaya.
Hari ni kau layan lah rokok cap apa pun depan aku, aku kool jer.
Tak teringin langsung.
Sekian.
KHAIRUL ABDULLAH
#TipsSuperDaddy
“Layan Anak Jangan Sampai Tak Layan Suami. Kena Tambat Hati Suami. Barulah Sweet Til Jannah- Ustazah Bahiyah

Sebaik-baik kamu adalah orang yang terbaik kepada keluarganya. Kerana itu, apabila kita sweet dengan keluarga, kitalah pasangan yang terbaik. Demikian bait-bait kata yang dilontarkan oleh Ustaz Akashah tatkala ditemubual menerusi Keluarga Talk anjuran Majalah Keluarga.
Tidak dinafikan, pasangan ini cukup terkenal dengan jolokan ‘loving couple’ daripada dulu sehingga kini. Walaupun sudah lama kahwin, tapi sifat sweet bersama pasangan tak hilang. Tidak hairanlah pasangan Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya Ustaz Wan Akashah menjadi contoh dan idola oleh pasangan suami isteri baik yang muda mahupun yang sudah lama berkeluarga.
“Yang penting adalah niat berkahwin bukan untuk sementara waktu tetapi nak bawa isteri dan anak hingga ke syurga. Untuk membentuk keluarga bahagia, akan bawa hingga hujung nyawa. Jika niat tak betul akan jadi separuh jalan.
“Dalam rumah tangga ujian dan cabaran adalah perkara biasa dan dihadapi oleh semua pasangan. Sebab tu penting 4 perkara ini iaitu, sentiasa memaafkan pasangan, kena sabar, kena reda ketentuan allah dan sentiasa bersyukur.
“Bagi ustaz dan ustazah pula, setiap kali anniversary kami berdua akan pergi bercuti bersama berdua sahaja. Tempat yang cukup istimewa dan bukan percutian biasa. Tempat yang cantik, jauh dan suasana yang damai dan mengindahkan.
“Waktu hari ulang tahun perkahwinan inilah kita ingat kembali memori bercinta, perkenalan dulu bila kita berdua. Tapi kalau bawa anak-anak dan keluarga itu dah jadi percutian lain. Tapi untuk anniversary kami anak-anak sporting.
“Malah, ketika inilah fokus masa untuk berdua sahaja. Boleh makan berdua ala candle light dinner kata orang sekarang. Sebenarnya makan suami isteri contoh romantik dari Rasullah SAW. Makan bersama suami isteri amalan bagus. Jadi, dalam nak sweet suami isteri, bagi suami rasa dia ibarat hero dan suami pula bagi isteri rasa seperti bidadari. Insyaalah rumah tangga akan sweet till Jannah,” ungkap Ustazah Bahiyah lagi.
Amalan suami isteri
Dalam kebahagiaan suami isteri kena kekalkan solat berjemaah dalam rumah. Lebih-lebih lagi waktu PKP ini, antara masa yang sesuai adalah waktu maghrib.
“Pastikan suami isteri kena ada di rumah dan solat berjemaah bersama. Dalam masa yang sama boleh ajar anak-anak mengaji (baca al-quran).
“Kasih sayang datang dari hati dan timbul perasaan berkasih sayang bila hati kita dekat dengan Sang Pencipta. Jika ini diamalkan maka tak mustahil untuk kita kekal sweet hingga ke Jannah,”ulas Ustaz Akashah pula.
Tambah Ustazah Bahiyah pula, di rumah amalan ini dipraktikkan di mana ada waktu ustaz menjadi imam dan adakalanya anak atau menantu terutama maghrib dan isyak.
“Selain itu rutin kami selepas solat kami sama-sama baca yasin, kemudian ada kitab himpunan zikir yang dibaca seisi keluara. Lepas itu, ustaz dan ustazah akan sampaikan takzirah.
“Selain itu, makan bersama seisi keluarga serta selalu memberi hadiah untuk menyemarakkan kasih sayang. Nombor lima sesekali buat kejutan istimewa untuk pasangan. Ustaz kalau buat surprise memang sampai saya menangis di bahunya.
“Pernah ustaz beli tanpa ustazah tahu dan dia berpakat dengan anak-anak. Paling Ustazah tak boleh lupa tiga tahun lepas anak dan menantu sepakat dengan ustaz buat surprise. Ustaz hadiahkan sebuah rumah yang pernah ustazah tengok sebelum ini. Waktu tu ustazah cakap tak boleh beli lagi ni kerana belum sampai masa. Tak sangka ustaz tak lupa apa yang saya idamkan.
“Selain itu, susah senang kena hadapi bersama. Sakit atau Allah uji dengan kesihatan atau harta benda kena setia berada di sisinya. Setia kita bukan hanya di dunia adalah sehingga ke akhir hayat. Kita tak selamanya senang dan kita tak selamanya sihat.
“Pasti ada masa suka, duka dan pentingnya kesetiaan itu sampai bila-bila. Untuk berada di sisi itu membuatkan hubungan suami isteri lebih kuat dan takkan beralih arah pada yang lain kerana kita bina cinta ini untuk reda allah. Doa yang saya amalkan untuk tambah kasih sayang suami adalah dari Surah toha ayat 39 yang bermaksud: telah aku tumpahkan kepadamu kasih sayang daripadaku.
“Apa sekali pun jangan susah hati kalau tidak boleh hafal, bacalah doa apa sekali pun bahasa sekali pun tapi kena datang dari hati. Insyaallah jika betul ikhlas dan ikut syarat berdoa, jaga hubungan suami isteri, ibu bapa dan nescaya doa itu mustajab,” jelas Ustazah lagi.
Sweet dalam rumah tangga
Menurut ustaz Akashah lagi, pasangan suami isteri harus saling memahami dan bertolak ansur.
“Kadang-kadang ada pasangan hanya buat waktu awal kahwin, contoh pastikan isteri pakai topi kaledar misalnya. Selain itu, amalkan minum dan makan bersama, menemani ketika pasangan sakit. Inilah saat yang paling penting kerana waktu inilah kita boleh tolong suapkan, picitkan kaki dan sebagainya.
“Selain itu, mandi bersama pasangan. Ajak pasangan ke tempat yang jauh dari rumah. Elakkan keluar malam suami isteri kecuali terpaksa. Malam seharusnya berada di rumah dengan keluarga. Selalu bergurau senda dan jangan terlalu garang dengan pasangan.
“Kena adil dengan pasangan. Apa yang kita makan di luar, di rumah pun kena bagi sama. Jangan sama sekali pukul pasangan. Marah atau emosi terganggu jangan pukul dan terakhir jangan lupa bantu pasangan di rumah buat kerja. Apa salahnya bantu pasangan lipat kain, basuh baju atau layan anak ketika isteri tengah masak. Barulah sweet dalam rumah tangga.
“Dalam hubungan suami isteri bukan hanya di dunia tapi til jannah. So kena sama-sama muhasabah diri. Dah cium tangan suami belum misalnya, dah solat berjemaah dengan anak-anak dan isteri belum. Dalam solat ada mendoakan pasangan belum, dan sebagainya. Semua apa yang kita lakukan akan di nilai oleh Allah Swt,” ungkap Ustaz Akashah pula.
Isteri bijak jaga penampilan
Anak adalah pengikat kasih sayang suami dan isteri. Bila dapat anak, setiap suami isteri kena ada tiga benda iaitu positif, yang kedua, beri senyuman dan yang ketiga kena beri penjelasan.
“Tak dinafikan ada isteri yang bila ada anak dia fokus pada anak semata-mata. Sampaikan tidur pun dengan anak. Jadi, isteri perlu bijak mengatur. Bukan hanya fokus pada anak sebaliknya ajak suami sekali bermain dan mandikan anak. Yang kedua, suami kena bijak memahami dan bertolak ansur. Yang ketiga, isteri perlu bijak jaga penampilan.
“Kita tak nak hubungan suami isteri hambar asyik utamakan anak sehingga selekah dan sebagainya. Kena bagi wangi, kemas, harum memikat dan sebagainya. Walaupun sibuk jaga anak tetapi masih dapat menambat hati suami. Yang keempat, utamakan perintah suami. Sebab kita dah selalu bersama anak, beri keutamaan pada suami bila dia minta air misalnya.
Yang kelima layan anak jangan sampai tak layan suami. Jangan abaikan, kena bijak bahagi masa. Jangan sampai abaikan dan tak tidur dengan suami. Yang keenam saya selalu buat, beri masa pada suami.
“Seperti saya yang kena bercerita pada cucu sebelum mereka tidur. Jadi saya perlu masa dalam 30 minit untuk tidurkan cucu, jadi saya akan terangkan pada suami dan ustaz faham. Lepas tu barulah layan suami. Yang ketujuh, layan hobi suami baru dia rasa tak terpiggir. Jangan kalau duduk berdua asyik bercerita tentang anak anak anak. Layan hobi dan bincang apa kegemaran suami juga. Kata Ustazah Bahiyah lagi.