
Banyak khasiat bawang putih. Tapi nak makan mentah begitu saja, tak lalu rasanya. So kita buat jeruk bawang putih.
Rasanya sedap mcm jeruk buah buahan. Orang yang kolestrol tinggi elok makan bawang putih. Boleh merendah paras kolestrol.
Resepi :
1) Bawang putih 1/2 kg buang kulit.
2) Air secukupnya untuk rebus
*Rebus bawangg putih hingga mendidih dan tutup api. Toskan.
Air gula:
1) Gula 1/2 cawan
2) Air 2 cawan
3) Cuka 1 cawan
4) Garam 3 sudu
* Masak semua bhn hingga mendidih dan sejukkan.
Masukkan bawang putih yang ditos tadi dalam bekas, kemudian tuangkan air gula yang telah di sejukkan. Simpan dalam peti ais.Esok baru makan.
Sumber: Rasidah Shidah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Pakai Selimut Berlapis-Lapis Tetap Rasa Sejuk.” Gara-Gara Petua Minum Air Sengkuang Cina, Isteri Tajul Hampir Bentan!

Gara-gara mencuba petua yang dikongsikan menerusi instagram, isteri kepada penyanyi, Tajul Ariff iaitu Nurul Shamieza Eddie atau lebih dikenali dengan nama gelarannya Ica mengalami demam panas dan hampir bentan.
Ica yang baru sahaja melahirkan anak yang kedua sebelum ini ada memuat naik soalan menerusi instagram storynya untuk mendapatkan petua atau tip bagai mengurangkan penyakit kuning pada anaknya yang baru lahir.
Perkongsian tersebut mendapat banyak respons dan petua daripada wargamaya. Salah satunya adalah dengan menyarankan dia mengambil air sengkuang cina.
Justeru, Ica meminta suaminya, Tajul membelikan air tin sengkuang cina tersebut. Pada awalnya, dia hanya rasa seperti biasa sahaja namun apabila sampai di rumah dia sudah mula rasa pening kepala seperti mahu pitam. Malam itu juga Ica terus demam panas serta rasa sejuk sehingga ke tulang.
“Lagi extreme bila pakai selimut berlapis-lapis pun rasa sejuk tetap tembus” , kata Ica.
Melihat situasi yang dialami isterinya, Tajul kemudiannya mendapat petua membakar bawang putih. Lalu dimasukkan ke dalam nasi yang dikepal kemudian dimakan.
Akui Ica, walaupun rasanya tidak enak namun ia berjaya memberi sedikit kelegaan kepadanya.
Dalam menceritakan detik cemas itu, Ica sempat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suaminya yang telah menjaganya dengan baik. Kata Ica dia jarang demam, bila jadi begini dia seperti trauma nak mencuba petua pelik-pelik yang lain.
Dalam pada itu, ramai yang berkongsi pengalaman yang sama apabila mencuba petua ini.
Ica turut menjelaskan bahawa ‘antibody‘ seseorang itu berbeza. Mungkin petua ini sesuai untuk orang lain tetapi apakan daya tidak sesuai untuk dirinya.
Menurut Ica lagi, apa yang dikongsikan itu adalah bagi memberi kesedaran buat ibu-ibu baru di luar sana bagi mengelak mengalami situasi yang sama.
Sumber: mStar Online & icaaeddie
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Petua Hilangkan Batuk Dan Kahak Guna Bahan Dapur, Tak Perlu Risau Kesan Buruk Pada Otak

Petua Hilangkan Batuk Dan Kahak Guna Bahan Dapur, Tak Perlu Risau Kesan Buruk Pada Otak
Batuk boleh membuatkan kita jadi tidak selesa. Lebih merisaukan apabila anak-anak yang mengalami batuk terutama yang masih kecil. Ubat sudah diberi namun batuk si anak masih lagi belum pulih. Paling merisaukan apabila anak batuk berkahak. Bimbang jika lama-lama akan bertambah parah batuknya.
Selain ubat batuk, kita boleh cuba kaedah alternatif dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk melegakan masalah batuk anak-anak. Tidak perlu bimbangkan kesan sampingan kerana ia menggunakan bahan-bahan asas yang ada di rumah sahaja.
Berikut perkongsian Dr Rizal Abu Bakar
Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya. Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la.
Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat tu tak bagi kesan menakutkan.

Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam Jurnal yang dibaca. Macam macam buku ditelaah. Macam macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.
Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak-anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ini.
Caranya ialah:
1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.

2. Leraikan ulas bawang tersebut.

3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.

4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.
Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak anak jadinya. Bolehlah cuba.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar Kredit foto: Freepik
“Lebih Peka, Terang Mata & Kesihatan Yang Baik.” Ibu Ni Kongsikan Petua Cikgu Tuisyen Guna Campuran Goji Berry + Kurma Cina Untuk Manfaat Anak

Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat kejayaan anak-anak kan. Pelbagai cara dan kaedah dicuba bagi memastikan anak-anak mudah belajar, termasuklah menitik beratkan soal pengambilan makanan yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
Perkongsian menarik ini diperoleh dari facebook Roszita Fathrul Jaman. Menurut Roszita yang mesra disapa MamiTa, petua ini dikongsikan oleh cikgu tuisyen anaknya yang berbangsa Cina.
Petua ini dikatakan baik untuk kesihatan anak-anak terutama dalam memastikan mereka lebih peka, terang mata dan kesihatan yang lebih baik terutama untuk peperiksaan. Jom ibu-ibu kita cuba petua ini untuk anak-anak nanti.
Cikgu tuition add math Adeq suruh buatkan untuk Adeq minum setiap hari hingga exam..
Campuran goji berry + kurma cina slow cook selama 6jam..
Hanya 2 jenis bahan sahaja..
No GULA!!
Kata cikgu tuition Adeq untuk Adeq lebih peka, terang mata & kesihatan yang lebih baik untuk exam..
Orang2 cina surely tahu kan??
Sebabnya minuman nie amalan orang2 Cina..
Banyak kelebihannya..
MamiTa buat lah demi Adeq sebab tahun nie nak SPM…
Mana yang baik kite cuba demi anak2..
Tak salah mencuba perlara yang baik2..
Tak kesahlah amalan mana2..
Asalkan bukan yang jahat2…
Cara masak sangat2 senang..
Campurkan 2 bahan nie..
Masak guna slow cooker lagi bagus..
Tinggal sikit tambah saja beberapa kurma cina + goji berry ikut suka hati..
Biarkan masak beberapa jam..
Kalau takde slow cooker bole saja pakai periuk..
Masak api perlahan selama beberapa jam…
Lagi lama lagi bagus…
Tq so much buat cikgu tuition Adeq yang berbangsa Cina..
Selalu ajar banyak perkara termasuk untuk kesihatan Adeq…
#minumankesihatan
#chineseherbs
Sumber: Roszita Fathrul Jaman