Memang benarlah peribahasa ini, guru umpama lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain. Tular di media sosial perkongsian oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh didakwa berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat gara-gara lantang menyuarakan masalah sistem pendidikan termasuk isu beg berat dan silibus matematik.

Perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh semalam telah mendapat lebih 200K likes lebih dari 85K menunjukkan betapa rakyat selama ini turut bersetuju usahanya.

Namun siapakan Cikgu Mohd Fadli Salleh ini yang berani bersuara lantang menyatakan hasratnya mengenai sistem pendidikan di negara ini.

Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

SIAPA CIKGU MOHD FADLI SALLEH

Bukan Calang-Calang Cikgu Mohd Fadli Salleh, Tidak Pernah Berkira Buat Kebajikan

1. Gemar berkongsi kisah hidup dan murid-muridnya di media sosial
2. Membantu murid daripada golongan kurang berkemampuan dengan mewujudkan dana
3. Miliki akaun Telegram lebih 100K ahli, akaun TikTok lebih 30K pengikut dan Facebook lebih 600K pengikut
4. Gemar juga memberikan cara pengiraan untuk subjek Matematik secara percuma dan mudah dalam bentuk tulisan dan video kepada anak-anak. Tanpa ada sebarang kepentingan diri.

Artikel popular: Remaja Ini Raih Perhatian Mahasiswa di Univesiti Malaya,Tak Sangka Rupanya Ini Sebabnya.

Atikel popular: Pernah Curi Motorsikal, Pelajar Juvana Ni Tak Sangka Dapat 8A, Tekad Berubah Demi Keluarga

ANAK BEKAS PENGETUA

Merupakan anak kepada mantan Pengetua Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengetua SMK Hamzah dan Pengetua SMK Tok Janggut . Patutlah semangat jati diri tinggi dalam diri Cikgu Mohd Fadli Salleh.

Ads

 

SALAH SATU PERKONGSIAN YANG MERUNTUN JIWA YANG PERNAH DIPAPARKAN DI MEDIA SOSIAL SEBELUM INI-BANTUAN KASUT KEPADA MURID 

Artikel berkaitan: “Harap Awak Akan Ingat Kejadian Hari Ini. Ada Orang Yang Tiada Hubungan Persaudaraan Dengan Kamu Datang Membantu.” Cikgu Mohd Fadli Salleh

Bukan Calang-Calang Cikgu Mohd Fadli Salleh, Tidak Pernah Berkira Buat Kebajikan

“Awak mungkin lupakan cikgu suatu hari nanti. Awak mungkin lupa wajah cikgu. Mungkin lupa nama cikgu.

“Namun cikgu harap awak akan ingat kejadian hari ini. Kejadian di mana ada orang yang tiada hubungan persaudaraan dengan kamu datang membantu.

“Cikgu sangat berharap kamu sentiasa ingat ada seseorang yang tidak melupakan awak disaat awak dan keluarga awak dalam kesusahan.

Ads

“Awak mungkin seorang anak yatim pada hari ini, awak mungkin dari keluarga miskin hari ini, dan bila awak besar esok, beribu-ribu kanak-kanak senasib dengan awak diluar sana.

“Awak bantulah mereka seperti mana awak dibantu hari ini. Bantu apa sahaja. Jika pun tidak kaya, bantu dengan tenaga. Bantu mengelap air mata.

“Kita hidup tidak lama. Dan hidup ini bukan hanya berkisar tentang kita.

“Jangan biarkan kitaran peduli seperti ini terhenti. Jangan biarkan putaran kebaikan seperti ini mati.

“Jangan biarkan!

Bukan Calang-Calang Cikgu Mohd Fadli Salleh, Tidak Pernah Berkira Buat Kebajikan

“Cikgu tak marah jika kamu lupa cikgu suatu hari nanti. Namun cikgu sangat marah jika kamu hentikan kitaran kecaknaan ini!”

“Itulah antara bait kata yang sering aku tuturkan pada murid bila aku kumpulkan mereka untuk serahkan bantuan dan sumbangan yang kawan-kawan kirimkan. Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Ads

SURAT DARI KPM

Didakwa berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat gara-gara lantang menyuarakan masalah sistem pendidikan.

Nyata, dia berjuang untuk anak-anak murid, para guru seperjuangan serta generasi yang bakal menjadi pemimpin di masa akan datang. Semoga terus istiqomah.

Sumber: FB Mohd Fadli Salleh

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Bukan Calang-Calang Cikgu Mohd Fadli Salleh, Tidak Pernah Berkira Buat Kebajikan

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Bukan Calang-Calang Cikgu Mohd Fadli Salleh, Tidak Pernah Berkira Buat Kebajikan

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI