Menjadi tetamu Allah tentunya menjadi impian kita semua sebagai usaha menyempurnakan tuntutan Rukun Islan yang ke lima.
Apa yang pasti untuk ke sana, pelbagai persiapan dan proses perlu dilakukan dan yang paling utama wang dalam simpanan juga sudah mencukupi untuk kita diterbangkan ke bumi barakah. Bukan sedikit namun mencapai puluhan ribu ringgit.
Meskipun begitu, ada juga kes di mana jemaah haji yang telah pun persiapkan segalanya namun terkandas di tengah jalan angkara menjadi mangsa penipuan. Hal ini pastinya cukup mengecewakan bukan sahaja kepada mangsa malah seisi keluarga turut merasa hampa.
380 Bakal Haji Ditipu
Ini sepertimana memetik laporkan Sinar Metro, di mana kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sejak pagi tadi dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.
Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).
Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilapor dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.
Dokumen Tak Lengkap
Ads
Menurut seorang jemaah yang hanya mahu dikenali sebagai Adi, agensi pelancongan telah meminta semua jemaah di bawah kendaliannya untuk datang ke KLIA hari ini kerana penerbangan dijangka berlepas pada 4.30 petang, namun kemudiannya dimaklumkan telah ditangguh ke 7 malam.
“Semakan kami mendapati penerbangan terakhir ke Jeddah, Arab Saudi adalah pada kira-kira 6 petang tadi dan sehingga saat ini kami tidak dimaklumkan apa-apa oleh wakil agensi pelancongan,” katanya.
Menurutnya, mengikut perancangan awal, mereka sepatutnya ke Jeddah pada Selasa lalu, namun ditangguhkan atas alasan ada dokumen yang masih tidak lengkap.
Beliau berkata, bakal jemaah juga tidak pernah ditunjukkan tiket penerbangan dan visa untuk menunaikan haji.
Ads
Seorang lagi jemaah yang dikenali sebagai Jamilah, 59, berkata, beliau reda dengan apa yang berlaku kepada dirinya dan suami, sambil menyifatkan ia sebagai ujian daripada Allah.
“Sehingga ke saat ini kami masih tidak mendapat pasport kami lagi kerana ia dipegang oleh pihak agensi pelancongan,” katanya yang datang dari Terengganu dan telah membayar RM76,000 kepada agensi pelancongan untuk menunaikan haji bersama suaminya.
Jamilah berkata, kakitangan agensi pelancongan itu ada hadir bertemu dengan kumpulan mereka namun mereka tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai masalah itu.
“Kami tidak pernah ditunjukkan tiket kapal terbang dan visa tetapi kami meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada mereka, namun tak sangka kami juga menjadi mangsa penipuan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA ACP Imran Abd Rahman ketika dihubungi berkata, pihak polis masih merakamkan keterangan daripada pengendali agensi pelancongan tersebut.
Bab menyimpan duit memang banyak cabarannya, kena ‘kuat’ dalam melawan keinginan dan nafsu untuk membeli pelbagai keinginan. Jika tidak tentu sahaja baru hari ini simpan esok sahaja sudah dikorek duit tabungan.
Begitu juga halnya yang dialami oleh Izzat Fikri dalam menabung, pasti susah sangat banginya untuk kekal menyimpan. Pun begitu, menurut perkongsiannya setelah beberapa tahun lalu dia telah mengubah cara simpanan, daripada wang kepada simpanan emas.
Nak tahu apa kesannya, ikuti perkongsiannnya semoga memberi manfaat kepada semua.
AKU DULU SUSAH SANGAT NAK MENYIMPAN..
Dulu simpan sikit.. korek balik..
Simpan sikit.. Korek lagi..
Simpan Awal bulan.. Hujung bulan korek lagi!!
Apa nak jadi dengan aku nie!!
Macam mana nak kumpul budget untuk:
1) Kos Perkahwinan
2) Dana Miliki Rumah
3) Kos Tunaikan haji
4) Dana pendidikan anak-anak
5) Dana persaraan
6) Nak mula buat business
7) dan lain-lain yang memerlukan modal!!
Itulah saya dahulu 3 tahun lepas…Sampailah Saya jumpa satu ubat mujarab bagi hilangkan penyakit boros ini iaitu emas.
Hebat betul penangan emas ini. Betul lah kata orang tua-tua.. simpan emas.. bagus untuk masa depan.
Simpan emas duit habis.. tak simpan emas pun duit habis.. kita nak yang mana?
Kawan-kawan… duit ringgit, bila kita fikirkan.. ianya memang dibuat untuk kita guna. Sifatnya adalah untuk kita gunakan.
Betul tak?
Tapi emas tidak!! Kita akan hilang sifat boros bila kita mula simpan aset emas. Kita akan kumpul dan kumpul sampailah kita berjaya capai matlamat kita.
RM100 5 tahun lepas macam-macam kita boleh beli. Tapi hari ini? RM 100 bawa pergi market beli ikan.. 2 jari jee setel!!
Itulah sifat wang kertas. Nilainya akan susut di masa hadapat. Tak macam emas!!
1 Dinar emas (4.25gram) sudah terbukti mampu simpan nilainya. Sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi.. Sahabat nabi beli seekor kambing dengan harga 1dinar emas. Hari ini 1 dinar emas sekitar RM 1100 masih tetap boleh miliki seekor kambing. Hebat betul emas nie!!
Perbincangan sulh bagi sebutan hadanah atau hak penjagaan anak antara penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri menemui jalan buntu kerana tiada kata sepakat.
Namun menerusi perkongsian Fizi, bapa kepada Ameena Sofia ini hanya mahu anaknya diberikan hak dan kasih sayang sama rata dari ayah dan ibunya. Tambah Fizi, dia terlalu rindukan anaknya itu selepas hampir dua bulan tidak berjumpa.
“Saya sangat-sangat rindukan anak saya. Berbulan saya tak jumpa dia. Hampir dua bulan saya tak jumpa anak saya,” kata Fizi sebak.
Tambah Fizi lagi, dia enggan mengeruhkan keadaan dengan pergi ke rumah bekas isterinya kerana masih menghormati undang-undang yang ada.
“Saya tahu lokasi semua, boleh terus pergi cari anak saya tapi saya tahu negara kita punya undang-undang.
“Bukan saya boleh terus serbu. Saya boleh didakwa sebagai menceroboh dan saya rasa itu tak perlu berlaku.
“Saya yakin semua ini boleh berbincang secara aman sebab saya sayang sangat-sangat Ameena. Jadi saya tak kisah apa orang lain nak kata pada saya,” ujarnya lagi.
Bahkan kata Fizi, dia hanya mahukan anak kesayangannya itu mendapat hak yang sama rata malah tak terkurang kasih sayang dari ibu dan ayahnya.
“Saya dah pergi sekolah dia dan cikgu tak benarkan saya berjumpa dia. Banyak lagi sebenarnya tapi saya tak boleh nak beritahu di sini.
“Yang saya tahu saya cuma nakkan hak sama rata untuk anak saya. Saya tak pernah nak merebut anak saya, yang penting dia kena dapatkan kasih sayang mak dan bapak,” kata Fizi.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Menyediakan pelbagai jenis kuah muih tradisi seperti kuih lapis, rempeyek dan pelbagai lagi menu lainnya dengan menggunakan tepung beras sebagai bahan utama. Pun begitu, tahukah anda, dipasaran terdapat pelbagai jenis tepung beras dan jika terbeli yang tidak bersesuaian dengan masakan yang ingin dibuat, tidak menjadi resipi tersebut.
Ini kerana setiap logo gajah yang ada pada bungkusan tepung beras memberi panduan untuk kita membuat pilihan. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Dewi Marlyna dan semoga ianya bermanfaat untuk semua.
TIPS PILIH TEPUNG BERAS
Saya kongsikan kat sini untuk panduan bersama, ibu ibu dan bapak bapak juga.
1) Tepung beras Cap satu gajah.
Sesuai untuk menggoreng.
(goreng pisang, keledek, cempedak atau adunan gorengan ikan, sotong, ketam)
Sesuai juga untuk buat kudapan ringan (rempeyek, kuih rose, kulit pai tee, tumpi kacang hijau atau dhall)
Kandungan :
tepung beras + tepung jagung
Ciri tepung:
– Sangat Rangup.
**Brand Tepung beras cap teratai mempunyai kandungan dan ciri yang sama.
2) Tepung Beras Cap 3 Gajah
Sesuai untuk buat kuih-kuih tradisional (kuih lapis, kuih koci, apam dan jenis kuih lain )
Ciri tepung:
Menghasilkan tekstur kuih yang lembut dan berkilat.
**Tepung beras cap 2 gajah mempunyai kegunaan sama macam cap 3 gajah.
3) Tepung beras Cap 5 gajah.
Sesuai untuk buat laksa, pelbagai jenis mee dan bihun.
Kandungan tepung beras lebih padat .
Ciri tepung : kental
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.