Sebagaimana semua maklum, baru-baru ini penyampai radio dan pelakon Sharifah Shahirah telah menerima menantu sulung selepas anaknya Allisya Tahir selamat diijab kabul dengan pilihan hatinya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pun begitu, beberapa hari yang lalu Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera memuat naik sebuah rakaman video memaparkan suaminya, Ijoy bersama menantunya sedang gigih berusaha memasukkan sebuah kotak bersaiz besar ke dalam kereta.
Difahamkan, anak perempuannya baru sahaja membeli sebuah televisyen untuk dibawa pulang ke rumah baru mereka di Pulau Tioman. Namun, disebabkan saiznya yang agak besar dan panjang, jadi agak sukar untuk mereka memasukkan kotak tersebut ke dalam kereta.
Dalam pada itu, situasi bertukar lucu apabila secara tiba-tiba Shiera datang menyertai usaha tersebut. Dia dilihat sibuk memberi arahan dan bersungguh-sungguh mahu kotak yang berisi televisyen itu berjaya dimuatkan dalam kereta menantunya itu. Manakala anak perempuannya yang merakam situasi tersebut tergelak dengan gelagat ibu, bapa dan suaminya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat aksi seisi keluarga berkenaan. Selain itu, masing-masing turut berkongsi pengalaman sama terpaksa menyumbatkan barangan bersaiz besar dalam kenderaan.
Komen salah seorang netizen “dulu beli tv tp bawa myvi. saya dgn laki berjaya sumbat dlm myvi tapi saya drive muka dkt stereng. laki saya duduk muka dkt dashboard 🤣”
Ads
Kongsi yang pula “😅 jgn ckp tv .kalau ke ikea tu beli brg terlupa naik keta ingat bawa lori🤭 nasib segala bagai blh masuk walaupn item besar🤦♂️🤦♀️”
“sis kena guna myvi😅 sbb seat boleh lipat habis. sy pindah rumah 3x bawa almari baju, rak semua sumbat dlm myvi je😅,” tulis yang lain pula di ruangan komen.
Khabar duka dikongsikan ibu kepada Ainul Mardhiah yang kini disahkan positif Covid-19.
“Doakan Ainul ya semua, Harini waktu lepas Ainul bangun tidur petang tetiba badan dia panas. Lepastu dia taknak bangun lemah je. Batuk sikit, terus buat covid test. Akhirnya kecundang juga. InshaAllah doakan Ainul cepat sembuh ye.”
Demikian perkongsian ibu si kecil yang menjadi kesayangan rakyat Malaysia. Berita itu dimuatnaik menerusi instastoriesnya.
Tambah Nurul Erwani lagi, walaupun positif namun keadaan kesihatan Ainul okay.
“Alhamdulillah Ainul okay je setakat ini. Dia tengah tidur je. Batuk tak teruk sangat, cuma badan panas. Tapi suhu tak tinggi. Setakat ini memang sentiasa pantau oksigen dan baginya ubat.
Sementera Itu, dalam Facebook milik ayahnya Ahmad Safiuddin turut berkongsi perkembangan anak sulungnya ini. Biarpun nampak tidak bermaya, namun tiada gejala batuk dan suhu badan juga normal.
Bacaan spo ainul waktu tidur (sekarang). Alhamdulillah semua ok. Cuma nampak ainul tak bermaya.
So far feeding dia ok, tak batuk, suhu badan normal. Harap-harap malam ni ainul tidur nyenyak. Kebiasaannya kalau ainul demam atau kena jangkitan kuman, dia tak akan boleh tidur malam. Walid doakan ainul lekas sembuh. Covid memang dah ada di mana-mana. Kita hidup sekarang memang sudah dikelilingi dia. Jika keadaan teruk, terus ke hospital.
Walaupun sedikit lega kerana dia dan isteri negatif selepas membuat ujian, namun kesihatan anak kedua mereka yang mula menunjukkan tanda-tanda positif membuatkan si ayah meluahkan rasa kebimbangan. Akhirnya apa yang ditakuti berlaku,
“Setelah Ainul demam dan positif Covid sebelah petang, malam ni si adik pulak flat. Dah mula demam. Harap saya dan isteri boleh bertahan. Kalau kami berdua pun collapse, memang agak mencabar. So far kami berdua masih ok. Malam ni kena pantau suhu mereka berdua,” kongsi Ahmad Safiuddin yang mendoakan semoga anak-anak kembali sihat dan aktif seperti biasa.
Tanpa kita sedar kita terdorong untuk melabelkan anak-anak. Kata-kata seperti anak nakal, anak lasak, anak lambat dan sebagainya, semuanya datangnya daripada mulut kita sendiri. Bukan dari orang lain.
Tidak mengira anak remaja atau anak yang masih kecil, acapkali terkeluar daripada mulut kita melabelkan anak-anak. Cubalah ubah kata-kata ini kerana ada kesannya buat mereka.
Hal ini sebenarnya teramatlah salah. Mengapa? Tulisan saudara kita, Encik Hazhari Ismail di facebooknya ini banyak benarnya.
MELABEL ANAK
“Anak saya ni slow sikit.” Manusia ini hidup di dalam keadaan ‘homogeneity’, iaitu kehidupan kita adalah sama untuk dikatakan sebagai normal. Jika ada terlain sedikit, maka kita akan hukum orang yang tak sama dengan melabel mereka dengan macam-macam.
Kita bukan bercakap tentang label kanak-kanak istimewa seperti autism, disleksia, ADHD dan sebagainya. Bukan itu yang saya maksudkan. Label yang terhasil dari pemerhatian biasa.
“Oh, Ahmad ini cuai sikit. Careless. Jangan bagi anak saya apa-apa responsibilities ye cikgu.”
Ibu Ahmad melabel anaknya dari kecil sebagai anak yang sentiasa cuai. Tidak percaya dengan anak sendiri. Sampaikan semua benda dibuatkannya. Masukkan buku di dalam beg untuk hari esoknya, pack barang, basuh pinggan dan sebagainya.
Di sekolah, Ahmad sentiasa diingatkan untuk tidak membuat kesalahan bodoh di dalam latihan. Diulang-ulang perkataan careless atau cuai di dalam benak minda Ahmad.
***
Apabila kita melabel, perkataan itu sifatnya sangat kuat. Kuat mempengaruhi. Setiap label perkataan yang kita berikan seperti malas, bijak, lembam, hiper – merupakan satu bentuk jangkaan yang mampu mempengaruhi perangai atau tingkah laku jangka panjang.
Ingat lagi report kad? Guru akan menulis komen atau ulasan tentang prestasi anak murid sepanjang tahun tersebut.
“Ain seorang pelajar yang pendiam.”
“Keputusan Ali merosot kerana terlalu banyak bermain.”
“Prestasi teruk. Tidak bermaya.”
Niat asal selain memberikan ulasan kepada ibu bapa, sebenarnya ulasan itu juga bertujuan untuk memberi persediaan kepada bakal guru tahun depan berdepan dengan anak murid yang baru. Malangnya, apabila guru baru menerima label ulasan yang berbentuk negatif, ada kebarangkalian label tersebut terbawa-bawa dan memberikan expectation yang kurang kepada murid.
Si kecil akan rebel di dalam kelas kerana terus-terusan mereka dilabel dengan benda yang negatif. Guru satu hal. Ibu bapa pun satu hal.
Menurut Alagammai, seorang pakar terapi pendidikan dan kesihatan mental, melabel boleh menjadi sesuatu yang baik.
Walaubagaimanapun, melabel dengan perkataan yang buruk atau bahaya berbanding yang baik adalah sesuatu yang zalim. Lagi menzalimkan adalah jika kita bagitahu orang lain tentang label yang digunakan.
Jika label buruk digunakan secara persisten, ia akan mengganggu emosi dan sifat daya saing anak-anak dan menjurus ke arah masalah mental.
Jadi, apa cara yang terbaik yang boleh dilakukan?
(1) Terangkan keadaan yang berlaku, bukan fokus sifat anak-anak.
Contohnya, jika si kecil memecahkan pinggan kita akan terpacul “Adik ini selalu sangat tak berjaga-jaga. Semalam pecahkan pinggan. Minggu lepas pecahkan minggu. Setiap masa nak pecahkan pinggan kenapa.”
Boleh tukar kepada, “Adik tak berjaga-jaga hari ini. Sebab tak pegang betul-betul, pinggan dah pecah.”
Elakkan menggunapakai perkataan ‘selalu’. Fokus apa yang sedang terjadi. Tak perlu mengungkit cerita lama. Perkataan ‘selalu’ menunjukkan tingkahlaku yang dah lepas-lepas.
(2) Label juga boleh jadi sesuatu yang tricky
Memanggil anak-anak dengan panggilan ‘brilliant’. Its only a single word. Kanak-kanak akan berasa tertekan untuk menjadi yang paling top setiap masa. Di sini, kita panggil sebagai ‘overestimate’ kelebihan seseorang.
Boleh tukar kepada, “Ibu sangat bangga tengok adik buat latihan untuk exam esok.” Pujian yang sama. Tetapi, mampu menghilangkan rasa tekanan anak-anak.
(3) Senang cerita, tak perlu nak label-label
Label yang diberikan berbeza dari orang yang memberi dan orang yang menerima. Ia sesuatu yang subjektif. “Kamu ini tak pandailah.” Persoalannya, nak pandai bagaimana lagi? Tiada indikator yang tepat untuk menjadi pandai.
Maka, ia adalah strategi yang sangat tidak efektif untuk membina jati diri atau tingkah laku. Apatah lagi untuk mewujudkan motivasi.
Kelas antenatal bukan sekadar satu trend terkini tetapi ia membekalkan bakal ibu untuk bersedia sepenuhnya untuk menempuh fasa baru. Begitu juga dengan bakal bapa.
Bagi yang tidak tahu, kelas antennal juga akan memberikan maklumat berharga seperti melibatkan aspek penjagaan dan perkara yang harus dijangkakan sebelum bersalin, cara penyusuan susu ibu, serta suplemen yang diperlukan bagi memastikan tahap kebajikan dan kesihatan sentiasa dalam keadaan terbaik.
Berdasarkan cadangan pakar dan pengajar, tempoh paling sesuai untuk menyertai kelas ini adalah apabila kandungan berusia antara 30 hingga 32 minggu.
Kelebihan utama jika mengikuti kelas bersalin:
1. Berjumpa rakan baharu
Salah satu faedah utama menyertai kelas ini adalah anda akan bertemu wanita hamil lain. Ia akan membantu anda membina sekumpulan rakan baharu yang melalui pengalaman sama. Ini sekali gus membolehkan diri berkongsi pengalaman, soalan dan mengadu.
Ada juga ibu yang menghadiri kelas ini sudah pun mempunyai anak. Mereka pastinya mempunyai lebih pengalaman dan boleh membantu menjawab segala persoalan yang anda alami.
2. Mendapat ilmu pengetahuan mengenai kehamilan dan proses bersalin
Kelas bersalin ini dapat memberikan ibu mengandung banyak maklumat dan memberikan penjelasan berkaitan aspek kelahiran bayi.
Dalam masa sama, anda juga akan diterangkan mengenai kemungkinan komplikasi yang boleh terjadi semasa bersalin dan cara penyelesaiannya.
Selain itu, anda juga akan diberi penerangan mengenai terminologi perubatan, sekali gus membolehkan anda memahami apa yang dibincangkan oleh doktor dan jururawat semasa bersalin.
Kelas ini akan memberikan anda kepastian mengenai prosedur yang terlibat dan merungkai ketidakpastian khususnya buat wanita hamil yang pertama kali bergelar ibu.
Paling penting, anda harus tahu setiap maklumat yang diberikan boleh dipercayai kerana mereka adalah pakar terlatih.
3. Meningkatkan keyakinan diri
Antara manfaat menyertai kelas ini adalah untuk meningkatkan rasa yakin diri. Ini kerana apabila anda memahami lebih perkara yang terlibat dalam prosedur melahirkan anak, sudah tentu diri akan berasa lebih yakin dan tenang.
Kebanyakan pasangan atau bakal ibu bapa akan lebih tenang dan yakin kerana mereka mengetahui apa yang boleh dijangkakan dan cara menguruskan apabila perkara itu berlaku.
4. Mendekatkan diri dengan pasangan
Manfaat kelas antenatal 2024 juga boleh membantu anda dan pasangan mendapatkan tahap keintiman dan kemesraan yang lebih baik malah mempelajari proses bersalin bersama-sama.
5. Lebih seimbang & sihat
Menyertai kelas bersalin ini dapat membuatkan anda lebih memahami tentang prosedur dan proses berkaitan bersalin, sekali gus membantu anda membuat keputusan lebih baik dalam meningkatkan kesihatan diri.
Anda akan mempelajari risiko dan faedah yang berkaitan dengan pelbagai prosedur serta cara terbaik dalam menangani komplikasi kehamilan tertentu.
Kelas antenatal online mahupun secara fizikal juga dapat memberikan anda pemahaman menyeluruh mengenai cara terbaik untuk mengekalkan pemakanan dan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.