Tak dapat bayangkan anak yang dikandung selama 9 bulan dapat ditatap dan disayang selama 15 bulan sahaja sebelum pergi menghadap Illahi buat selama-lamanya…
Itulah yang berlaku pada pasangan suami isteri yang kehilangan bayi perempuan mereka yang meninggal dunia setelah ditemukan tidak sedarkan diri dengan kepala dan lehernya terjerut pada kain buaian dikatakan sebelum ini tidak pernah tidur dalam buaian di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan di semalam (22 Februari 2022).
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata bayi tersebut, disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang oleh doktor yang bertugas di Klinik Kesihatan Sendayan selepas pengasuhnya mendapati dia gagal bernafas.
Nanda berkata, hasil siasatan awal mendapati selepas bayi itu diberikan susu pada pukul 12.30 tengah hari mangsa telah ditidurkan dalam buaian di sebuah bilik bersama dua kanak-kanak lain.
Pengasuh Sempat Buat PCR Sebelum Ke Klinik
“Selepas itu pengasuh telah keluar dari bilik pada pukul 2 petang untuk tujuan tugasan lain kemudiannya pada 3 petang pengasuh telah masuk semula ke bilik dan mendapati bayi itu dalam keadaan kepala tersangkut pada kain buaian.
“Pengasuh terus mengambil bayi itu dari buaian dan menjalankan ujian proses bantuan pernafasan (CPR), tetapi dia gagal bernafas semula dan terus membawanya ke Klinik Kesihatan Sendayan pada pukul 3.45 petang sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.
Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk tindakan lanjut.
Ads
Sementara itu, bapanya, Yuseri Yusoff, 39, berkata, anak bongsunya, Nour Rania Asyifaa Yuseri, berada dalam keadaan baik sebelum dihantar ke rumah pengasuh pada pagi hari kejadian semalam.
“Sebelum ini, anak saya tidak pernah tidur dalam buaian tapi ketika kejadian pengasuh letakkan dalam buaian kerana dia susah hendak tidur.
Ujian Buat Mereka Untuk Kali Kedua
Ads
Kejadian itu menjadi ujian berganda kepada pasangan berkenaan apabila pernah kehilangan anak kedua mereka ketika masih bayi pada 2020.
Yuseri berkata, dia menghantar anaknya ke pusat jagaan berkenaan sejak setahun lalu malah anak sulung berusia tujuh tahun juga pernah dihantar ke pusat jagaan sama sebelum ini.
“Saya terima kejadian ini kerana perkara sudah berlaku, yang selebihnya saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
“Pihak pusat jagaan ada meminta maaf kepada kami sekeluarga atas kejadian ini dan difahamkan pihak polis ada merakamkan percakapan ibu bapa lain yang menghantar anak ke pusat jagaan itu,” katanya.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Minggu depan bermulah persekolahan buat anak-anak setelah sekian lama bercuti. Pastinya ibu-ibu pun ligat sekali untuk memastikan keperluan anak disediakan dengan lengkap termasuk gosok baju dan alatan persekolah. Malah kebanyakan buku teks sekolah juga perlu dibalut bagi memastikan kemas dan tidak terkoyak.
Namun, perkara yang paling penting adalah penyusunan buku teks supaya tidak tertinggal. Bagi mereka yang anak baru memasuki darjah satu pastinya memerlukan ibu bapa menyusun buku mengikut jadual. Bagaimanapun, ada juga kes tertinggal buku teks walaupun hari-hari anda menyusun buku. Mahu kelam kabut juga kan.
Melalui perkongsian Puan Aliffa Rafini Abdullah memberikan tip mengguruskan penyusunan buku sekolah secara sistematik dengan mudah dengan menggunakan sticker dan fail. Kos yang dikeluarkan pun murah untuk digunakan selama setahun. Confirm tak tertinggal buku!
Kebanyakan kaum ibu yang mempunyai anak-anak yang baru memasuki alam persekolahan pasti ada mengalami situasi begini setiap hari:
“Mana buku subjek Matematik, Bahasa Malaysia? Buku latihan yang satu lagi tu mana?”
Di sini saya nak berkongsi tips cara pengurusan yang sistematik, baik untuk anak-anak dan baik untuk ibu bapa. Ye la, dapat elak penyakit darah tinggi kan?
Setiap buku matapelajaran akan dimasukkan ke dalam satu fail khas untuk semua subjek.
Ini Caranya:
Nak Elak Tertinggal Buku Sekolah
Tujuannya untuk elak kes terlupa buku teks, buku latihan atau nota. Untuk nampak lebih kemas, saya tampalkan “sticker” jadual di bahagian tepi. Biasa la perempuan kan, takkan pandai make-up muka sendiri je nak nampak cantik. Hehe.
Cara ini akan memudahkan anak saya, Armand Hadeef Hafizul Hakim mengemas sendiri buku-buku di sekolah di rak buku selepas di gunakan.
Kalau ada buku tidak ada dalam fail, dia akan cari kerana mungkin ada kawan-kawan terambil buku di kelas. Impaknya, tidak ada masalah kehilangan atau tertinggal buku di sekolah.
Mudah Semak kerja sekolah anak
Setiap kali balik sekolah, saya akan buka fail dan semak ada kerja rumah atau tidak. Ataupun kalau cikgu subjek ada beri notis, mudah untuk saya tahu aktiviti yang dijadualkan.
Selain sistematik, ia juga mengelak buku anak saya daripada basah. Biasalah budak darjah 1. Kadang-kadang air tertumpah di dalam beg atau apabila terkena hujan, buku tidak basah.
Kos bajet
Harga fail ni murah je. Saya beli di kedai “SuperSave” dan Mr. DIY. Anak lelaki saya ni awal dah warning, tak nak ada gambar kartun Frozen. Pandai pula ada rasa malu. Hehe.
Kepada ibu bapa, semoga bermanfaat. Beritahu pasangan, mana tahu cara ni dapat bantu kalian kurangkan masalah kena hantar buku ke sekolah sebab terlupa. Tolong share ye, terima kasih!
Jika ada banyak nyamuk di bilik anda, bolehlah cuba tip ini . Cepat, mudah dan murah. Tak perlu guna penyembur atau pun lemas dalam asap ubat nyamuk dan anda akan nampak kesannya.
Tip ini telah dikongsi dalam satu forum di laman sosial caranya hanya menggunakan air dan juga cecair pencuci pinggan.
Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan.
1. Letak sedikit air dalam pinggan putih dan tuang beberapa titisan cecair pencuci pinggan (Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat).
2. Kemudian, letakkan pinggan berisi cecair ini di luar rumah untuk elak nyamuk masuk. Nyamuk akan berkerumun di situ dan akan mati selepas terkena cecair ini dalam lingkungan tiga meter dari pinggan itu. Letakkan juga di dalam rumah di bahagian dapur atau ruang tamu untuk tujuan yang sama.
3. Berkesan dan jimat kerana hanya menggunakan bahan yang sedia ada dalam rumah. Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu mengawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekitar rumah anda terutamanya tempat-tempat yang ada wabak denggi.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasangan personaliti media sosial, Duriankimchi, berkongsi berita gembira apabila bakal bergelar ibu dan ayah tak lama lagi.
Maryam dalam satu perkongsian di instagram mendedahkan dia dan suami bakal menerima cahaya mata tidak lama lagi.
Menurut Maryam, dia kini sedang hamil 3 bulan. Tambahnya, berita kehamilan ini merupakan anugerah yang paling berharga dalam hidup mereka setelah dua tahun menanti.
Maryam Hamil 3 Bulan!
Syukur Alhamdulillah, Akhirnya Ryzal dan Maryam bakal menimang cahaya mata setelah 2 tahun kami bernikah.
Terima kasih Allah atas anugerah yang paling berharga dalam hidup kami.
Duriankimchi Junior bakal menyusul 😅 Kami akan update dari masa ke semasa setelah buat pemeriksaan nanti.
Maryam membuat kejutan khas buat suaminya, Ryzal. Walaupun gembira, Ryzal mengatakan hanya akan percaya apabila melihat bukti pada ujian kehamilan tersebut.
maryam: Abang awak dah jadi ayah. Betul lah.
Ryzal: Ini serius, macam mana sayang tahu.
Maryam: Semalam sayang buat ‘pregnancy test’. Saya cuba periksa di rumah. Tapi sayang mula-mula was-was sikit. Sebab garis tersebut pula ada dua. Garis yang lagi satu terlalu pudar. Saya hantar video dekat kawan-kawan saya. Mereka cakap, mereka pasti saya mengandung. Ini bukan prank abang. Mereka ada pengalaman, saya cuma hantar gambar. Semua orang kalau video macam ni akan menangis, kenapa abang tak menangis. Kenapa abang tak percaya. Saya akan tunjuk video dan mesej dekat rumah.
Demikian antara perbualan pasangan ini di dalam kereta apabila Maryam cuba membuat ‘surprise’ namun suaminya masih dalam situasi nak percaya atau tak. Lucu dan comel betul pasangan ini.
Sebelum ini, viral apabila pelakon veteran, Fauziah Nawi menegur bentuk tubuh Maryam dan mengatakan seperti sedang berbadan dua dalam sebuah program.
Dalam pada itu, Maryam sudah mengesahkan dirinya benar-benar hamil setelah melakukan pemeriksaan secara rasmi.
ainazamzayyanizaeemReaksi @ryzalibrhm sama mcm suami sy masa sy umum pregnant dulu..suami ingt main2 sekali pergi scan nk confirm terus happy siap doc n pembantu klinik semua happy..
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.