Setiap ibu bapa pasti akan berasa bangga dan gembira melihat anak mereka berjaya menamatkan pengajian di menara gading. Betapa rasa syukur itu hingga sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

Seakan segala penat jerih membesarkan anak dengan berkorban masa dan tenaga selama ini terbalas sudah.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Apatah lagi bila memikirkan kos pembiayaan melanjutkan pelajaran di universiti swasta, nyata bukan sikit jumlahnya.  Namun sebagai ibu bapa akan kita usahakan mencukupkan keperluan demi masa depan anak-anak.

Lantaran itu, apabila melihat anak tamat belajar dan diraikan di majlis konvokesyen dengan mengenakan jubah konvo sambil menggenggam segulung ijazah adalah momen yang  cukup bermakna di hati ibu dan ayah.

ARTIKEL BERKAITAN : “Anak Kami Memang Suka Besiap!”- Che Ta Luah Rasa Pada Netizen Yang Tak Puas Hati!

Begitulah juga yang cuba dikongsikan oleh pelakon dan usahawan Rozita Che Wan di akaun instagramnya apabila anak lelakinya Aniq Ezra berjaya menamatkan pengajian di Taylor’s University baru-baru ini.

Ads

“Berbaloi La Mak Hang Berkepak Caqi Duit..”- Che Ta Syukur Anak Dapat Dua Ijazah!

“Berbaloi la mak hang berkepak caqi duit nak bayaq fees Taylor’s University … bukan sikit-sikit duit chek oiiii ..

“Tapi syukur Alhamduliilah , dengan izin Allah swt double degree dalam tangan🤲

“Dear @aniqezra I hope you will continue working hard to make yourself a completely successful man. Btw enjoy ur trip 🤗,” Kongsi Cik Ta meluahkan rasa gembiranya melihat kejayaan anaknya itu.

Meninjau di ruangan komen, peminat Cik Ta turut mengucapkan tahniah dan tumpang gembira di atas kejayaan anak keduanya itu. Malah tidak kurang juga yang menyakat dengan memberi komen mengatakan dua beranak ini ibarat kakak dan adik, betapa Che Ta begitu nampak muda dan bergaya.

Ads

“Berbaloi La Mak Hang Berkepak Caqi Duit..”- Che Ta Syukur Anak Dapat Dua Ijazah!

 

“Syukur Alhamdulillah. Tahniah ibu dan anak! Mcm kakak dan adik dah ni. wowww sgt Che Ta! ❤️❤️❤️.”

“Impian setiap ibu…anak membesar dgn baik…ada pejalaran…ada ilmu dunia akhirat ..bestnyaaa anak dah besar huhu”

“Tahniahhhh anak2 cheta semua pandai2.”

Ads

“Amboi outfit cheta. Terpelanting naib chancellor 😍”

‘Mak pon segakk kemainn mcm p tgk adikk knvoo jaaa . hahaaha.”

 

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Berbaloi La Mak Hang Berkepak Caqi Duit..”- Che Ta Syukur Anak Dapat Dua Ijazah!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI