Setiap kali kita memasak pasti kita akan terus membersihkan dapur yang berkecah teruk. Kesan tumisan minyak yang memercik bukan hanya dipermukaan dapur malah dinding dapur juga turut terkena.
Biasanya kita akan mengelap dengan kain pengelap dan barulah membersihnya dengan span dan sabun bagi menghilangkan minyak hingga bersih.
Pun begitu, kotoran sebenarnya masih lagi tertinggal. Walaupun nampak bersih namun dapur kita tidaklah berkilat dan cantik seperti baru.
Petua yang dikongsikan oleh Rohaslizawati Ibrahim di facebook ternyata sangat hebat. Dengan hanya gunakan ubat gigi, dapur gasnya tampil berkilat seperti baru. Hebat!
Nak kongsi cara saya bersih dan kilatkan dapur gas guna ubat gigi. Daki kat celah-celah semua hilang.
Langkahnya:
1. Sapu ubat gigi di permukaan dan celah-celah dapur.
2. Kemudian gosok guna tuala atau tisu lembab.
3. Kalau tempat yang degil tu letak banyak sikit ubat gigi.
4. Bila dah siap, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.
5. Bila dah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering. Siap!
Dah kilat rasa sayang pulak nak masak??
Hebat kan? Paling penting tak gunakan kos yang banyak. Ambil sedikit ubat gigi yang ada di rumah dan cuba bersihkan dapur kita. Senang saja!
Kredit: Rohaslizawati Ibrahim via Deco Ruang Dapur
Ini 10 Amalan Mudah 10 Malam Terakhir Ramadan. Kena Tahu.
Tidak lama lagi kita akan memasuki 10 malam terakhir Ramadan. Terdapat amalan-amalan yang digalakkan kita laksanakan pada 10 malam terakhir ini. Ikuti perkongsian wanita ini moga jadi panduan bersama.
10 Amalan Mudah Untuk Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadan!
#No1 Tunaikan solat fardhu pada awal waktu dan secara berjemaah.
Buat 6 langkah ini juga:
+ Sebelum Subuh = Solat taubat, solat tahajud dan solat hajat.
+ Selepas azan Subuh = Solat sunat subuh, ganjaran sebesar dunia dan seisinya.
+ Lepas Subuh = Baca surah Yassin InshaaAllah di makbulkan segala hajat.
+ Waktu Dhuha = Solat Dhuha dan doa Dhuha, kunci pembukaan pintu rezeki.
+ Selepas solat Asar = Baca surah Al-Waqiah, menurunkan rezeki melimpah ruah.
+ Di antara Magrib dan Isyak = Baca surah Al-Mulk untuk pembukaan rezeki.
#No2 Laksanakan solat tarawih dan qiyammullail pada setiap malam. Kalau jatuh pada malam lailatur qadar, bermakna seolah-olah kita telah solat setiap hari selama 84 tahun!
#No3 Bersedekah walaupun RM1 pada setiap malam. Sebab kalau jatuh pada malam lailatur qadar, bermakna seolah-olah kita telah bersedekah setiap hari selama 84 tahun!
#No4 Membaca Al-Quran walaupun 1 muka surat setiap malam.
Baca juga Surah Al-Ikhlas 3 kali sebelum tidur, kalau jatuh pada malam lailatur qadar, bermana seolah-olah kita telah membaca seluruh Al-Quran setiap hari selama 84 tahun!
#No5 Berbuat baik & banyakkan khidmat bakti kepada ibu bapa, suami isteri dan anak-anak.
#No6 Banyakkan berzikir, beristighfar dan berdoa. Nak paling mudah baca zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebanyak 33x. Sebab ini la zikir yang kita boleh istiqamah dan untuk penguat semangat.
#No7 Baca sepanjang masa doa ini:
اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ
“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku.”
#No8 Banyakkan bertenang dan jauhkan diri dari sebarang pergaduhan. Ingat orang yang tenang sentiasa menang.
#No9 Banyakkan berdoa semoga Allah terima amal ibadah yang kita lakukan. Terutama 30 minit doa sebelum nak berbuka puasa.
#No10 Jauhkan diri daripada sifat riak dengan amalan yang telah kita lakukan. Doa begini,
‘Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk melaksanakan ibadah sebaik mungkin untuk-Mu khususnya pada penghujung Ramadan yang mulia dan terimalah segala amalan kami’
Rebutlah peluang di 10 malam terakhir Ramadhan ni. Di doakan agar kita semua beroleh #LailaturQadar dan dapat ganjaran pahala dari Allah swt.
10 malam terakhir ni sekejap je, kan? Jom mulakan dari sekarang!
Selamat beramal.
Sumber: Nur Aliah Mohd Nor
“Sweetnya, Baju Soft. Sesuai Dengan Tuan Badan.” Majlis Resepsi Mira Filzah & Suami, Warganet Puji Cantik & Sepadan!
Bertemakan ‘garden wedding’ atau taman bunga, Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar hari ini tampil manis sedondon dalam persalinan biru lembut rekaan pereka fesyen terkenal tempatan, Rico Rinaldi.
Pasangan sama cantik sama padan itu kelihatan ceria menyambut kehadiran tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak dalam majlis resepsi kedua mereka yang berlangsung di A-Park Puchong pagi tadi.
Mira Filzah sah bergelar isteri kepada Wan Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.
Majlis akad nikah berlangsung pada khamis malam minggu lepas manakala majlis resepsi pertama pada Jumaat lalu.
Siapa sangka, melalui mesej langsung (DM) berunsur kerohanian yang dilayang tetapi tidak dilayan Mira pada mulanya, membawa pasangan merpati dua sejoli ini ke gerbang perkahwinan.
Bertemu buat kali pertama, Oktober lalu, akhirnya, selepas dua bulan mengenali hati budi, Mira dan Emir memilih malam ini untuk disatukan sebagai suami isteri.
Disember lalu, Emir menghantar rombongan keluarga untuk merisik pelakon Pujaan Hati Kanda itu sebagai suri hidupnya.
Jom kita cuci mata melihat majlis resepsi pasangan ini . Dari pemilihan busana, lokasi dan tema, sememangnya majlis Mira dan Emir ini layak dianggap wedding of the year. Tahniah sekali lagi pada pasangan sama cantik sama padan ini. Moga kekal hingga ke jannah.
Sumber: tv3malaysia
Pernah Setahun Hidup Tanpa Gaji RM40 Ribu Sebulan, Pilot Ini Kongsi Saat Sukar Dan Bangkit Semula!
Pernah Setahun Hidup Tanpa Gaji RM40 Ribu Sebulan, Pilot Ini Kongsi Saat Sukar Dan Bangkit Semula!
Benar bagai dikata, hidup ini bagaikan putaran sebuah roda, Ada kala kita di atas, ada kala di bawah. Begitulah yang dilalui oleh seorang ketua keluarga ini apabila kehilangan pekerjaan ketika melalui saat getir dalam hidupnya.
Menerusi perkongsian saudara Gazze Azri sekitar penghujung tahun lepas harus dijadikan iktibar, bahawa segala kesulitan itu harus dilalui dengan tabah. Setiap ujian yang datang itu menjadikan diri selalu redha dan bersyukur.
Ikuti perkongsiannya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Hidup memang macam roda.
Aku lahir anak orang kaya. Ayah kerja pengurus di sebuah syarikat perladangan yang terkemuka di Pahang. Kalau travel, setakat naik kapal terbang tu biasa. Tahun awal 90-an, orang kaya je mampu.
1997, ekonomi meleset. Ayah terpalit sama. Terkejut juga. Semua kena jual, sampaikan kami 9 anak-beranak terpaksa tidur di kantin sekolah. Nasib baik Mak berniaga di situ. Dapat tumpang berteduh.
Cara nak pusing balik roda kehidupan adalah dengan education. Walaupun aku belajar tak adalah pandai sangat, dapatlah juga beberapa A setiap kali exam. Alhamdulillah, sempat la merasa buat preparation untuk ke luar negara. Dan rezeki aku, diterima jadi Kadet Pilot MAS.
Lepas jadi Pilot, roda aku di atas. Gaji besar. Hidup banyak berubah. Itu ini dapat beli. Biasalah, T20 kan. Paling tinggi gaji pernah aku dapat? Hampir RM40 ribu.
Baru masuk 30an, duit banyak tu. Asyuk.
Sekarang, roda dah pun ke depan sikit. Sekelip mata saja boleh hilang semua. Bulan depan cukup setahun aku hidup tanpa gaji. Susah balik.
IKTIBAR UJIAN YANG DATANG
Sepanjang semua ni berlaku, aku dah makin faham beberapa perkara :
1. Allah atur baik.
Dia uji pada tahap kita boleh terima. Tak payah persoalkan, tapi kita kena hayati. Apa kurang atau salah pernah dibuat. Dia nak kita terus sujud dan rapat dengan-Nya.
2. Kuatkan tali ukhwah.
Kita ada ibu bapa. Ada juga adik-beradik. Keluarga dulu. Apa jua jadi, keluarga susah nak tinggalkan kita.
Kalau kawan atau orang luar, sense of attachment tu kurang. Kita ditinggalkan sebab tak ada common things to do together. Yelah, dulu kau ada duit nak main golf, sekarang takkanlah dia nak payung setiap kali nak turun padang, kan?
3. Susun kewangan.
6 bulan? Sembang senang. Aku dah kena hampir setahun. Kalau tak baik, berlarutan lagi. Jadi, simpanlah cash reserve setinggi gunung.
Jika ada duit lebih, hidup di bawah kemampuan. Biarkan apa orang nak kata. Kita tetap hensem kalau tak layan dia.
4. Proaktif.
Jangan terlalu down.
Jangan fokus dekat susah dan kegagalan tu. Buat sesuatu. Buat yang mudah dulu. Kalau tak pandai berniaga, jual barang orang. Tak payah nak keluarkan semua duit yang ada nak jadikan modal bisnes. Nanti apa-apa jadi, masak.
5. Mentor.
Kalau nak melompat ke bidang baru, jangan terus terjun. Cari mentor. Cari orang yang sudi guide.
Berkuli.
Dia kata itu, kita follow. Dia suruh buat ini, dengar. Dia dah mahir sangat dengan bisnes tu. Kita ikut rapat.
Apa-apa pun, positiflah. Bukan positif Kobid. Minda tu.
Setiap yang berlaku, ada hikmah. Dan tak akan bersifat permanent. Esok lusa akan back to normal.
Jangan risau lah.
Ok, aku nak sambung kerja. Tengah busy renovate rumah di Tropicana Aman. Takat berdebu, kotor, peluh, gali, pecah, aku redah.
Enjoy every moments.
Layanss.
Sumber: Captain Gazze Azri.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club