
Siapa sahaja yang tidak suka dipuji, apatah lagi daripada suami tercinta. Pasti sahaja isteri akan berasa gembira dan terasa diri begitu dihargai oleh pasangannya. Malah tidak keterlaluan bila dikatakan apabila suami kerap puji isteri, barulah cukup ‘makanan’ jiwa seorang isteri itu.
Ini turut diakui oleh Puteri Sarah Liyana, berkongsi momen paling disukai dalam rumah tangga bersama dalam rancangan Next To Neelofa.
Menurutnya apabila mendapat pujian daripada suami membuatkan dia merasakan cukup bermakna hingga membuatkan dirinya tidak memerlukan perkara yang lain. Begitu besar impak pujian suami dalam hidupnya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Masa PKP tu memang daripada i tak berapa sangat pandai masak terus i jadi macam restoran”
“I masak kam heong, butter chicken dan itu mengajar i juga”
“Dan i suka bila dia makan, dia cakap sedap dan dia habiskan i suka sangat”
ARTIKEL BERKIATAN
“Untuk Elak Stress, Elok Dia Bekerja” Yusof Haslam Gembira Puteri Sarah Kembali Berlakon
“Anak Yang Rajin Tolong Mama” Puteri Sarah Bersyukur Anak Lelaki Jenis Ringan Tulang
Selesai Menunaikan Umrah, Puteri Sarah Bawa Anak-Anak Sambung Bercuti Ke Turki
“Rasa puas hati masak untuk suami, jadi bila kita masak dengan kasih sayang, dia puji jadi kita tak perlu benda lain dah, that made my day”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet setuju dan turut mendoakan agar Puteri Sarah terus kuat dan sabar dalam melayari bahtera rumah tangga.
Sumber : MeleTOP
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Ambil Masa Lama Tenangkan Anak Sebelum Urus Jenazah.” Sempat Salam & Cium Tangan, Suami Kongsi Momen Terakhir Bersama!

Semalam seorang jururawat dan pemandu Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP) maut manakala seorang doktor cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah lori tangki.
Kejadian jam 10 pagi semalam itu menyebabkan Mohd Zuhairi Abdullah, 35, yang memandu kenderaan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Julayha Kudus, 39, jururawat di Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, yang duduk di bahagian penumpang belakang, maut di lokasi kejadian.
Manakala Dr Muhd Ikhwan Ramlee, 29, cedera di kepala namun difahamkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Mereka yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, dilaporkan dalam perjalanan ke perkampungan Orang Asli Api Larat di Nenasi, Pekan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di sana.
Menurut Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Razli Mohd Yusof , kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tangki yang dipandu lelaki berusia 34 tahun terbabas dan masuk ke laluan bertentangan, lalu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki mangsa dari arah Pekan menghala ke Rompin.
“Lori tangki itu juga dipercayai turut melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang suri rumah bersama dua anaknya, menyebabkan Myvi itu terbabas ke bahu jalan.
Mohd Razli berkata pemandu Myvi yang berusia 41 tahun dan anak perempuan berusia lima tahun bagaimanapun hanya cedera ringan dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nenasi, Pekan manakala seorang lagi anaknya yang berusia 12 tahun tidak cedera.
Pemandu lori tangki yang berasal dari Mersing, Johor juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, suami Julayha, Asmawi Yusoff, 45, berkata, dia sempat melihat jenazah isterinya terbaring di bahu jalan, selepas dihantar rakannya ke lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh suami kepada rakan isterinya itu.
Dia yang merupakan tenaga pengajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, turut mengikut kenderaan yang membawa jenazah ke Hospital Pekan sebelum pulang ke rumah, untuk memberitahu berita sedih itu kepada empat anak mereka yang berusia antara lima hingga 14 tahun.
“Saya mengambil masa agak lama di rumah untuk menenangkan anak-anak, sebelum kembali ke hospital bagi menguruskan jenazah. Saya tidak menyangka pagi tadi adalah kali terakhir isteri bersalam dan mencium tangan saya, yang menjadi rutin arwah sebelum keluar bekerja, katanya.
Sementara itu, isteri Mohd Zuhairi Abdullah memberitahu, pesanan WhatsApp dihantar tidak berbalas terungkai selepas menerima panggilan telefon memaklumkan suaminya maut.
Nor Hayati, 35, yang merupakan suri rumah berkata, dia menghantar pesanan itu pada 10 pagi bagi memaklumkan perihal anak-anak yang menjadi rutin harian mereka berdua ketika suaminya keluar bekerja.
“Saya menganggap suami tidak membalas kerana sedang memandu, memandangkan dia beritahu akan ke Tanjung Batu ketika keluar rumah pada 7 pagi. Sekitar 11 pagi, adik ipar telefon memberitahu suami meninggal kemalangan.
“Saya tidak percaya dan cuba menghubungi telefonnya namun langsung tidak berdering. Tak lama kemudian, seorang lagi kawan suami menyampaikan berita sedih itu, untuk kali kedua,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pekan di sini.
Nor Hayati berkata, suaminya sudah 10 tahun bertugas di Pekan selepas berpindah dari Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands pada 2010 dan mereka mempunyai empat orang anak berusia antara dua hingga sembilan tahun.
Mohd Zuhairi juga menurut Nor Hayati, ada menyuarakan hasrat untuk pulang ke kampung sebelah isterinya itu di Terengganu, kerana sudah lama mereka tidak berjumpa dengan ahli keluarganya sejak negeri itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 November lalu.
Credit photo : Mohd Faizol Abdul Aziz | Bernama & Ebit Lew Supporters
Botulism Keracunan Paling Ditakuti? Pakar Kimia Ini Kongsi Info, Ramai Yang Tak Tahu.

Keracunan makanan adalah penyakit yang disebabkan oleh makan-makanan yang tercemar.
Ia tidak dianggap sebagai penyakit yang serius dan kebanyakan orang yang mengalaminya, biasanya akan pulih dalam masa beberapa hari tanpa rawatan.
Menurut Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim Botulism adalah keracunan yang berpunca daripada pencemar makanan yang paling digeruni iaitu kuman aka bakteria Clostridium botulinum.
Gejala awal dijangkiti kuman ini adalah muntah, ceret birit atau sembelit, pembengkakan abdomen, keletihan dan lemah.
Gejala diikuti pula dengan vertigo, kabur pandangan, kering mulut, kesukaran menelan dan bercakap, lemah leher dan tangan, dan akhirnya sukar untuk bernafas, fasa di mana toksin telah dihasilkan.
Gelaja ini biasanya akan mula kelihatan setelah 12-36 jam (minimum) atau 4 jam-8 hari (maksimum) selepas terdedah dengan kuman. Sebenarnya kejadian jangkitan kuman Clostridium botulinum ini rendah jika dibandingkan kuman punca keracunan makanan yang lain, namun kadar kematian adalah tinggi sekiranya lambat dikesan atau dikenalpasti, dan lambat pula mendapat rawatan antitoksin dan bantuan pernafasan.
Ada beberapa perkara yang perlu kita tahu mengenai bakteria yang memggerunkan ini:
1) Bakteria ini hanya boleh hidup dan membiak dalam persekitaran rendah atau tanpa oksigen (anaerobic bacterium). Dalam persekitaran biasa, ianya tidak boleh hidup.
2) Bakteria ini hanya boleh hidup dan membiak pada makanan yang mempunyai pH lebih tinggi dari 4.6 (kurang berasid).
3) Bakteria ini boleh menghasilkan bahan kimia protein neurotoksin botulinum yang bahaya kepada sistem saraf dan boleh menyebabkan kematian.
4) Toksin botulinum yang telah terhasil tetap wujud walaupun bakteria ini tidak lagi hidup dalam persekitaran oksigen dan rendah pH.
5) Toksin yang sudah terhasil boleh termusnah dengan suhu 85 degree Celsius. Maksudnya suhu mendidih mampu memusnahkan bahan kimia toksin.
6) Suhu mendidih biasa (walaupun dilakukan selama beberapa jam) tidak mampu memusnahkan spora bakteria ini. Namun suhu tinggi yang digunakan dalam proses pengetinan kormesial mampu memusnahkannya.
Ya, ketahuilah spora bakteria ini boleh tahan suhu mendidih, boleh tersebar melalui udara dan boleh bercambah dan membiak dalam persekitaran yang bersesuaian. Kebiasaannya kes keracunan oleh bakteria Clostridium botulinum adalah disebabkan penyediaan dan pengendalian makanan yang tidak bersih. Spora bakteria ini boleh wujud di persekitaran kita termasuklah tanah, sungai dan air laut.
Spora yang mencemari produk makanan akan bercambah lalu menghasilkan toksin apabila berada dalam keadaan yang kondusif iaitu rendah kandungan oksigen, suhu bersesuaian dan kurang/ tiada bahan pengawet. Contoh makanan siap masak dibotol/ ditin atau difermentasi yang dihasilkan sendiri di rumah tanpa kemahiran, pengendalian, pengawasan bersih dan rapi.
Disamping itu, spora ini juga boleh menyebabkan jangkitan pada luka, usus dan saluran pernafasan. Jangkitan spora melalui saluran pernafasan adalah mustahil kecuali melalui semburan (aerosol) atau sengaja disedut (bioterrorism). Jangkitan melalui luka yang terbuka atau kulit boleh berlaku melalui pencemaran peralatan, penyalahgunaan dadah atau kesilapan dalam suntikan Botox (botulinum neurotoxin type A).
Spora yang termakan oleh bayi boleh bercambah menjadi bakteria, membiak dan menghasilkan toksin di dalam usus. Namun untuk bayi berusia lebih daripada 6 bulan, kanak-kanak dan individu dewasa, umumnya jangkitan usus tidak akan berlaku kerana kematangan lapisan usus yang menghalang proses percambahan spora daripada berlaku.
Kesimpulannya, untuk mengelakkan kesan jangkitan kuman Clostridium botulinum;
- Pastikan pengendalian makanan yang teliti dan bersih terutamanya makanan siap masak yang disimpan lama.
- Gunakan kaedah retot yang betul. Pastikan makanan dijeruk cukup bahan asid atau garam untuk mengelakkan pertumbuhan kuman ini dan simpan di dalam peti sejuk setelah dibuka.
- Elakkan memberikan apa-apa jenis makanan/ minuman (walaupun telah dididihkan) kepada bayi berusia kurang 6 bulan. Disebabkan kekerapan punca kes jangkitan, makanan seperti madu tidak digalakkan diberikan kepada bayi berumur kurang setahun.
- Elakkan suntikan Botox daripada perawat yang tidak bertauliah.
Semoga bermanfaat
Sumber: ChM Dr Fatimah Salim
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Ni Hasil Titik Peluh Kita, Struggle Siang Malam.” Mawar Rashid Terharu, Suami Hadiah Rumah Idaman Sempena Anjiversary Ke-4!

Sempena ulang tahun perkahwinan keempat, Mawar Rashid dikejutkan dengan hadiah yang diimpikan selama ini. Isteri kesayangan Raf Yaakob ini menerima sebuah rumah baru yang menjadi idamannya sejak dahulu lagi.
Lebih membahagiakan apabila hadiah itu datangnya dari hasil titik peluh mereka dalam industri hiburan mahupun perniagaan selama ini.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri itu Wan Abdul Rashid berkongsi kegembiraan tersebut di laman instagramnya semalam.
Dalam perkongsian tersebut, Mawar memuat naik satu video yang menunjukkan dia dibawa oleh suaminya ke sebuah rumah dan turut dihadiahkan sejambak bunga.
Happy 4th anniversary aaaabang 🤍
Thank you buat surprise kat Anje. Tak pernah terfikir abg akan buat surprise macam ni. Sgt2 meaningful 😭 Ada hikmah rumah yg dulu bukan rezeki kita, Anje lagi happy dapat beli rumah yg ni sebenarnya sebab rumah ni hasil titik peluh kita berdua. Kita je faham betapa struggle nya kita, keje siang malam, ups & down kita, struggle nk bahagikan masa lagi, struggle benda lain lagi🥺 tapi Syukur Alhamdulillah impian kita dah tercapai nak rumah idaman kitee ❤️
Menurut ibu kepada sepasang cahaya mata ini, kejutan tersebut mengingatkan dirinya tatkala dilamar suami pada 2017 dalam suasana penuh romantis dimana Raf melutut sambil menghulurkan sebentuk cincin.
Anje appreciate sgt effort abang. Thank you abg buat Anje happy sgt2. Kenangan yg Anje tak kan lupa. Abg ni romantic betul dari dulu sampai sekarang tak brubah. Anje mcm biasa la. Akan speechless sebab terkejut plus happy. Dulu tu masa propose mmg la sweet tapi Anje cam tak de perasaan sgt, dia cam blur2 sbb baru kenal abg beberapa bulan kn.
Tapi surprise yg ni perasaan Anje tak macam dulu, sekrang ni dia cam feeling lebih sikit, cepat tersentuh sebab dah makin kenal abang, dah makin sayang abg.. kita pun dah go through macam2 together..
I just want you to know that I Love you so much and I wanna grow old with you. Thank you sbb sentiasa nak jadi suami, ayah dan insan yang terbaik to all of us ⚜️❤️⚜️
@rafyaakob
Sumber: mawarashid
ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club